Setelah tiba di rumahnya Danial, dia bergegas keluar dari keretanya itu diikuti dengan seorang lagi ustaz. Tanpa melengahkan masa, Umar mengetuk pintu rumah dan memberi salam. "Waalaikumsalam, sekejap." Kata Umar lalu meluru ke arah pintu rumah untuk membuka pintu. Umar terkejut melihat tangan walidnya Danial yang sudah elok dibalut dengan kain yang bersih. Luka yang dialami oleh Haji hanya lah kecil sahaja namun perlu dibalut dengan pembalut tangan kerana terdapat sedikit bengkak di bahagian tangan Haji.
"Pakcik ok? Teruk ke" tanya Umar. " Pakcik baik je, makcik kau dh sapu ubat dh tapi bengkak sikit. Umar tlg anak pakcik ye pakcik tk thu knpe anak pakcik jd mcmtu" Umar pun bertanya apa yg terjadi dan diceritakan oleh walidnya Danial dari awal hingga akhir. Setelah mendengar penjelasan dari walidnya Danial, Umar menaiki tangga diikuti dengan Danial dan seorang lagi ustaz menuju ke arah bilik Darina.
Setibanya dia di depan pintu bilik Darina, dia terbau sesuatu yang amat busuk. Sebelum Umar masuk, Umar memakai sarung tangan. maklum lah yang nak diubatnya itu perempuan dan menjadi kebiasaan apabila mengubat para wanita di Pusat perubatan islam dia akan memakai sarung tangan. Tak lupa juga dengan ustaz yang mengikut serta Umar di situ. Dia juga memaki sarung tangan yang sama dengan Umar.
"Danial, azan dulu.." pinta Umar. Tanpa basa basi Danial pun azan di depan pintu adiknya itu. Setelah sudah melaungkan azan, Umar pun membuka pintu bilik itu dengan perlahan. Ketika mereka masuk ke dalam bilik itu ,mereka melihat Darina yang senyap tanpa sebarang suara. "Danial, asal kau ikat adik kau kat tiang katil tu ?" Tanya umar. " Dia meronta-ronta td aq dah tkde idea nak buat apa sebab dia kuat sgt tu aq ikat je dia." Umar meminta Danial untuk membuka ikatan tali Darina.
Ketika sedang asyik Danial membuka ikatan Darina tiba-tiba Darina terus berlari ke arah Umar. Umar yang dalam keadaan tenang membaca ayat-ayat ruqyah. " Allahuakbar!" Darina yang kerasukan itu berhenti tepat di depan Umar. Umar terus membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan membuatkan Darina menjerit kesakitan. " Arghhhhh!!, diam diam" marah Darina dengan suara yang garau.
Darina yang sedang dalam kesakitan itu meluru keluar dari bilik itu. Umar pun menyuruh Danial untuk mengejar dan memegang badan adiknya itu. Tak juga ustaz yang turut datang membantu Danial. Badan Darina sangat kuat dan perlukan pegangan yang kuat dari dua orang lelaki itu. Ummi dan Walid yang terkejut melihat Darina yang keluar dari bilik itu bergegas membantu mereka memegang tangan Darina dari terlepas.
Umar yang turut serta pergi ke ruang tamu terus berada di depan Darina dan membaca sedikit lagi ayat-ayat ruqyah. Setelah itu Umar pun menyoal Darina yang sudah semestinya itu adalah makhluk Jin yang merasuk Darina. "Siapa kau? Kenapa kau masuk ke tubuh perempuan ni?" Soal Umar tapi tidak dijawab oleh makhluk tersebut. " Aq tanya kau lg skli, siapa kau ? Kenapa kau masuk tubuh perempuan ni?" Melihat Darina yang diam membisu membuatkan Umar membaca satu ayat yang membuatkan Darina kesakitan " jawab aq skang, kenapa kau masuk ke tubuh perempuan ni?!"
" Sebab aq suka perempuan ni, aq tak nak keluar dari tubuh perempuan ni! Kau jgn berani ii suruh aq keluar kalau tak aq panggil kawan ii aq " kata makhluk itu.
" Cubalah panggil aq nk tgk sehebat mne kau" cabar Umar pada makhluk itu. Makhluk itu pun memanggil kawan kawannya itu. Ketika itu Darina seperti dirasuk oleh makhluk yang lain. " Spe kau?" Soal Umar."Aq kawan dia , ketua jin" kata jin itu. Umar terus bertanya " jin kafir ke jin islam? . Jin itu pun mengatakan bahawa dia jin islam. " Kau tau tk perkara ini salah. Allah benci" kata Umar .
