"eh, kenapa ni?" Tanya Puan Siti apabila melihat anak sulungnya itu sedang mengangkat adiknya dengan gaya bridal style naik ke tangga. "Shh...perlahan sikit Ummi , adik tido..nanti abang cerita ye Ummi, abang naik atas sekejap letak dia kat dalam bilik." Kata Danial.
Setelah meletakkan adiknya Darina itu ke atas katil, Danial menyelimutkan adiknya itu lalu keluar dari bilik diikuti Ummi. "Jom Ummi kita turun bawah, sekejap lagi Umar datang , kita dengar penjelasan dia" Ummi terpinga-pinga mendengar kata anak pertamanya itu. "Apa yg jadi ni ?" Kata hati Puan Siti.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam, masuklah Umar " panggil Danial.
"Kejap ye Umar , makcik buat air kejap " Danial yang melihat Umminya ingin pergi ke dapur itu menarik tangan Umminya.
"Ummi, tak payah buat Ummi ..lagipun Umar datang kejap je , sebab dia bagitahu abang ada perkara penting dia nak cakap tentang adik" jelas Danial kepada Umminya.
"Ye betul makcik, tak payah susah sekejap je ni.." kata Umar meyakinkan kata-kata sahabatnya itu. "Kalau macamtu mari kita ke ruang tamu." Kata Puan Siti menjemput sahabat anak sulungnya itu.
"Ha , perkara apa yang kau nak cerita ni Umar .." tanya Danial.
"Macam ni tadi masa dekat mall , aq pergi beli ilao ilao lepastu..." Umar menceritakan semua perkara yang berlaku dari awal hingga akhir. Tak juga dengan ugutan yang diberikan oleh bekas bossnya Darina. Ummi dan Danial yang mendengar semua yang berlaku itu terperanjat dengar perkara yang diceritakan oleh Umar.
"Kau biar betul , Umar ..kau jangan main ii" tanya Danial tidak percaya.
"Kau ingat aq menipu ke Danial, aq sendiri yang dengar dan nampak dengan mata kepala aq sendiri.." kata Umar jujur.
Puan Siti yang mendengar cerita itu pun berasa malu dan mahu menangis. Umar yang melihat wajah Puan Siti yang berubah itu cuba menenangkan Puan Siti. "Makcik, saya faham apa yang makcik rasa tapi bagi saya , Darina sembunyikan hal ni sebab dia malu dengan diri dia, dia tak nak menceritakan segala aib dia. Lagipun tadi Darina ada cakap yang dia nak berubah dan saya yakin dengan Darina." Jelas Umar panjang lebar.
"Makcik malu Umar..makcik tahu ni semua kesilapan Makcik yang gagal mendidik anak. " Kesal Puan Siti.
Umar memegang lengan sahabatnya itu dan memandang Puan Siti ibu kepada Danial. " Makcik , Danial..Allah juga melarang kita dari menceritakan aib kita pada orang lain termasuk lah keluarga kita. Dan Allah juga membenci kita yang mendedahkan dosa kita sendiri sedangkan Allah telah menutup aib kita. Rasulullah pernah bersabda:
كل أمتي مُعَافَى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنْ مِنَ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتَرَ اللَّه عنه إذا اعجبوا بك
"Setiap umatku akan diampunkan dosa mereka melainkan golongan mujahirin (iaitu mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri). Yang dimaksudkan dengan 'mujaharah' itu ialah seorang lelaki yang melakukan satu perbuatan berasa eras (maksiat) pada waktu malam sedangkan di waktu pagi Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada malam Tersebut. Lalu dia berkata: Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan (dosa) ini dan perbuatan (dosa) itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang telah dia lakukan namun dia bangun pada waktu pagi lalu mendedahkan sendiri apa yang Allah telah sembunyikan aibnya."
Terang Umar panjang lebar. Sempat lagi ya dia berceramah hehe. Melihat Danial dan Puan Siti yang menundukkan mukanya ,dia melembutkan lagi hati mereka berdua. "Makcik dengan Danial jangan risau , saya akan simpan aib keluarga ni baik-baik." Kata Umar dengan senyuman.
Sabda Rasulullah:
مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدنيا والآخِرَةِ
"Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslim yang lain, maka Allah akan menutup aibnya didunia dan akhirat." (HR IBN MAJAH)
Umar melihat jam tangan di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan tepat pukul 8 setengah malam. Dia harus balik ke rumah kerana badannya sudah melekit minta di mandi.
