HSP 15

5 2 0
                                    

3 bulan telah berlalu, Darina sudah terbiasa dengan pekerjaannya sebagai seorang guru. Dalam masa 3 bulan itu juga lah dia menghadiri pelbagai kursus. Semakin lama Darina semakin tenang dengan pekerjaan dia yang ini. Kalau pekerjaan yang dulu dia selalu tidak berasa tenang. Mungkin kerana itu perbezaan diantara pekerjaan yang haram dan halal.

"Adik, kejap jangan pergi kerja dulu" tahan Puan Siti sambil berlari membawa bekal makanan kearah anaknya itu.

"Kenapa Ummi" tanya Darina.

"Ni , ambil ..nanti bagi dekat semua cikgu" pesan Ummi.

"Apa ni Ummi?" Tanya Darina sambil menghidu bekas Tupperware Umminya itu.

"Sekarang kan musim durian, haritu Ummi terbeli Durian banyak ..jadi Ummi buatlah  bubur durian. Nanti bagi cikgu-cikgu yang lain makan ye" pesan Ummi lagi. Darina hanya mengangguk dan menyalam tangan Umminya sebelum berangkat ke kerja.

Sedang dalam perjalanan menuju ke sekolah, tiba-tiba perutnya memulas meminta untuk membuang.

"Ha sudah, masa ni jugak kau nak membuang Darina" kata Darina seorang diri.

Darina berhenti di petronas berdekatan. Dia parking di tepi dan mengunci pintu kereta sebelum berlari ke tandas. Hampir 10 minit Darina di dalam tandas, akhirnya dia keluar juga. Darina merapikan tudung dan baju kurungnya sebelum berjalan ke kereta.

                                  ~hsp~

"Haishhh!! Geram betul lah aku!! Masa sekarang juga kau nak habis minyak Ha!!!"  Marah lelaki itu.

Dia sakit hati apabila sejak akhir-akhir ini kelab malamnya tidak mendapat sambutan seperti dulu. Sewaktu ada bekas pekerjanya Darina, kelab malamnya selalu akan dihadiri dengan ramai pelanggan.
Sedang dia ingin keluar dari kereta dia terlihat sosok perempuan yang sangat dia kenal.

"Amboi dah bertudung..siap berbaju kurung" monolog lelaki itu.

Ya, dia adalah bekas majikan Darina. Lelaki itu sebenarnya dah lupa bekas pekerjanya itu. Yalah kalau dah selalu dikelilingi perempuan-perempuan seksi mana nak ingatkan.

Timbul rasa ingin tahu dalam diri lelaki itu. Dia teringin menghancurkan hidup satu-satunya bekas pekerjanya itu. Dia mengisi minyak dengan cepat dan laju mengekori Darina dari belakang sehingga lah di sekolah.

"Owh, jadi cikgu rupanya" monolog lelaki itu sambil tersenyum sinis memandang kereta Darina yang sudah masuk ke dalam perkarangan sekolah.

Umar yang baru sahaja sampai ke sekolah dengan menunggang motosikal ternampak sosok lelaki yang seperti familiar di mata dia. "Macam kenal" kata hati Umar.

Apabila melihat warna kereta dan jenis kereta yang dipandu oleh lelaki itu telah  mengingatkan dia tentang mimpi yang dia alaminya. Hati dah mula tak tenteram. "Tak kanlah mimpi aku ni satu petanda pulak" kata hati Umar.

Setelah meletakkan motor di bahagain parking, dia berjalan menuju ke pejabat untuk menulis kehadiran seperti biasa. Hati berdegup kencang.

" Petunjuk apa yang kau nak tunjukan pada aku ya Allah" ucap Umar di dalam hati.

Jam menunjukkan pukul 4 setengah petang, waktu persekolahan hampir tamat. Selama 3 jam dia mengajar hati berasa tidak tenteram. Dia cuba untuk menenangkan diri dengan istighfar dan zikir-zikir.

                                     ~hsp~

"Ok kelas , sampai disini sahaja pelajaran kita, ingat kerja sekolah yang ustazah bagi ..tolong siapkan di rumah , hari isnin minggu depan, Ustazah nak tengok..tak siap berdiri di luar kelas ye" Ucap Darina dengan tegas.

HIJRAH SEORANG PENDOSA | OGWhere stories live. Discover now