HSP 17

6 1 0
                                    

Pagi sudah menjelma, Darina dibenarkan balik ke rumah setelah 3 hari bermalam di wad. Sepatutnya dia dah dapat balik dah tempoh hari tapi disebabkan Darina masih dalam keadaan trauma menyebabkan dia terpaksa bermalam di wad lagi.

Keluarganya sudah sampai ke bilik wad yang ditempatkan untuk Darina.

"Adik, dah siap kemas dah?" Tanya Ummi kepada Darina yang sedang mengemas barang-barangnya di almari hospital.

"Dah Ummi..jom balik" ucap Darina tidak sabar. Dia dah muak dengan makanan hospital. Sudah nya makanan dari luar tidak dibenarkan masuk. Terpaksa dia hadap makanan hospital.

"Ya sayang ...jom..abang tolong angkat barang adik tu." Pinta Ummi. Danial hanya mengangguk dan mengambil barang di tangan adiknya itu.

Darina tidak habis-habis memandang persekitarannya. Danial yang melihat adiknya itu terus memegang tangan adiknya.

Sampai sahaja di rumah, Darina makan makanan yang dimasak oleh ibunya. Paun Siti memasak makanan kegemaran anaknya itu, ayam masak paprik.

"Terima kasih Ummi..sedap betul" jujur Darina selepas menghabiskan makanan di pinggannya.

"Sama-sama sayang ..Ummi tahu anak Ummi ni rindu nak makan makanan sedap ..ye lah makan makanan Hospital je"

Walid dan Ummi memandang satu sama lain. "Ummi, walid kenapa ni? Ada nak cakap apa-apa ke?" Tanya Darina melihat kedua orang tuanya itu seperti membuat isyarat cakap dulu.

"Kejap lagi Ummi cakap.. adik dah habis makan kan? Adik naik atas dulu ye" suruh Ummi.

Selepas sahaja Darina naik atas , Ummi dan Walid berbual bersama di ruang tamu.

"Bang, betul ke ni nak tanya? Ni kan soal perasaan bang..kalau adik tak nak macam mana?" Tanya Puan Siti kepada suaminya.

"InshaAllah tu ..awak jangan fikir bukan-bukan lah.." kata Haji menyedapkan hati isterinya.

Selepas sahaja Darina menunaikan solat isyak, pintu bilik Darina diketuk.

"Masuklah, pintu tak kunci" kata Darina.

"Ummi, cakap lah apa yang Ummi nak cakap tadi?" Tanya Darina.

"Adik..Ummi nak tanya, adik erm kenalkan Umar ?" Tanya Ummi takut.

"Kenal." Jawab Darina ringkas.

"Macam ni, walid erm..nak jodohkan kamu dengan Umar." Jujur Ummi. Darina menjerit terkejut dengan pernyataan Umminya.

"HAAA!!!!"

"Ye sayang ...Walid dah tanya tentang hal ni dekat Umar." Jelas Ummi lagi.

"Tapi kenapa Ummi?" Tanya Darina.

"Adik, dengar sini.." Ummi memegang tangan Darina.

"Walid dengan Ummi buat perkara ni semua bersebab sayang, dan walid ada sebab dia sendiri kenapa dia nak kamu dengan Umar." Jelas Puan Siti kepada anaknya itu.

"Apa sebabnya Ummi?"

"Walid dah tahu dari awal sampai akhir tentang apa yang berlaku dengan adik, dan walid tahu yang adik bekerja satu tempat dengan Umar. Lagi satu setiap kali adik ada masalah ,Umar selalu tolong adik. Adik faham kan maksud walid?" Ucap Puan Siti.

"Tau..walid tak nak adik dekat dengan Umar sebab takut jadi fitnah." Kata Darina sambil memandang ke bawah.

"Ummi tahu ni susah untuk anak Ummi. Tapi apa yang Ummi nak adik buat solat istikharah..buat sungguh-sungguh..minta petunjuk Allah ye" kata Ummi.

"Ummi ..."
"Ye sayang .."

"Walid takut adik malukan keluarga lagi ke?" Tanya Darina sambil memandang ke bawah.

HIJRAH SEORANG PENDOSA | OGWhere stories live. Discover now