Sedang leka bermain telefon di ruang dapur, tiba-tiba terdengar suara dari arah dapur memanggil Darina, pada awalnya dia menganggap itu cuma halusinasinya tetapi semakin lama hati semakin tidak keruan mendengar orang memanggilnya, dengan pantas dia bangun dari sofa dan menuju ke arah dapur, tibanya dia di dapur tiada pula sesiapa di dapur, jam menunjukkan pukul 2 pagi baru dia tersedar yang kini sudah larut malam.
Ketakutan mula menyelubungi diri Darina namun dia cuba menghilangkan ketakutan itu dengan menghirup air sejuk di dalam peti sejuk setelah itu dia beredar menuju ke arah ruang tamu untuk mengambil telefonnya sebelum masuk ke biliknya di tingkat atas. Ketika hendak menaiki tangga tiba-tiba dia terhidu sesuatu bau yang busuk , fikirannya mula merasa tidak tenang namun ditepis jauh-jauh.
Dengan ketakutan yang semakin meningkat, dia berlari naik ke tingkat atas namun selepas sampai di tingkat atas dia terlihat lembaga yang aneh sedang memerhatinya, dia berlari ke dalam biliknya dan terus menutup pintu. Sangkanya dia terselamat namun alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat kebelakang lembaga tersebut sudah berada di belakang tubuhnya. Darina ingin membuka mulut menjerit namun hampa suaranya tidak dapat didengar sesiapa.
~hsp~
"Bang, bangun bang , abg tolong tengokkan darina bang kat bwh tu, sy risau lah bang, td sy dh suruh dia tido tp dia leka sgt tengok drama, entah ii dh tido kat bwh tu ..dia klau ckp sy dia xkan nk dgr , abg je yg dia takut, tlg ye " pinta Puan Siti Fatimah merangkap ibu Darina.
Dalam keadaan mamai Haji Sallehuddin, bapa kepada Darina bangun dari katilnya menuju ke ruang tamu di tingkat bawah namun hampa bila melihat tiada sesiapa di ruang tamu, Haji Sallehuddin pun pergi keruang dapur namun tiada sesiapa pun di situ. Hatinya terasa risau, kemana pulak anaknya itu , kerana pada waktu begini anak nya pasti belum tidur.
Kenal sgt dia pada anak perempuan nya itu. Kini dia pergi pulak ke ruang atas di bilik Darina, sampainya di bilik Darina belum lg dia ingin membuka bilik dia terbau sesuatu yang amat busuk. Haji Sallehudin pun membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an dan terus membuka pintu bilik anaknya itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat anaknya itu melekat di dinding dengan wajah yang dalam kemarahan.
Dia terus membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an dan mencuba berlawan dengan makhluk yang merasuk anak perempuan nya itu. Namun makhluk itu melawannya dan tanpa sedar makhluk itu menyerang Haji Sallehuddin dan membuat kan dia menyeringai kesakitan. Jeritan itu didengari oleh ibu Darina dan abangnya iaitu Danial Ilyas.
" Ummi , jgn masuk ye ..abg masuk tgkkan adik dgn walid, ummi duduk luar.. abg nk pergi tgk apa yg jd kat dalam" pinta anaknya itu. Puan Siti Fatimah hanya mengangguk dan menunggu. Danial pun masuk ke dalam bilik adiknya itu dan alangkah terkejutnya dia bila melihat adiknya itu menggila mencakar dan menggigit ayah nya itu. Dengan kekuatan yang dia ada dia melepaskan gigitan Darina dan memegang tangan Darina. Kekuatan Darina seperti bukan kekuatan seorang perempuan, kuatnya dia seperti seorang lelaki.
Sedang Danial memegang tangan dan memeluk adiknya yang meronta-ronta minta dilepaskan itu, matanya meliar di keliling bilik adiknya kalau ii bleh digunakan untuk mengikat tangan adiknya itu dan dia ternampak satu tali bersebelahan dgn kotak ii yg sudah semestinya barang online yg dibeli oleh adiknya itu. Dengan sepantas kilat Danial mengikat tangan adiknya itu di tiang katil.
"Danial, kenapa ikat tangan adik ? Nnti sakit dia " tanya Haji pada anaknya itu . " Tak boleh walid, dia kuat sangat abang kene ikat dia klau x lg teruk keadaan klau dia terlepas ..kita kene minta tolong Umar, walid klau tak lagi susah kita" jelas Danial.
Setelah mengikat adiknya itu Danial menarik tangan ayahnya keluar dari bilik. "Walid, Danial xbleh pegang adik, dia kuat sgt walid..kita xbleh lawan dia..biar Danial call Umar kjp mne thu dia bleh tlg" kata Danial dengan tergesa-gesa membuat panggilan. " Bang, anak kita knpe tu?" Tanya Ummi dalam nada risau. " Td mse turun bawah, abg pelik knpe dia xde kat bwh, sllu dia akan ada kat bwh, abg cari dia kat ruang dapur xde jugak jd abang check kat dlm bilik tiba ii bau busuk sgt abg tgk ii dia dh kene rasuk dh " jawab walid.
~hsp~
Kring kring ..
