Kringggggggggg~
Loceng sekolah berbunyi menandakan tamat waktu sekolah. Semua pelajar bersiap-siap mengemaskan buku dan bekas pensel ke dalam beg masing-masing dan menunggu ibubapa mereka menjemput mereka pulang.
Macam biasalah kalau dah namanya budak-budak, badan mana kenal erti letih. Sementara mereka menunggu ibubapa mereka datang , mereka berlari lah, main nenek-nenek lah , main lawan tangan lah, macam-macam lagi lah.
Darina memandang pelajar-pelajar tersebut. Terimbau kembali kenangan dia sewaktu kecil dahulu.
"Ustazah, belum balik?" Tanya guru besar.
"Belum Ustazah, baru nak gerak" senyum Darina. Guru besar meminta izin untuk pulang dahulu. Dia menghidupkan enjin kereta.
"Dah kenapa ni?" Monolog Darina seorang diri. Darina masih mencuba menghidupkan enjin kereta tapi masih tidak boleh.
Umar yang baru sahaja ingin pulang melihat Darina yang masih terkial-kial menghidupkan enjin kereta.
"Awak, kenapa tu?" Tanya Umar.
"Entah lah , dari tadi saya hidupkan enjin kereta ayah saya ni tapi tak hidup hidup pulak" jelas Darina yang masih mencuba menghidupkan enjin.
"Takpe , meh saya cuba pulak" Danial masuk ke bahagian pemandu dan mencuba menghidupkan enjin kereta tapi hampa.
"Kejap saya buka bonet depan " Darina mengangguk.
"Semua ok je" kata Umar perlahan.
Umar menutup bonet kereta hadapan. Dia bergerak masuk semula ke bahagian pemandu. Dia melihat sekeliling dan mendapati kedudukan gear kereta tidak berada di kedudukan P.
"Alahai, ni mesti kes gelabah lah ni" kata Umar perlahan tapi dapat didengari Darina.
"Apa wak?" Tanya Darina.
"Takde pape" jawab Umar malu.
Umar menghidupkan enjin kereta itu semula dan akhirnya enjin dapat dihidupkan.
"Terima kasih" Ucap Darina
"Sama-sama " jawab UmarDarina keluar dari perkarangan sekolah diikuti Umar. Selepas sampai di simpang jalan mereka bertukar arah menuju ke jalan pulang rumah masing-masing.
~hsp~
"Dah balik..Macam mana ? Hari pertama sekolah, ok?" Tanya Puan Siti apabila melihat anaknya yang bau pulang ke rumah.
"Boleh lahh, agak penat tapi menyeronokkan" terang Darina dengan kegembiraan.
"Alhamdulillah" ucap Puan Siti.
"Ummi, abang mana?" Tanya Darina.
"Ada dekat dalam bilik" jawab Ummi sambil berjalan menuju ke dapur.Melihat kepergian Ummi, Darina menuju ke bilik abangnya. Dia mengetuk pintu bilik dan disuruh masuk oleh abangnya.
"Abang! Owhhh dah lah tak bagitau adik , Umar kerja kat situ..diam je eh" marah Darina mencebikkan muka.
"Dah adik tak tanya abang tak bagitau lah" jawab Danial kepada adiknya.
"Abanggggggg!!!" Darina menjerit sambil memukul abangnya menggunakan bantal.
"Alahaii adik abang ni , meh dekat dengan abang ..abang nak tanya sikit" suruh Danial.
" Apa dia?" Tanya Darina.
"Adik suka dekat Umar ke ?" Tanya Danial sambil memandang mencari jawapan yang jujur di muka satu-satu adiknya itu.
"Takde" jujur Darina.
"Yeke?" Umar memandang adiknya itu tidak percaya.
"Iye abang..kau ni aku jolok mata kau kang" marah Darina. Garang betul.
YOU ARE READING
HIJRAH SEORANG PENDOSA | OG
Romance⚠️Kosa kata yang berterabur ⚠️Terdapat kata-kata lucah di permulaan bab ⚠️Penceritaan yang agak berterabur 🙏Sorry, ini karya pertama saya..kalau ada silap mohon ditegur di ruangan komen. Tq readers💕🥰 yang sudi membaca semoga dimurahkan rezeki se...