2 bulan sudah berlalu, Darina masih menunggu panggilan telefon dari pihak jabatan agama Islam. Katanya pihak atasan akan membuat panggilan jikalau temuduga diterima. Selama dua bulan tu juga lah Darina membuat solat hajat. Dia meminta agar temuduga nya lepas dan dapat menjadi guru kafa di mana-mana sekolah.
"Anak Ummi ni kenapa asyik termenung je ni?" Tanya Ummi.
"Takde lah Ummi..mana ada termenung, adik tengah tunggu panggilan telefon dari orang atasan ni. Katanya kalau lepas temuduga dia call, ni tak call pun hmm" ngeluh Darina.
"Alahai anak Ummi ni dengar apa yang Ummi cakap" Puan Siti memegang tangan anaknya. Dia pandang satu-satunya anak perempuannya itu.
"Anak Ummi tahu tak sebelum kita dilahirkan Allah SWT dah tulis semua nasib makhluk hidup di Lauhul Mahfuz. Dengan siapa kita berkahwin? Bila kita dilahirkan? Bila kita meninggal ? Semuanya telah Allah tulis. Jadi kita sebagai umat Islam kena percaya dengan Qada' dan Qadar Allah" jelas Ummi panjang lebar.
"Habistu Ummi tak kan kita tak boleh tentukan nasib kita sendiri?" Tanya Darina memuncungkan mulutnya.
Puan Siti mengusap kepala anaknya lembut. " Bukan kita tak boleh tentukan nasib kita sayang, tapi kita sebagai manusia yakin yang kita tetap diberi kebebasan untuk menentukan kehidupan kita. Sebab apa? Sebab Allah dah menjanjikan sesiapa yang berbuat baik walau sekecil mana pun Allah akan memberikan kita pahala dan jika kita melakukan perbuatan yang buruk Allah juga akan melihat dan dicatat malaikat.
Jadi sebab tu lah kita percaya yang Allah Allah beri kita kebebasan untuk hidup bebas, , mempunyai pilihan sendiri dan menentukan perkembangan dunia kerana tugas manusia adalah membangun bumi. Dalam ayat Al-Qur'an juga ada menetetapkan kita adalah pemimpin yang saling berganti membangun bumi dan juga perlu tunduk pada aturan Allah.
Jadi kita sebagai manusia tak boleh mengu ah nasib kita , kalau memang dah ditakdirkan. Tapi, manusia boleh berikhtiar, berusaha sedaya upaya agar apa yang kita capai di dunia dan akhirat adalah usaha kita. " Terang Puan Siti panjang lebar.
Darina meng" owh" kan saja. "Ummiiii..."
"Kenapa sayang" tanya Puan Siti.
"Ummi, ada perkara yang adik nak tanya..kalau Aib adik tersebar kat satu dunia dan kalau berlaku apa-apa dekat adik, Ummi sedih tak?" Tanya Darina sambil menundukkan kepalanya.
Puan Siti menegakkan kepala anaknya semula dan memegang pipi anak nya itu lembut. Dia memeluk anaknya erat. "Setiap yang berlaku adalah ujian dari Allah..apa yang Ummi nak dari anak Ummi adalah terus mendekatkan diri dengan Allah, jangan bersangka buruk dengan Allah sebab Allah memilih kita untuk mendapat satu-satunya ujian ni sebab dia tahu kita mampu.
firman Allah SWT melalui Surah Al Baqarah, ayat 286:
لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.
"Owhh, tak ajak abang dengan Walid sekali eh" ucap Danial.
"Sibuk jelah abang ni" jawab Darina.
Ummi mengajak anak lelakinya itu berpelukan. Mereka berpelukan sekeluarga seperti tiada hari esok. Rasa bahagia rasa bila dapat berpelukan sebegini.
I wake up every day like, "Hello, beautiful"
'Cause this world is so crazy and it can bring you down
You're too short, too fat, too skinny
Hey, well, excuse me if I think that I'm prettyDeringan telefon Darina mengejutkan seisi keluarga. Darina mengangkat panggilan telefon itu.
"Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Darina Mardhiah binti Sallehuddin?" Tanya pemanggil.
YOU ARE READING
HIJRAH SEORANG PENDOSA | OG
Romance⚠️Kosa kata yang berterabur ⚠️Terdapat kata-kata lucah di permulaan bab ⚠️Penceritaan yang agak berterabur 🙏Sorry, ini karya pertama saya..kalau ada silap mohon ditegur di ruangan komen. Tq readers💕🥰 yang sudi membaca semoga dimurahkan rezeki se...