HSP 10

4 2 0
                                    

Tepat jam 3 pagi Darina terjaga dari tidurnya. Dia terbangun dari lenanya kerana tido terlalu awal. Selalunya dia akan tidur awal tetapi sejak dari kejadian dia kerasukan dia sudah menukarkan waktu tidurnya dari pukul 3 pagi menjadi 11 malam.

"Alamak, aq blum solat isyak lah" monolog Darina sambil menolak selimut yang menutupi dirinya itu. Dia bergegas menuju ke bilik air dan mengambil wudhu. Setelah itu dia memakai telekung dan membentangkan sejadah menghadap kiblat. Darina menunaikan solat Isyak dengan penuh khusyuk.

"Assalamualaikum warahmatullah"
"Assalamualaikum warahmatullah"

Setelah memberi salam dia beristighfar sebentar sebelum dia berdoa kepada Allah SWT.

"Ya Allah, sesungguhnya aku hambamu yang lemah ya Allah ..ampun kan segala dosaku , dosa kedua ibu bapa ku dosa keluarga ku dan seluruh muslimin dan muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, Ya Allah. Ya Allah aq hambamu yang leka ya Allah yang lalai yang sering alpa ya Allah..aq sedar betapa banyaknya dosa yang aq telah lakukan di dunia ini Ya Allah.."

"Ya Allah.." Darina mengalirkan air matanya.

"Adakah aq tidak layak masuk ke dalam syurga engkau Ya Allah" ..

"Adakah a...ku.. ti..dak...la...yak mendapat ke ampun...an dariMu ya Allah" Darina menangis tersedu sedan meminta keampunan. Segala dosa , segala hinaan yang diberikan membuatkan dia merasa ingin meluahkan. Tidak pernah dia melepaskan segala rasa sakit di hati dia. Dari dia kecil hingga dia besar dia tidak pernah menceritakan segala masalah yang dia hadapi.

"Adakah be..nar ..aq ti..dak lay...ak mendapat..kan ...keam..pu..nan..dari mu Ya Allahh" Air mata Darina lebat mengalir membasahi di pipinya itu. Dia terus mengadu dengan Yang Maha Kuasa akan segala keperitan yang dia alami. Dari awal dia ingin berubah kepada penghinaan yang dia dapat dari boss nya itu. Terselit juga doa agar dia mampu istiqamah berubah ke arah jalan yang benar.

Ketika dia berdoa dengan penuh khusyuk, tanpa dia sedar ada mata yang sedang melihat dia dari arah pintu.

                                   ~hsp~

Danial terbangun dari tidur kerana dahaga di tekak. Dia ingin bergerak turun dari tangga menuju ke ruangan dapur untuk minum segelas air. Semasa dia lalu dari pintu Darina , dia terdengar rintihan suara Darina menangis dan dia membuka pintu Darina sedikit dan mengintip dari pintu.

Segala cerita, penghinaan, ugutan yang Darina lalui telah Danial ketahui. Dia menutup pintu bilik Darina perlahan-lahan dan memandang simpati. Selepas itu, dia bergerak menuju ke ruangan dapur untuk minum bagi menghilangkan dahaga. Perasaan di lubuk hati Danial seperti ingin memaki lelaki yang membuat adiknya menangis, namun diucapkan dengan lafaz istighfar.

                                   ~hsp~

Pagi telah menjelma, Darina sudah pun bersiap-siap memakai baju kurung dan tudung bawal chiffon berwarna merah yang diberikan oleh Umminya itu. Dia turun dari tangga dan menuju ke meja makan.

"Huishh, lain macam kau dik" kata abangnya Danial.

"Adik memang lawa pun" bangga Darina.

"Siapa cakap?" Sakat Danial.

Mula sudah bibit-bibit pergaduhan diantara Danial dan Darina. Nasib pergaduhan mereka sampai di situ sahaja kerana sudah ditegur oleh Umminya. Ummi dan Walid hanya menggelengkan kepala melihat karenah kedua-dua anaknya itu . Dah besar panjang pun asyik bergaduh je.

"Adik nak walid tolong hantar pergi temuduga tak? Sebab harini Walid tak pergi mana-mana.." tanya walid.

"Ermm..tkpelah walid Darina bawa motor jelah.." kata Darina menolak tawaran walidnya itu.

HIJRAH SEORANG PENDOSA | OGWhere stories live. Discover now