Danial membaringkan adiknya perlahan-lahan ke atas katil. Dia menyelimutkan adik nya itu.
"Weyh, aku nak minta tolong kau sikit boleh?" Tanya Danial
"Apa dia"
"Tolong hanta mak aku balik rumah, tadi aku yang bawa mak aku datang sebab dia beria-beria nak datang. Mak aku risau sangat.. ni kunci kereta aku , kau pakai je " jelas Umar lalu menyerahkan kunci kereta miliknya kepada Umar.
Umar hanya mengangguk. Danial memujuk Umminya balik ke rumah bersama Umar. Puan Siti dengan hati tak rela meninggalkan anaknya itu berjalan keluar dari wad Darina. Puan Siti dihantar oleh Umar ke rumah.
"Umar masuk rumah kejap boleh? Ada perkara yang makcik nak cakap sikit" pinta Puan Siti. Umar mengangguk. Dia akur dengan permintaan Puan Siti dan masuk ke rumah bersama Puan Siti.
Haji Sallehudin yang baru sahaja balik dari masjid itu bertanya tentang keadaan anaknya kepada Puan Siti.
"Macam mana dengan Darina yang?" Tanya Haji. Dia tidak dapat pergi melihat keadaan anak perempuannya tadi kerana baru sahaja mendapat mesej dari isterinya , Puan Siti.
"Entah lah bang" ngeluh Puan Siti.
"Ha Umar, masuk lah dalam ..pakcik pun ada perkara nak tanya" kata Haji.
Umar telan air liur. Ha sudah dua ii nak tanya. Mana tak takut. Macam buat kesalahan besar pulak rasa. Umar duduk di atas sofa bersama dengan kedua-dua pasangan suami isteri itu.
"Umar, boleh makcik tahu..macam mana boleh jadi macam ni?" Tanya Puan Siti ingin tahu. Umar menceritakan perkara yang berlaku dari awal hingga akhir. Mereka harus tahu kerana ini berkaitan tentang anak perempuannya.
" Abang, kenapa lah jadi macam ni..Darina tu baru nak berubah bang, saya sedih tengok anak kita macam tu bang..tadi lepas dia bangun dia menggigil bang, anak kita hiss... Sampai ..ketakutan hiss..bang..saya hisss ..tak pernah tengok anak kita hiss..macam tu sekali" ucap Puan Siti dalam keadaan menangis.
Haji Sallehudin yang melihat isterinya dalam keadaan itu terus memeluk erat. Dia menenangkan isterinya itu. Dia tahu perasaan yang hadir dalam isterinya itu, kerana dia juga merasakan yang sama cuma dia perlu terlihat kuat di depan isterinya.
"Makcik, saya faham perasaan makcik..tapi kita sebagai hamba Allah memang akan selalu ditimpa ujian. Dan tanda Allah mencintai kita, masih ambil berat dengan kita adalah dengan diberinya ujian. Dalam Surah At-Taubah ayat 40 ada mengatakan:
لَا تَحْزَنْ اِنَّ اللّٰهَ مَعَنَاۚ
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kamu.
Terang Umar panjang lebar.
"Umar , pakcik nak tanya sikit boleh? Tapi kita bercakap di luar kejap" Tanya Haji kepada Umar. Umar dan Haji bergerak ke luar meninggalkan Puan Siti di dalam rumah. Umar dah suspen. Tiba-tiba kena soal lagi.
"Maaflah kalau pertanyaan pakcik ni agak lancang sedikit...Umar suka ke dengan anak pakcik?" Tanya Haji dengan serius.
Ha sudah. Kelu lidah nak menjawab. Umar menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Takut betul nak menjawab satu-satunya soalan itu.
"Pakcik faham kalau kamu terkejut dengan soalan pakcik ni ..tapi apa yang pakcik boleh cakap kalau betul kamu ada perasaan pada anak pakcik..pakcik sudi terima kamu sebagai menantu pakcik, lagi pun anak pakcik perlukan seseorang yang boleh bantu dia untuk berubah. Pakcik yakin kamu boleh" ucap Haji panjang lebar.
Umar hanya mengangguk malu.
"Sebenarnya..." Kata-kata Haji tergantung.
"Kenapa pakcik?" Tanya Umar.
YOU ARE READING
HIJRAH SEORANG PENDOSA | OG
Romance⚠️Kosa kata yang berterabur ⚠️Terdapat kata-kata lucah di permulaan bab ⚠️Penceritaan yang agak berterabur 🙏Sorry, ini karya pertama saya..kalau ada silap mohon ditegur di ruangan komen. Tq readers💕🥰 yang sudi membaca semoga dimurahkan rezeki se...