HSP 5

10 2 0
                                    

"ok sampai sini sahaja mesyuarat kita, kita akhiri dengan surah Al-asr" kata pengerusi mesyuarat A.K.A guru besar sekolah. Setiap awal tahun dan akhir tahun, SK Bandar Tun Razak akan mengadakan mesyuarat. Sudah menjadi kebiasaan bagi guru-guru kafa di sekolah itu.

"Akak..hish rindulah sy dgn akak nanti..akak dh nak tukar kerja di Pahang kan?" Tanya Umar kepada seorang guru kafa wanita di sekolah itu.

"Ye, akak tahu nanti Umar mesti rindukan masakan akak kan? Alah nnti bila ii dtglah Pahang..nnti bawa bakal isteri sekali." Gurau kak Ros a.k.a ustzh kafa di sekolah itu. Kak ros sering membawa makanan ke sekolah. Sudah menjadi kebiasaan bagi Kak ros kerana dia seorang yang rajin memasak. Umar lah yang tukang perabihkan makanan yang dibawa kak ros.

"Yelah kak ..tapi nak buat cmne akak jaga diri elok ii dkt sana". Kata Umar. Kak Ros akan bekerja di Pahang kerana terpaksa mengikut suaminya yang ditukarkan kerja di sana. Mahu tak mahu harus jugalah ikut laki kat sana.

" Oklah akak nk balik dlu, jaga diri Umar."

Umar mengangguk kepala dan juga beredar dari situ. Ramai ibubapa yang menunggu anaknya di hadapan pagar sekolah jadi dia keluar dari pagar sekolah dengan berhati-hati.

Setibanya dia di rumah dia terus menuju ke bilik mandi dan membersihkan badannya yang sudah melekit. Setelah itu dia terus menunaikan solat asar kerana jam menunjukkan pukul 5 setengah petang, ada tinggal satu jam setengah lagi untuk dia bersiap pergi ke masjid besar Kuala Lumpur. Sudahlah diberitahu last minit oleh pengerusi masjid tentang ceramah itu . Nasib sahaja tajuknya tidak susah.

Sesudahnya solat, Umar bergegas turun ke bawah dan mengambil kunci motosikalnya di tempat gantung kunci. Dia menghidupkan enjin motosikal dan keluar dari perkarangan rumahnya menuju ke Masjid Besar itu. apa dia heran orang cakap apa , janji tak lambat haha.

Sebenarnya Umar geram dengan pengerusi masjid itu, pukul 4 petang , ketika dia mengajar dia mendapat panggilan telefon dari pengerusi itu. Alasannya dia lupa untuk beritahu..pada awalnya Umar menolak untuk berceramah di Masjid itu tapi atas rayuan pengerusi itu dan simpati dia , akhirnya dia menerima sahajalah.

"Saba jelah Umar, nanti kau kena hire PA lah mcm ni yang uruskan tentang jadual kau..klau x semput kau memikirkan nak ceramah apa" ngeluh Umar panjang sambil membawa motosikal.

Sampai sahaja di Masjid itu, dia meletakkan motosikalnya di tempat parking motosikal. Dia masuk sahaja ke dalam masjid , dia dikerumuni orang ii yang datang ke masjid yang ingin bersalaman dengan dia.

"Ustz, maaf ye sbb beritahu lambat ..terima kasih sbb dtg" kata pengerusi masjid.

"Sama-sama,lain kali beritahu saya awal ii ye  sy bukan apa menung sy memikirkan nk beri ceramah apa malam ni nasib tajuk harini mudah" jujur Umar sambil memberikan senyuman. Yelah xkan nk ajak gaduh pulak lagi pun pengerusi masjid itu sudah berusia 60 an , jadi sudah pastilah mudah lupa.

Allahuakbar Allahuakbar~
Allahuakbar Allahuakbar ~

Kedengaran bunyi azan sudah berkemundang, muslimin dan muslimat yang pada awalnya berbual kini mendiamkan diri bagi menghormati azan. Mereka juga turut menjawab azan.

                                    ~hsp~

Darina yang sudah mengambil wudhu itu terbantut memakai telekung apabila terdengar Umminya mengetuk pintu bilik abangnya dan. Bertanya samada abangnya sudah siap atau belum "Ummi..nak pergi mana tu" tanya Darina apabila melihat Umminya yang bertelekung. Abangnya baru keluar dari bilik itu sudah siap memakai kurta dan berkopiah hitam. "Adik , nak ikut tak pergi masjid Besar Kuala Lumpur? Ada ceramah agama tentang istiqomah" Soal abangnya Danial.

HIJRAH SEORANG PENDOSA | OGWhere stories live. Discover now