"aduhhh..sakitnya kepala" Darina bangun dari tidurnya.
Umar yang baru sahaja masuk ke bilik Darina melihat Darina yang sudah pun bangun.
"Awak dah bangun?" Tanya Umar.
"Kejap macam mana awak boleh ada dalam bilik saya?" Tanya Darina.
Umar tersenyum memandang Darina. Lupa lah ni. " Saya dah jadi suami awak lah ..lupa?" Tanya Umar.
Baru Darina teringat yang dia tadi baru sahaja sah menjadi suami isteri tapi sekejap macam mana boleh ada atas katil.
"Awak tadi pingsan masa sesi batal air sembahyang. Dah jangan fikir-fikir lagi..nanti awak pening kepala pulak" kata Umar.
Perut Darina berbunyi meminta diisi makanan. Darina memegang perutnya dihadapan Umar.
"Lapar? Jom turun bawah ..Ummi suruh awak turun kalau dah bangun." Ucap Umar sambil menarik tangan Darina.
"Kejap sekarang pukul berapa?" Tanya Darina sambil melihat jam di dinding biliknya.
"Ya Allah ..lama nya saya tido..dah pukul 8 malam dah...kejap bagi saya mandi solat dulu bleh?" Pinta Darina.
Umar menganggukkan kepalanya. "Saya turun bawah dulu ye ..dah siap turun tau" ucap Umar lembut.
Darina menganggukkan kepalanya. Dia menggapai tuala yang tergantung di tepi almari dan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Selepas sahaja mandi dan menunaikan solat maghrib, Darina turun ke bawah.
"Ummi, mana yang lain?" Tanya Darina kepada Ummi yang sedang menghidangkan makanan.
"Ada dekat luar tengah berbual. Biasa lah lelaki, nahh adik makan dulu, adik laparkan?" Tanya Puan Siti kepada anaknya. Darina mengangguk.
"Makan cepat..nanti perut kosong". Darina duduk di ruangan makan. Dia membaca doa dan mengunyah setiap makanan dengan penuh nikmat.
Sedang Darina tengah menikmati hidangan di hadapannya, para lelaki masuk ke dalam rumah.
"Adik, dah bangun? Sakit kepala lagi tak?" Tanya walid.
"Dah kurang dah walid, alhamdulillah " jawab Darina.
Darina menyambung makan semula dan makan sebiji panadol. Yalah masih demam kena lah makan ubat. Selepas menelan ubat,Darina pun pergi ke dapur untuk membasuh pinggan. Ummi yang memakai telekung, mengambil air mineral di dalam peti ais.
"Adik, sekejap lagi kita buat bacaan yassin dengan solat isyak berjemaah tau dik..nanti siap ii pakai telekung pergi ruang tamu tau. Kita solat sama-sama kat situ." Beritahu Puan Siti kepada anaknya.
"Baik ibu" Darina menaiki tangga menuju ke ruangan biliknya. Dia mengambil wudhu dan memakai telekung. Bacaan Yassin pun dimulakan seisi keluarga. Rumah itu bergema dengan suara-suara mereka semua yang sedang membaca ayat-ayat surah Yassin.
Sesudah bacaan Yassin, doa dibaca dan diaminkan semua orang. Waktu solat isyak sudah masuk, mereka semua membentangkan sejadah dan menunaikan solat isyak berjemaah. Umar menjadi Imam kepada keluarga barunya buat pertama kali.
"Robbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah wakina azabannar..wassolallahu ala sayidina Muhamad waala alihi wasobihi wassalam walhamdulillahi robbil alamin..."
Selepas sahaja doa dibaca, mereka semua pun bersalaman. Buat kali kedua Darina menyalam tangan suaminya. Panas lagi.
"Awak..dh mkn ubat blum?" Tanya Umar risau.
"Dah"
Puan Siti mendengar perbualan anak menantunya itu. "Umar, Darina mmng macamtu badan dia jenis tak kuat. Kalau dia sakit susah nak baik. " Jelas Puan Siti yang kini adalah ibu mertua Umar.
Umar mengangguk. Faham lah dia sedikit tentang hal Darina yang baru sahaja menjadi isterinya. Seisi keluarga duduk di ruang tamu bersama-sama menonton televisyen bagi mnegeratkan lagi silaturrahim bersama. Hanya Darina dan Umar sahaja yang sudah naik ke atas. Awal-awal lagi Umar dah suruh Darina naik keatas untuk rehat.
Di dalam bilik, Darina terasa janggal dengan keadaan. "Awak tak nak duduk dekat bawah ke dengan yang lain?" Tanya Darina.