"Makcik, Danial..saya balik dulu ye badan saya dah melekit lagipun esok dekat sekolah saya ada program kena datang pagi." Kata Danial ingin pulang.
"Owh baik-baik..elok ii bawa motor ye Umar" kata Puan Siti
"Hati-hati bro, tq banyak tolong aq " kata Danial.
"Takde apa lah..kau kawan aq bro mestilah aq kena tolong.." kata Umar.
Umar pun balik ke rumahnya. Setibanya di rumah dia seperti biasa melakukan rutin harian dia. Mandi dan solat.
Grrrrrr~
Grrrrrr~"Aduh , masa ni lah perut nak lapar.. aq dah lah tengah ngantuk ni kang kalau tak makan tak boleh tidur pulak ..hmm" monolog Umar seorang diri sambil berjalan keluar dari biliknya menuju ke ruangan dapur. Kot-Kot lah ada makanan yang boleh dimakan. Boleh lah dia mengisi perutnya yang kosong itu.
Sampai sahaja dia di ruangan dapur, dia membuka lampu dapur. Nasib menyebelahi dia apabila dia membuka peti ais ada lauk ayam masak merah yang disejukkan dan nasi yang disejukkan juga oleh bibik di rumahnya itu. Dia mengambil lauk dan nasi itu dan memanaskan kedua-duanya sekali.
Sedang dia asyik makan, dia tiba-tiba teringat kembali disaat Darina memuncungkan mulut apabila tidak dibenarkan sahabat nya itu mengikut sekali bermain bowling. Dia senyum ketika makan.
"Umar, apa yang tersenyum-senyum macam kerang busuk tu..dah dilamun cinta ke apa tu" sakat ayah Umar yang baru tiba dari masjid.
"Hehehe" sengih Umar.
"Ayah dulu pun masa bercinta dengan arwah mak dulu pun selalu je tersengih-sengih macam tu.. pernah sekali ayah dulu tak boleh lah nampak arwah mak kamu dengan lelaki lain. Dek takut disebat orang lain , ayah cepat-cepat masuk minang arwah emak kamu." Cerita ayahnya mengenang kenangan indah dahulu.
Umar hanya mendengar cerita ayahnya itu. "Mesti arwah ibu cantik kan ?" Tanya Umar. Umar dibesarkan oleh ayahnya seorang diri. Dia tidak pernah merasa kasih sayang dari seorang wanita yang bergelar ibu. Ibu Umar meninggal dunia setelah melahirkan Umar. Walaupun ibu Umar meninggal kerana melahirkan Umar , ayahnya tidak pernah menyalahkan anaknya malah menjaga anaknya bagai menatang minyak yang penuh.
"Ayah , Umar nak masuk bilik ya ..ayah tak nak makan?" Tanya Umar.
"Ayah dh makan dh kat masjid tadi..kamu tu jangan terus tido pulak lepas makan..nanti gemuk takde yang nak dengan kamu" sakat ayahnya itu.
"Eh , anak ayah ni hensem lah"
"Kamu hensem ikut ayah , Hahahha" bangga ayahnya itu.
Mereka ketawa bersama-sama. Umar naik ke atas menuju ke ruangan biliknya. Sebelum dia tidur. Dia membaca buku agama yang baru sahaja dia beli itu.
"Kenapa lah aq ni asyik terbayang-bayang muka adik Danial ni .. astaghfirullah" monolog Umar seorang diri. Umar menutup buku yang dia baca dan membaca doa sebelum tidur. Dia menutup lampu bilik dan tidur menghadap kiblat.
..................................................................................
Mcm mne readers? Ok tak bab ni? Sorry mcm agak hambar untuk bab ni ...
Btw jgn lupa vote tau ...tq semua
Much loveee💕
YOU ARE READING
HIJRAH SEORANG PENDOSA | OG
Romance⚠️Kosa kata yang berterabur ⚠️Terdapat kata-kata lucah di permulaan bab ⚠️Penceritaan yang agak berterabur 🙏Sorry, ini karya pertama saya..kalau ada silap mohon ditegur di ruangan komen. Tq readers💕🥰 yang sudi membaca semoga dimurahkan rezeki se...