Sambungan kisah sebelumnya ni. Semoga layan ye lurve. ❤❤❤
Percubaan SPM hampir tiba dan kebanyakkan pelajar tingkatan 5 sedang gigih mengulangkaji termasuklah aku. Aku menggunakan bilik Azim yang telah aku duduki untuk mengulangkaji jadi tak perlulah aku turun ke dewan study seperti yang lain-lain. Azim juga ada bersama aku utk belajar bersama. Kami saling membantu antara satu sama lain untuk matapelajaran yang kami lemah dan aku senang begini. Sepanjang aku tinggal di bilik Azim, banyak bantuan yang aku terima daripadanya dan sikit pun tidak diminta balasan. Dan Azim sikit pun tidak mengambil kesempatan ke atas diri aku dari segi apa sahaja. Tapi aku pulak yang lemah melihat dia tidak berbaju hari2. Ahhhhhh...semoga saja aku kuat menghadapi nikmat dunia ni. Emy dan Shahrul pula malas da aku nak ambil tahu. Kadang-kadang ada juga aku terserempak dengan mereka berdua dan Emy pula seperti sengaja membuat aku cemburu dengan gelagatnya. Aku mengaku yang aku cemburu. Semoga saja hati ini tabah dan redha. Aku harus lupakan semua dan fokus pada ulangkaji aku supaya dapat aku membanggakan keluarga aku.
Hari sabtu hujung minggu pun tiba sekali lagi. Hari ni aku rasa nak outing jap nak singgah kedai kak Pia. Lama rasanya tak jumpa kakak angkat aku tu. "Ajimm...aku nak keluar jap lagi...nak pergi kedai kak Pia...kau nak apa-apa tak?"tanyaku tp tak dijawab Azim. Aku mendekati dia di katilnya. "Ajim...Ajim...bangun la kejap Ajim"kataku melihat Azim yang sedang kusyuk melelapkan matanya. "Hmm...tidur mati agaknya budak ni"kataku. Saat aku mula melangkah ke katilku,Azim menarik tangan aku sehingga membuatkan aku terjatuh diatas badan dia. "Ajimm...terkejut aku...main tarik-tarik pulak dia ni"kataku. "Muahhh...". Satu ciuman pantas melekat ke pipi aku. "...hehe...nak ikut outing bole"katanya. Ishhhh...ngader2 la kau ni cium-cium pulak"kataku smbil menyapu kesan ciuman Azim td. "Alaaaa...nak ikuttttttttt...boring laaaa"kata Azim lagi. "Yela-yela...jom-jom...urghhhh apa la nak jadi dengan budak ni...macam kanak-kanak rabina je aku tengok"kataku kepada Azim sambil tersenyum.
"Assalamualaikum kak Pia"kataku. "Waalaikumsalam...oh Wan...lama nya akk tak nampak Wan"kata kak Pia. "Bz la kak kat sekolah tu...ni minggu depan da nak percubaan SPM da"kataku. "Owhh...ye la...eh Shahrul mana?"tanya kak Pia. Aku terdiam mendengar pertanyaan kak Pia td. "Hi kak Pia...amboiii tak nak tegur saya pon ye...sedih la mcm ni"kata Azim yang tadi dibelakang aku. "Laaa...ada kamu Azim...lama akk tak jumpa...kamu berdua je ke?"tanya kak Pia lagi. "A ah kak...berdua je la kak"jawab Azim. "Haaa...layan la diri sendiri tu ye"tambah kak Pia dan aku pun pergi menjamu mata melihat kek di dalam peti sejuk kedai. Aku mengambil dua potong kek dan pergi ke rak donut pula. Aku melihat donut-donut yang ada disitu dan tiba-tiba kenangan lama muncul. Kenangan aku di kedai ni dengan Shahrul. Kenangan Shahrul membeli donut untuk aku. Tersenyum sambil mengelengkan kepala aku sendiri mengingatkan kenangan itu. Sudah tiba masanya aku melupakan semuanya. Sudah tiba masanya untuk aku tidak menoleh ke belakang lagi. Biarlah segala kenangan indah aku menjadi serpihan masa lalu hidup aku. Serpihan yang akan membuatkan aku terus sedar dari dibuai kisah lalu.
"Selamat datang...sila layan diri ya"kata kak Pia kepada pelanggan yang baru sampai. "Terima kasih". Aikkk...mcm kenal je suara tu...getus aku. "Ehhh...abg Shahkir!"kataku dan Azim pun melihat ke arah abg Shahkir. "Ehh Wan...wat apa sini?"tanyanya. "Tengah basuh baju je kat sini"balasku. Abg Shahkir hanya tergelak mengaru kepalanya. "Sorry-sorry...haha...salah tanya pulak abg ni"katanya. "Ajim...kenalkan ni abg Shahkir...abg Shahkir ni Azim"kataku. Mereka berdua bersalaman sementara aku melihat apa lagi yang aku ambil setelah membuat keputusan untuk tidak mengambil donut kali ini. Azim juga aku lihat sedang beratur di kaunter dan aku menuju ke sana juga. "Kak...saya bayarkan untuk mereka berdua ni juga ye"kata abg Shahkir tiba-tiba. Aku dan Azim mengucapkan terima kasih kepada abg Shahkir. "Kak Pia...kami balik dlu ye...doakan kami jawab elok-elok exam nanti ye"kataku. "Haa...balik tu hati2...akk doa kan Wan baik2 saja ye"kata kak Pia kepadaku sambil aku mula melangkah keluar dari kedainya bersama Azim. "Jom abg hantar korang berdua balik"kata abg Shahkir. "Bole jugak tu bang"kata Azim dan aku hanya mengikut saja tanpa bersuara.