Kring kring...Jam menunjukkan pukul 3 pagi, Umar dlm keadaan mamai mencapai telefonnya untuk menutup alarm di telefonnya. Umar setiap hari sering melakukan solat tahajjud di waktu sepertiga malam. Sudah menjadi kebiasaan bagi hidup Umar. Umar menuju ke arah bilik air untuk mengambil wudhu dan seterusnya melanjutkan solat tahajjud. Selesai menunaikan solat Tahajjud, Umar menadah tangan meminta ampun kepada Yang Maha Kuasa meminta pertolongan, meminta dipermudahkan urusan. Sedang asyik berdoa, telefon Umar berbunyi menandakan panggilan telefon.
" Siapa pulak yg call tgh ii pagi buta ni" soal Umar sambil melihat telefonnya yang tertera nama sahabat baiknya Danial. Umar Aathif adalah seorang sahabat Danial yang paling akrab sejak dari zaman Universiti lg. Dulu dia mengambil jurusan dakwah bersama dengan Danial di UniSZA. Kini dia seorang penceramah bebas dan juga seorang guru Kelas Agama Petang di SK BANDAR TUN RAZAK.
" Kau dh kenapa call aq pagi ii buta ni? tau je kau masa ni masa aq sllu bangun kan dh kenapa ? Buang tebiat? " Soal Umar dengan penuh hairan. Tahu sgt dia dengan sahabat nya itu ..sllu di waktu begini kawannya itu pasti akan mengajak dia makan di kedai mamak. Katanya tiada teman berbual lah tapi hakikatnya sengaja nk perabihkan duit Umar .
"Weyh, tlg aq weyhh..ni bukan masanya untuk ke mamak .." kata Danial dengan cemas." Umar menjadi hairan dan terus bertanya akan alasannya itu. "Adik aq ni , dia kerasukan, sllu aq tlg kau masa ubatkan org aq bleh handle skli dgn kau tapi masalahnya ni kuat sgt dia ni" kata Danial.
Umar adalah seorang penceramah bebas dan juga anak kepada Ustaz Naim pemilik pusat perubatan islam. Jadi tidak heranlah klau Danial menelefon rakannya itu meminta pertolongan" Eh kau ada adik ke?" Soal Umar. Setahu dia , rakannya tiada adik sebab selama dia berkenalan dengan keluarga nya Danial ,tk pernah pulak dia melihat kaum perempuan selain dari Ummi nya Danial. " Dah kau jgn byk tanya , dtg je" suruh Danial.
Dengan sepantas nya Umar menyalin pakaian untuk pergi ke rumah keluarganya Umar. Disebabkan rakan baiknya itu sedang dalam masalah membuatkan Umar merasa kasihan. Dia tidak pernah melihat rakannya secemas itu. Selalu bila melawat orang yang sakit, rakannya itu dalam keadaan tenang sahaja.
Sedang dia Umar ingin keluar dari bilik, dia terserempak dengan ayahnya yang juga baru keluar dari bilik sebelah "Umar,nak pergi mana tu? Tergesa-gesa sgt ayah tgk " soal Ustaz Naim. Ayah Umar bukan calang-calang orang, beliau bukan sahaja memiliki satu pusat perubatan islam malah seorang guru di sebuah sekolah. Jadi tidak heranlah kalau anak nya itu menjejak langkah beliau.
" Ya yah, tiba tiba si Danial telefon umar katanya adik dia kerasukan." Jelas Umar.
" Teruk ke Umar, sampai Danial tk bleh handle sendiri pulak.. setahu ayah ..Danial pernah ikut kamu pergi mengubat org kan? Dan ayah nya Danial pun tk kurang hebat jugak" soal ayahnya Umar. Haji Sallehudin bekas pekerja di Darussyifa' namun setelah meningkat usia dia berhenti dari pekerjaan nya itu kerana menghidap sakit jantung. Pernah sekali ketika Haji Sallehuddin mengubat orang dia terkena serangan jantung dan perlu dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan.
" Boleh tahan lah yah..kata danial, adik dia gigit tangan ayah dia sampai berdarah pastu badan dia kuat mcm 3 orang lelaki kuat dia tu. Ni Umar nak telefon seorang ustaz minta tolong jugak." Kata Umar dengan segera mendail nombor di telefonnya dan terus bergegas ke arah luar rumah.
" Hati -hati Umar, bawa kereta elok-elok."
..................................................................................
Hye readers ❤️tq yg dh sudi baca..maaf klau tatabahasa sy agak teruk😂 maklum lah dh lama xbuat karangan hehehe..dah 4 tahun habis sekolah...
Readers cuba teka umur sy brpe ? Komen sikit... Klu dh ada diatas ye😉
YOU ARE READING
HIJRAH SEORANG PENDOSA | OG
Romance⚠️Kosa kata yang berterabur ⚠️Terdapat kata-kata lucah di permulaan bab ⚠️Penceritaan yang agak berterabur 🙏Sorry, ini karya pertama saya..kalau ada silap mohon ditegur di ruangan komen. Tq readers💕🥰 yang sudi membaca semoga dimurahkan rezeki se...