Darina semakin sembuh, jadi dia dibolehkan bekerja oleh suaminya yang protective itu.
"Awak...erm.." panggilan Darina diberhenti. Dia takut untuk meminta sesuatu.
"Ya , kenapa?"
"Ermmm..boleh tak kalau kita gi kerja berasingan?" Tanya Darina takut-takut.
Umar mendekatkan mukanya ke Darina. Semakin dekat dan semakin dekat sehinggakan Darina kebelakang sedikit.
"Ok" buat saspen je hahaha.
"Boleh ?" Tanya Darina pelik. Selalu Umar mesti melarang macam ii perkara.
"Awak kan ..tak nak sesiapa tahu ? Betul tak? Saya faham awak...nanti bawa kereta elok-elok ye .." ucap Umar senyum.
Darina hanya mengangguk dan bergerak keluar dan menaiki keretanya. Tidak lupa juga Umar ,dia pun memandu keretanya menuju ke sekolah. Sampai sahaja di sekolah, Darina dan Umar seperti biasa menulis kehadiran di pejabat.
Semua guru kafa masuk ke kelas masing-masing bagi memulakan sesi pelajaran.
"Assalamualaikum kelas.."
"Waalaikumsalam " pelajar-pelajarnya seperti biasa bermalas-malasan menjawab salam Darina.
Darina tidak kisah tapi ini lebih baik.. dari haritu lagi teruk.. mereka langsung tak nak memberi salam.. Sesi pelajaran dimulakan sehinggalah jam berbunyi menandakan waktu rehat. Semua pelajar dan guru berpusu-pusu menuju ke kantin sekolah untuk mengisi perut.
"Assalamualaikum semua .." sapa Darina mesra terhadap guru-guru yang lain.
"Darina "
"Lamanya tak nampak kamu.."
"Kamu apa khabar Darina? Sihat?"
"Makin lawa ye..lain macam"
"Jom duduk Darina"
Pelbagai sapaan mesra dari guru-guru kafa yang lain namun ada juga yang menjelingkan mata dan menghiraukan Darina.
Umar yang melihat Darina tersenyum berasa lega. Setelah kes yang berlaku tempoh hari selesai, semuanya menjadi baik-baik sahaja. Gambar itu pun sudah dihapuskan dan kebenaran sudah terungkap. Walaubagaimanapun, Natasha tetap masih membenci Darina. Kerana Darina ,suaminya dipenjara. Walhal, Suaminya alif itu dipenjara kerana sikapnya sendiri.
Pelajar-pelajar beransur-ansur balik ke kelas memandangkan waktu rehat hampir tamat. Natasha yang melihat Darina keluar dari kantin itu mengikut dari belakang. Tiba-tiba Darina ditarik ke belkanag bangunan.
"Kau tahu tak kau punca laki aku masuk penjara!!! Kau punca". Darina yang melihat Natasha menggila itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri.
"Natasha bawak mengucap lah !! Sakitlah Natasha ..lepaskan aku!" Jerit Darina.
"Sakit ?! Tahu pulak sakit habis sakit dalam hati aku ni macam mana pulak ha?!!". Natasha semakin marah. Dia kehilangan waras. Akibat nafsu amarah dia hampir membunuh Darina menggunakan pisau yang sudah berada di tangan dia.
Pisau yang hampir membenam ke dalam perut Darina ditahan oleh Umar. Berlumur darah mengalir di tangan Umar. Menitik- meniti darah jatuh ke lantai.
Umar menarik pisau yang ada di tangan Natasha dan membaling jauh. Belum sempat Natasha ingin meluru ke arah Umar. Tiga orang guru sudah menahan tangan Natasha.
"Lepaslahhhh!!!!!"
Terkejut Darina apabila melihat darah yang mengalir di tangan Umar. Cepat ii dia mengambil tangan Umar dan mengikat sapu tangannya di bahagian tangan yang luka itu. Guru ii yang melihat kejadian itu berbisik-bisik diantara satu sama lain.
YOU ARE READING
HIJRAH SEORANG PENDOSA | OG
Romance⚠️Kosa kata yang berterabur ⚠️Terdapat kata-kata lucah di permulaan bab ⚠️Penceritaan yang agak berterabur 🙏Sorry, ini karya pertama saya..kalau ada silap mohon ditegur di ruangan komen. Tq readers💕🥰 yang sudi membaca semoga dimurahkan rezeki se...