Darina bangun dari tidurnya. Kepala yang tiba-tiba terasa sakit di pegang Darina.
"Ssss"
"Lah..dah bangun dah rupanya ?" Kata seorang wanita dengan pandangan sinis.
"Dah kak" jawab Darina
"Lama-lama meluat aku tengok kau lah.."ucap wanita di hadapannya.
"Kenapa kak? Benci sangat ke akak dengan saya? " Tanya Darina berani.
"Kau tanya aku?! Eh aku ni takde kuasa tau nak angkat kau, bawa kau pulak pergi hospital. Cikgu-cikgu yang lain pun meluat tengok kau!"
Wanita itu memegang dagu Darina dia menekan sekuat-kuatnya. "Macam ni lah , kau pun nak sangat tahu kan kenapa aku benci sangat dengan kau kan!! SEBABNYA KAU TU PENGACAU RUMAHTANGGA ORANG!! "
"Ya allah kak..bila masanya saya kacau rumahtangga akak? Ustaz Alif dengan saya takde apa-apa sebarang hubungan pun. Hanya sekadar rakan sekerja." Terang Darina panjang lebar.
"HABISTU?! KENAPA DIA BERIYA-IYA SANGAT PANDANG KAU?! Aku ni , taknak tau gaduh dengan kau ..tapi disebabkan perangai kau yang ni lah yang aku tak suka..kuat sangat melayan jantan"
" Kak.."
"Dah kau diam!! Aku tak nak dengar dah kau cakap! Sekarang kau rehat..aku nak balik assalamualaikum "Wanita itu segera keluar dari bilik wad. Dia sebenarnya adalah guru kafa mata pelajar akidah bagi tahun 4, nama diberi Natasha. Dia juga sudah berkahwin bersama ustaz Alif.
Punca ustazah Natasha marah terhadap Darina adalah kerana kesilapan suaminya sendiri iaitu Ustaz Alif. Dia ingat Darina ingin merampas alif dari dia, sedangkan Ustaz Alif yang tidak habis-habis mendekati Darina.
"Kenapalah lepas satu satu masalah datang.. baru je nak berubah hidup dh mcm ni" Ngeluh Darina. Dia tidak tahu mahu fikir bagaimana lagi untuk menjelaskan tentang perkara itu. Lama-lama boleh sakit kepala dia. Darina baring semula di atas katil. Dia ingin merehatkan diri.
~hsp~
Umar yang melihat dan mendengar perbualan dua wanita itu cepat-cepat menyembunyikan diri apabila melihat seorang dari mereka keluar dari bilik wad itu.
"Kenapa lah Natasha ni.." monolog Umar seorang diri. Dia dapat mendengar keluhan Darina. Terdetik di hati rasa kasihan terhadap Darina. Umar turun ke bawah menuju ke kiosk di hospital itu. Digapainya sedikit makanan ringan buat Darina. Dia harus menyapa Darina.
Umar masuk ke dalam bilik wad. Dia memberi salam.
"Assalamualaikum"
Darina yang baru sahaja ingin berehat bangun melihat gerangan yang hadir melawat dirinya di wad.
"Waalaikumsalam..a..wak kenapa da...tang?" Tanya Darina gugup.
"Nah ." Umar menghulurkan plastik makanan yang dia beli di kiosk sebentar tadi.
"Te...terima kasih"
"Awak.. sebenarnya saya nak minta maaf tadi saya dah terdengar semua perbualan awak dengan Kak Natasha" jujur Umar.
Darina hanya mengendahkan kata-kata Umar. Dia menunduk malu.
"Awak, sebenarnya saya datang ni sebab nak tanya awak sesuatu." Ucap Umar gugup.
"Cakap apa?" Tanya Darina ingin tahu.
Umar menarik nafas panjang-panjang sebelum dia mula bercakap tentang hal serius yang difikirkan sekarang ini.
"Apa yang saya nak cakap, kita tak boleh mengeluh dengan ujian yang Allah bagi...dia bagi ujian sebab dia sayang kan kita dan dia tahu kita mampu. Tadi saya dengar awak mengeluh. "
YOU ARE READING
HIJRAH SEORANG PENDOSA | OG
Romance⚠️Kosa kata yang berterabur ⚠️Terdapat kata-kata lucah di permulaan bab ⚠️Penceritaan yang agak berterabur 🙏Sorry, ini karya pertama saya..kalau ada silap mohon ditegur di ruangan komen. Tq readers💕🥰 yang sudi membaca semoga dimurahkan rezeki se...