"Ok...sampai dah"kata abg Shahkir. "Terima kasih bang"kata kami berdua kepada abg Shahkir. "Errr...Wan...abg nak cakap sikit bole tak?"tanyanya. Azim memandang aku yang berada dibelakangnya. "Ajim...kau balik bilik dlu ye"kataku kepada Azim. "Jangan lama-lama"kata Azim dan mula melangkah ke arah aspura. "Abg nak cakap apa?"kataku. "Jom duduk kat pondok sana dulu"ajaknya dan kami pergi ke arah pondok tepi padang. Pondok ni la tempat Shahrul meluahkan perasaannya kepada aku buat kali pertama. "Abg nak cakap apa ye sebenarnya?"tanyaku. "Abg tahu apa yg jadi antara adik dan Shahrul"katanya. "Apa maksud abg?"tanyaku lagi. "Adik dan Shahrul dah tak rapat kan?"katanya. "Abg...adik da pernah cakap dulu..abg tak perlu nak ambil tahu pasal adik...abg takda hak pun nak campur urusan peribadi adik"kataku sedikit tegas. "Adik...dengar dulu apa yang abg nak cakap"katanya. Aku memandang tajam muka abg Shahkir.
Abg shahkir POV
"Kenapa mama dan papa nak back up budak tu! Apa yang dia da cakap kat mama dan papa? Mama dan papa nak tau tak dia tu pelacur! Satu sekolah da tau yang dia jual badan!"kata Shahrul. Datuk Shahrizan dan Datin Shila terkejut mendengarkan apa yang anak mereka katakan ini. "Adik...adik jangan nak buat cerita mcm ni...mama tak ajar adik nak fitnah-fitnah orang"kata datin. Datuk Shahrizan hanya mengelengkan kepala bila mendengarkan kata-kata dari anaknya tadi. "Kau dengar dari siapa yang si Wan tu mcm tu?"kata abg Shahkir tiba2. "Kawan adik sendiri la bagi tau...dia senior jugak jadi mestilah dia tahu"jawab Shahrul. "Berapa orang kau tanya untuk sahih kan berita ni?"tanya abg shahkir lagi tapi tiada jawapan dari shahrul.
End of abg shahkir POV.
"Hahaha...jadi abg percaya la cakap dia?"tanya aku. Abg Shahkir hanya mendiamkan dirinya. Aku bangun menghadap abg Shahkir. "Saya tak perlu nak jelaskan apa-apa pada abg sekeluarga...saya dengan Shahrul tiada apa-apa hubungan dah...abg jangan risau saya tak akan kotorkan nama baik keluarga abg"kataku lalu melangkar keluar dari pondok tu. "Wan...bukan mcm tu...dengar dulu"kata abg Shahkir tapi tidak aku endahkan dan aku melangkah masuk menuju ke bilik aku meninggalkan dia keseorangan disitu.
Malamnya aku menghabiskan masa untuk mengulangkaji. Tak tau la apa yang aku rasa sekarang ni. Marah? Sedih? Urghhhhhh...tapi semangat aku untuk belajar malam ni amat kuat. 3 jam tanpa henti aku mengulangkaji sendiri. Jam sekarang menunjukkan sudah pukul 3.30 pagi. Azim aku lihat sedang lagi dibuai mimpi dengan tidak berbajunya. Geram pulak aku lihat dia. Perlahan-lahan aku bangun dan keluar dari bilik menuju ke tandas. Sejuk lain macam tengah malam ni dan aku peluk tubuhku saat menuju ke tandas. "Ahhhh ahhhh ahhh yesssss". Mataku terbuka luas saat aku terdengar suara tersebut. Aku kenal suara tu. Suara sundal yang merosakkan hubungan aku tapi dia dengan siapa didalam tandas ni?
Aku masuk ke dalam tandas tersebut dan melihat Emy bersama seorang lelaki dan aku yakin budak lelaki tu adalah junior tingkatan 4. Melihat aku yang tiba-tiba muncul di pintu tandas tersebut, budak lelaki berkenaan cepat2 mengenakan seluarnya dan berlari keluar dari tandas berkenaan. Emy pula dengan perlahan mengambil pakaiannya dan memakainya kembali. Aku melangkah ke arah toilet belakang untuk membuang air kecil aku. Setelah selesai aku ke sinki untuk mencuci tangan. "Kalau aku dapat tahu kau cerita pasal ni kat Shahrul...siap kau aku kerjakan"kata Emy tiba-tiba yang bersandar di dinding dari td. Aku hanya diamkan diri tidak endahkan sepatah pun ayat dari mulut dia. "Once a slut,always a slut"kataku pendek tiba-tiba . Mendengar kata-kata aku tadi, emy menjadi geram dan keluar td tandas sambil menghentamkan kuat pintu tandas terbabit. Aku keluar dari tandas dan kembali ke bilik aku. Fokus aku untuk sambung belajar terbantut. Jadi aku ambil keputusan untuk tidur sajalah. Kesian mata aku. Terpaksa melihat kejijikan manusia. Semoga mata aku dapat rehat dengan secukupnya.

YOU ARE READING
Sayang S2: JANJI
SonstigesJanji...jika akhirnya kau mungkiri, tak akan sesekali akan aku pegang kembali. Kau mengubah segalanya janji yang pernah kita lafaz dahulu hanya kerana dia.