HSP 13

4 2 0
                                    

Darina yang sudah pun bersiap-siap memakai baju kurung dan tudung shawl itu turun ke bawah untuk bersalaman dengan Ummi dan Walidnya.

"Adik naik apa pergi sana?..jangan naik motor ye , ambil kunci kereta ayah bawa pergi kerja." Suruh walid. Haji Sallehudin tahu sangat dengan sikap anaknya itu yang tidak suka membawa kereta walaupun sudah mempunyai lesen. Alasannya kereta besar sangat susah nak selit-selit macam motor.

"Alaaaaa" muncung mulut Darina apabila disuruh walidnya untuk memakai kereta.

Puan Siti tersenyum melihat anaknya itu. " Sayang, jadi guru ni memang sebaiknya pakai kereta. Sebab nampak tak sopan kalau awak pakai baju kurung pastu terkangkang bawa motor" tegur Puan Siti terhadap anaknya.

"Baikkkk, Ummii" jawad Darina sambil menyalam tangan kedua-dua ibubapanya.
Dengan perasaan sedih dia menggapai kunci kereta ayahnya itu dan memboloskan diri ke dalam kereta. Darina menghidupkan enjin kereta dan bergerak menuju ke sekolah untuk melaporkan diri.

Setibanya Darina di sekolah, ramai pelajar yang sedang melihat dia. Dari pelajar tahun 1 hingga pelajar tahun 5 , ada yang teruja, ada yang berbisik, macam-macam karenah budak-budak ni.

"Assalamualaikum, maaf cikgu boleh saya tahu dekat mana pejabat sekolah?" Tanya Darina kepada seorang guru perempuan yang bertudung labuh itu.

"Waalaikumsalam Owh, ustazah guru kafa yang baru ye, mari ikut saya" ajak guru tersebut.

"Nama cikgu apa ye?" Tanya Darina.

"Nama saya cikgu puteri, panggil je cikgu put..saya guru pagi mengajar subjek pendidikan islam" jelas cikgu put.

"Owhh..saya Darina" ucap Darina sambil menyalam tangan guru tersebut.

Mereka berjalan bersama-sama menuju ke pejabat. Cikgu Put memberitahu kepada  guru besar di sekolah tentang kehadiran Darina. Mereka bersalaman dan dan duduk di dalam pejabat. Darina memberikan surat lapor diri yang dia ambil di pejabat pendidikan jabatan agama Islam pagi tadi.

"Baik, sekejap ye, saya panggil guru penyelaras." Kata guru besar tersebut.

"Baik, yang ni cikgu Humaira awak boleh panggil cikgu Umai, dia guru penyelaras kafa lah di sekolah ini, jadi kalau ada apa-apa masalah awak boleh berjumpa dengan dia lah" terang guru besar.

"Awak mengajar mata pelajaran adab ye di kelas 3 Bestari dan ini buku rph, nanti cikgu Umai akan terangkan kat awak cara menulis buku rph ni lah" terang guru besar lagi.

Selepas sahaja sesi melaporkan diri , cikgu Umai menerangkan bahawa setiap hari isnin akan mengadakan perhimpunan petang, jadi sekejap lagi kita akan perhi ke dataran.

"Kringgggggggggg"

Loceng sudah berbunyi para pelajar pun menuju ke dataran untuk perhimpunan petang termasuk lah ustazah Umai, Darina dan guru -guru yang lain lah.

                                   ~hsp~

Umar yang baru sahaja tiba di sekolah berjalan menuju ke dataran untuk perhimpunan petang kafa pada setiap hari Isnin.

"Ustaz, tadi saya nampak ustazah baru tadi" kata seorang pelajar dengan teruja.

"Owh yeke?" Tanya Umar melayan pelajar itu.

"Haah, Ustaz" jawab pelajar itu.

"Ok ok sekarang ni awak beratur dekat perhimpunan, sekejap lagi dah nak mula" suruh Umar. Pelajar itu hanya mengangguk dan beratur di perhimpunan.

"Ustaz, suka betul budak tu bila ada ustazah baru. " Ucap seorang ustazah yang berada di dataran.

" Biasalah tu budak-budak" balas Umar

HIJRAH SEORANG PENDOSA | OGWhere stories live. Discover now