HSP 25

4 0 0
                                    

Seminggu sudah berlalu..

Dalam masa seminggu jugak hidup Darina dan Umar alhamdulillah semakin erat dan semakin sweet . Tapi permasalahannya kehidupan Darina semakin diinjak-injak oleh guru-guru dan pelajar pelajar sekolah. Darina tidak dapat menahan peritnya dugaan yang dia hadapi. Walaupun Umar selalu menyuruh untuk bersabar tapi sampai bila ? Umar ada ke dekat kasut dia? Alami ke apa yang Darina alami.

Sabar memang kunci kehidupan, kunci kekuatan namun setiap orang punya batas kesabaran. Sampai bila dia perlu dipijak-pijak sebegitu. Dengan sikap pelajar yang masih tidak berubah, tidak beradab dengannya.

Selepas sahaja tamat sesi persekolahan petang, Darina memutuskan untuk berhenti dari menjadi seorang guru kafa. Dia tidak sanggup ingin meneruskan kerjayanya.

"Kenapa awak nak berhenti"

"Saya tak boleh cikgu..saya tak tahan" Darina menceritakan semua yang berlaku kepada Guru besar.

"Kenapa awak tak beritahu saya?" Terkejut guru besar mendengar pengaduan Darina.

"Saya minta maaf cikgu..saya ingat cikgu tak nak ambil tahu tentang perkara yang remeh-temeh ni sebab ada sesetengah guru dari sini cakap yang cikgu tak nak dengar pengaduan saya." Terang Darina.

"Bila masa saya tak nak ambil tahu?! Takpe ii macam ni esok saya buat pengumuman untuk berkumpul di dataran perhimpunan.. saya nak bahas tentang hal ni" kata guru besar serius.

"Tapi cikgu saya takut diorg lagi membenci saya. Saya rasa tak perlu cikgu" Darina memandang guru besar dengar reaksi takut.

Guru besar memegang tangan Darina. " Ustazah kena tahu di sekolah adalah tempat untuk pelajar mempelajari ilmu mempelajari adab tapi kalau macam ni gayanya saya tak rasa pelajar belajar perkara yang baik malah belajar perkara yang jahat. Sekolah tempat untuk mendidik anak-anak bukan untuk merosakkan masa depan anak-anak." Terang guru besar panjang lebar.

Darina memandang kebawah. Dia meminta maaf.  " Awak tak perlu risau tentang hal ni, saya cuba untuk selesaikan masalah ni sebaik mungkin" ucap guru besar meyakinkan Darina. Darina mengangguk.

"Assalamualaikum semua" ucap guru besar.

"Waalaikumsalam warohmatullah"

"Baik tujuan saya mengumpulkan awak semua adalah untuk membahas masalah yang berlaku sekarang. Saya tak tahu apa nak jadi dengan anak-anak murid di hadapan saya..tapi saya mengingatkan sekali lagi tentang apa itu adab bila bersama dengan guru." Guru besar melantangkan suaranya bila memandang pelajar-pelajar di hadapannya. Dia perlu menegur sikap mereka yang sudah sangat keterlaluan.

"Baik itu sahaja dari saya semua pelajar boleh balik ke kelas masing-masing. Guru-guru boleh tunggu sebentar." Ucap guru besar.

"Ni ada lah ni yang mengadu"

" Kuat ngadu betul"

"Hebat sangat ke dia sampai guru besar nak buat perhimpunan mengejut ni?"

"Benci betul lah aku dengan si bohsia ni"

Pelbagai hinaan yang diterima Darina. Dia semakin tidak tahan dengan situasi ini. Tangan dia mengigil kesejukan. Sudah seminggu tangannya akan mengigil setiap kali menerima pelbagai hinaan.

"Baik cikgu-cikgu..macam ni lah..saya tahu awak semua sorang guru, ditugaskan untuk mendidik pelajar, tapi saya sendiri tak nampak hasil yang baik dari cara didikan awak sendiri. Saya dapat tahu tentang hal ini pun bukan dari Ustazah Darina tapi di antara kamu saya ada pasang mata-mata saya untuk melihat perkara apa yang berlaku jadi jangan terkejut KALAU SAYA AKAN BUANG AWAK SERTA MERTA DARI SEKOLAH INI DISEBABKAN SIKAP AWAK SENDIRI ..FAHAM!"  Tegas guru besar memberi arahan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HIJRAH SEORANG PENDOSA | OGWhere stories live. Discover now