"Takpelah saya duduk sini, kenapa ? Awak halau saya ke?" Tanya Umar. Darina menggeleng kepala. Umar membuka bajunya di hadapan Darina. Darina menutup mata. " Ya Allah...kenapa lah dia buat free show depan aq " kata hati Darina.
Umar mengukirkan senyuman apabila melihat isterinya itu menutup mata . Suka dia melihat gelagat Darina. Comel betul. Tiba-tiba sedang Darina menutup mata ada benda jatuh di atas kepalanya. Dia membuka mata untuk melihat apakah yang terjatuh. Terkejut dia apabila seeokr cicak sufah pun menempel di atas kepalanya.
"ARGHHHHHHH!!!!!" Darina menjerit ketakutan dia mengibas-ngibas rambutnya . Geli betul dia melihat haiwan itu. Disebabkan cicak itu, secara tidak sengaja Darina memeluk suaminya.
"Awak , awak tolong tolong ada cicak eaaaaa... Tak suka tak suka ...alihkan!" Pinta Darina. Umar ketawa melihat isterinya itu. " Ye ye ..kejap ye" Umar mengibas selimut di atas katilnya lalu terpelanting lah si cicak itu ke lantai.
"Dah"
"Betul ke? Awak jangan tipu saya"
"Ye awaknya cuba buka mata tu tengok"Darina membuka matanya perlahan-lahan melihat di atas katil. Dirinya masih memeluk Umar.
"Awak nak peluk saya sampai bila ni ..kalau ye nak peluk boleh je tapi bagi saya baring dulu pastu kita boleh peluk sampai esok pagi ...nak?" Sakat Umar.
"Perverttt..tak nak saya" Darina menolak badan Umar. Belum sahaja Darina ingin bergerak ke katil semula, mata terasa gelap. Pitam. Hampir sahaja terjatuh nasib Umar sempat tangkap.
"Ya Allah ..awak ok tak ni?" Terperanjat Umar melihat Darina hampir jatuh tadi.
"Ok..ok awak jangan tarik saya kejap ii bagi saya masa sikit..saya tak boleh gerak ..mata saya masih gelap" terang Darina. Darina kalau pitam macam ni lah dia, dia akan berada dalam posisi itu sehinggalah mata dia dapat melihat semula.
Darina bangun perlahan-lahan dibantu oleh Umar. Darina membaringkan badannya di atas katil, begitu juga Umar di sebelahnya. "Awak tido eh, esok tak payah gi kerja..saya bagitahu guru besar tentang hal ni" Darina mengangguk. Mereka berdua pun melelapkan mata bersama-sama pada malam itu.
Jam menunjukkan pukul 3 pagi, Umar tersedar dari lenanya apabila mendengar suara Darina sedang menggigau.
"Hehhh...hehhh..." Terdengar suara Darina sedang mengigau. Tangannya juga turut menggigil kesejukkan. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan badan Darina. Dia seperti tidak selesa dengan keadaanya.
Umar merasa dahi Darina. Panas. Dia bangun dari katil dan menuju ke bawah untuk mengambil mangkuk yang berisi air , tak juga dengan peti kecemasan.
Sampai sahaja di ruangan bilik Darina, dia mengelap leher Darina dengan kain yang sudah pun dibasahnya.
"Tak nak ..sejuk.." Darina yang masih lagi menutup matanya mengalihkan tangan Umar yang sedang ralit mengelap badan Darina.
"Nanti kalau tak lap badan awak panas lagi ..dah .. jangan degil" ucap Umar. Selepas sahaja Umar mengelap , dia mengeluarkan koolfever dari peti kecemasan itu. Diletakkan di atas dahi Darina. Darina tidak habis-habis menolak tangan Umar tapi Umar tetap meletakkan koolfever di dahi Darina...yelah kalau tak letak makin panas pulak kan.
Mereka berdua tidur di atas katil dengan posisi berpelukan. Tersenyum Umar melihat Darina yang kini sudah pun berada di dalam pelukannya. Manja betul isteri dia kalau demam. Ciuman diberikan di dahi Darina sebelum mata ditutup bagi menyambungkan tidurnya.
..................................................................................
Ok x part ni? Sekarang boleh dah kalau nak buat sweet 😂 membe dah kawin kan ...
so next part akan ada sesuatu yang mendebarkan..nak tau ? Vote dulu..hahah
Tunggu ye .. hehe
YOU ARE READING
HIJRAH SEORANG PENDOSA | OG
Romance⚠️Kosa kata yang berterabur ⚠️Terdapat kata-kata lucah di permulaan bab ⚠️Penceritaan yang agak berterabur 🙏Sorry, ini karya pertama saya..kalau ada silap mohon ditegur di ruangan komen. Tq readers💕🥰 yang sudi membaca semoga dimurahkan rezeki se...