HSP 21

4 0 0
                                    

3 hari Darina kurang makan tapi dia masih tetap bekerja. Sepanjang 3 hari itu, pelajar-pelajarnya ada yang tidak menyiapkan kerja sekolah, ada yang menjawab dengannya.

Bukan itu sahaja, sepanjang 3 hari itu juga dia dipulau oleh semua guru-guru tapi tidak buat Umar dia masih melayan Darina seperti biasa.

Terngiang-ngiang di kepala Darina hinaan dan cacian semua guru di sekolah itu.

"Kenapa kau jadi cikgu eh?"
"Kenapa guru besar tak buang dia eh?"
"Teruk betul ye perangai."
"Patutlah nak rosakkan rumahtangga ustazah Natasha"
"Eh bohsia"

Darina menjerit sambil menutup telinganya. "Diam!!!!!!"

Jeritan Darina didengari oleh Danial. "Adik kenapa ni?" Tanya Danial.

"Abang?!! Kenapa Allah bagi ujian ni dekat adik..adik tak kuat bang" jawab Darina dengan tangisan. Danial memeluk adiknya itu erat. Dia mengusap kepala adiknya itu menyalurkan kekuatan.

"Adik sabar sikit ye..Polis masih buat siasatan." Jawab Danial

"Adik banyakkan istighfar ..tak baik cakap camtu dik" ucap Danial lagi. Darina menangis semahu-mahunya. Dia melepaskan segala tangisan di bahu abangnya itu.

"Adik kena kuat banyak berdoa..dah jangan nangis-nangis abang ada" pujuk Danial lagi.

Danial merasa bingung, dia tidak tahu mahu kata apa lagi. Sudahnya kesihatan adiknya itu semakin merosot. Tarikh perkahwinan adik dan sahabatnya itu pula semakin dekat.

"Hello, Assalamualaikum Danial"

"Waalaikumsalam,ya Umar..kenapa kau call aku?"

"Darina macam mana, ok?" Tanya Umar.

"Entahlah weyhh makin teruk aku tengok" jawab Danial.

"Kejap lagi aku dengan ayah aku datang rumah, bagitahu makcik dengan pakcik ye." Kata Umar.

"Ok.."
" Aku tutup telefon dulu,assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"

Danial membaringkan adiknya perlahan-lahan agar Darina tidak terjaga dari tidurnya. Dia harus menberitahu Ummi dan Walid akan kehadiran keluarga Umar.

"Assalamualaikum" Umar dan ayahnya memberi salam.

"Waalaikumsalam warohmatullah..jemput masuk" pelawa haji menjemput tetamu masuk ke rumah.

"Sekejap ye, saya buat air" kata Puan Siti apabila melihat Umar dan ayahnya sudah berada di ruang tamu.

"Apa khabar , Salleh..sihat?" Tanya Naim ayahnya Umar.

"Sihat je..cuma tulah sejak akhir-akhir ni banyak pula masalah datang..naik tekanan darah tinggi sikit" kata Haji jujur.

"Banyakkan bersabar Salleh" ucap Naim.

"Ya Naim, aku pun tak tahulah nak cakap camne..banyak betul ujian Allah bagi dekat anak aku si Darina tu" jawab Haji jujur.

"InshaAllah, Allah akan bantu kita Salleh..banyakkan berdoa.. salleh, cakap tentang Darina, Darina mana? Aku tak nampak pun bakal menantu aku tu?" Tanya Naim.

Perbualan mereka berhenti seketika apabila Danial turun dari tangga.

"Assalamualaikum pakcik, Umar bila sampai?" Tanya Danial sambil menghulurkan tangan bersalaman dengan tetamu.

"Waalaikumsalam baru je ni , Danial..Darina mana Danial?" Tanya Naim.

"Darina, dia tidur pakcik..maaflah dia tak sihat sekarang ni..pakcik faham kan?" Tanya Danial ragu-ragu. Yalah tak manis sebenarnya tetamu datang tetapi adiknya tidak turun. Dia tidak mahu mengejutkan adiknya itu kerana kasihan.

HIJRAH SEORANG PENDOSA | OGWhere stories live. Discover now