" aq tau ni salah tapi dia dah seru aq dia panggil aq jd aq masuklah !" Umar pun sambung bertanya pada jin itu. " Sekarang kau nk tlg dia ke, mcm mne? " Jin itu pun berkata bahawa dia akan cuba bercakap dengan rakannya itu.
Dan setelah itu Darina dirasuk oleh makhluk yang pertama itu. " Jadi cmne? Kau nk keluar ke tk nk?" Jin itu pun berkata yang dia amat menyukai perempuan itu. Dia berkata bahawa dia masih lagi tiada isteri. Umar pun berasa kasihan dan mengatakan bahawa dia akan membantu jin itu dengan berdoa kepada Allah agar dia berjumpa jodoh yang baik dan akhirnya jin itu pun akur untuk keluar dari tubuh perempuan itu.
"Ya allah , aq berdoa pada Engkau, berikanlah jin ini jodoh ya Allah. Semoga dia mendapat jodoh yang baik ya Allah InshaAllah.." setelah doa itu jin itu pun berasa senang dan keluar dari tubuh Darina. Darina pun pingsan di pelukan abangnya Danial. " Danial angkat adik kau letak kat dalam bilik. Ustaz, tlg sy amek segelas air ye " pinta Umar.
~hsp~
Darina tersedar dari pingsan. Badannya terasa sakit yang teramat. Umar membaca ayat-ayat Al-Quran di air yang akan diminum oleh Darina. Setelah dibaca Umar memberi air itu kepada Darina. Darina memegang air itu dalam keadaan yang terketar-ketar. Dia diselubungi ketakutan kerana dia teringat akan makhluk yang dilihat sebelum pingsan.
Danial yang melihat adiknya itu terus membantu Darina memegang gelas air tersebut dan memberi adiknya minum. Setelah itu, Darina menangis tersedu sedan memeluk umminya kerana ketakutan. " Ummi, adik nk tido dgn ummi bleh? Adik takut, tadi adik nk pergi masuk tido tapi ada satu suara panggil adik , adik takut ummi" kata Darina dalam ketakutan. Ummi mengangguk dan terus menidurkan anaknya itu. Sayu hati dia melihat keadaan anak perempuan kesayangannya itu.
Para para lelaki yang lain terus keluar dari biliknya Darina. Haji pun bertanya tentang apa yang terjadi. "Darina dirasuk oleh Jin islam yang menyukai dia. Sy tak pasti apa punca jin tu suka anak pakcik tp alhamdulillah dgn izin Allah ,jin itu mahu memberi kerjasama. Jelas Umar dgn panjang lebar .
"Klau xde apa ii lg ,kami berdua minta diri dulu ye pakcik " pinta Umar sambil menyalam tgn Danial dan Haji Sallehuddin. Ustz Naim juga mengikut serta menyalam tgn mereka dan beredar dari rumah itu.
~hsp~
"Arghhh!!! Panas, lepaskan aq!!"
"Sudah terlambat, dulu ketika kau di dunia kau selalu mengabaikan solat, menonton video ii lucah, dan banyak lagi perkara ii yg dilarang oleh Allah yg kau buat!"
"Tlg aq ya Allah, aq minta ampun!"
"Sudah terlmbat ,sekarang rasakan!" Besi yg berapi itu melibas badan Darina.
"Darina, bangun sayang..knpe ni? " Kejut Ummi. Darina yg berpeluh-peluh itu bangun dari tidurnya dan terus memeluk tubuh wanita yang amat dia sayangi. " Ummi, adik minta maaf klau adik pernah biadap dgn Ummi. A...dik min...ta... ma..ma..af Um...mi.." ucap adik dgn tangisan yang sgt lebat sehingga membasahi baju Umminya di belakang.
Puan Siti Fatimah pun senyum dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Allah memakbulkan doanya" Sayang, Ummi sentiasa maafkan Darina..cuma Ummi minta, setiap kali Ummi panggil, Ummi suruh adik kene dgr arahan Ummi, semuanya untuk kebaikan adik" jelas Puan Siti . Darina hanya mengangguk dalam pelukan ibunya.
..................................................................................
Readers sekalian, 😃
ada yg nk tau x kenapa Si Darina ni kene rasuk?,l🤔
Klau nk tau komen byk ii tau n tq sudi baca cite sy yg tk seberapa ni ..🥰 love you guys ..
YOU ARE READING
HIJRAH SEORANG PENDOSA | OG
Romance⚠️Kosa kata yang berterabur ⚠️Terdapat kata-kata lucah di permulaan bab ⚠️Penceritaan yang agak berterabur 🙏Sorry, ini karya pertama saya..kalau ada silap mohon ditegur di ruangan komen. Tq readers💕🥰 yang sudi membaca semoga dimurahkan rezeki se...