Sampai sahaja Bunga di rumah, dia terus melangkah masuk ke dalam. Direbah tubuh Bunga di atas sofa yang terletak di ruang itu.
Kepala masih ditutup dengan tudung putihnya.
"Macam ni lah hidup sebagai ticer, suara ni kalu boleh dah dekat laut dah. Duk menjerit-jerit, murid aku ni pun satu... Kalau diorang dengar cakap aku tak adanya nak terjerit-jerit macam monyet tengah cari mak dia. Aku rasa aku dah kena kifarah lah! Dulu aku kan degil and tak dengar cakap cikgu salmon aku dulu.. Ehhh? Salmon? "
Terhenti ayatnya, datang dari mana salmon?
"Allah, bungaaaa!! Salmah bukan salmon! GAHAHAHAHA " meletus tawa Bunga. Bergema ruang itu dengan suara tawa Bunga.
"Oii, gila dah ke? " tegur suara asing dari belakang. Bunga menoleh. Abang Erhan.
Berkerut kening melihat muka Abangnya berwarna hijau Perlahan-lahan tawa Bunga meletus.
"Kau pakai apa bang? Sampai hijau muka tuu? MUAHAHAHAHA "
Erhan memberi pandangan tajam, itulah ketinggalan zaman.
"Aku pakai skintipik. Kau apa tau? "
Akhirnya tawa Bunga terhenti. Berkerut dahi Bunga.
"Apa? Saintifik? "
"Skintipik."
"Spesifik? "
"Yaallah, SKINTIPIK! "
Jerkah Erhan. Pekak betul adiknya yang sorang ni.
"Ohh, skintific.. " sambil Bunga mengangguk kepala.
"Skintipik, skintipik... Cuba cakap elok-elok! Skintific. Itu pun payah ke?"
Erhan mengejek. "Dia yang pekak salah kan orang. " Erhan menjeling.
"Ikut hang la. Abang tak pergi kerja ke? " Erhan menggeleng. "Haa! Abang malas, bagitau ibu dengan babah! "
Bulat mata Erhan mendengar ugutan adiknya.
"Eh, jangan la dik! Adik cakap je apa yang adik nak, abang belanja! " rayu Erhan. Bunga mengecilkan mata, nak ke tak nak?
"Okey la jom! " gembira Bunga berkata. Erhan menghembuskan nafas. Nasib!
-
"Adik nak sukiya! " ditarik lengan abangnya masuk kedalam kedai sukiya. Erhan hanya menurut, bye uang!
Selesai sahaja mereka order, mereka mengambil tempat duduk di tengah bawah kipas. Dalam 6 minit kemudian makanan mereka pun sampai. Bersinar-sinar mata Bunga.
Menyelera Bunga dan Erhan makan.
"Abang bukak mulut! " Erhan melihat ke adiknya yang memegang chopstick yang berisi dumpling.
"Eii, cringe la kau ni. " Erhan berkata sebelum buka mulutnya. Bunga menjeling, cringe pun buka juga.
Disuap dumpling ke dalam mulut abangnya.
-
Selesai sahaja dua beradik itu makan, mereka memutuskan untuk pergi melihat wayang. Dalam mereka berjalan, Bunga terhenti.
Erhan memandang adiknya pelik.
"Dah kenapa? " pelik Erhan melihat adiknya."Kebelet pipis! " laju bunga lari kearah laluan ke tandas. Tiba-tiba
Bum!
Bunga terlanggar seseorang. Bau perfume vanila masuk ke dalam rongga hidungnya. Terasa dejavu pula.
Bunga mendongak mahu melihat siapa. Aduh, betul-betul dejavu.
"Ash, " tersengih Bunga melihat Tengku Ash yang merenung ke arahnya.
"Kau lagi, tak ada orang lain ke? " digosok bajunya yang dimana ada kesan mekap Bunga sedikit. Haish, inilah perempuan.
"Hehe sorry, saya tak sengaja... Oh pasal orang lain tuu, mungkin kita jodoh kut sebab tu kita selalu terjumpa! " Bunga mengusik dengan senyuman di wajah serinya.
Tengku Ash menjeling. "Ganti balik baju aku. " dingin Tengku Ash berkata.
"Hm, yelah.. Saya ba- " terhenti kata Bunga apabila ada suara menyampuk.
Enjoy girl ! ᯓᡣ𐭩
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧
Romance#𝘼𝙎𝙃𝘽𝙐𝙉𝙂𝘼 ‹𝟹 ✦ 𝙃𝙀𝙍 𝙋𝙍𝙊𝙏𝙀𝘾𝙏𝙊𝙍 .𖥔 ݁ ˖ " Damn, buta ke? " - 𝘼𝙨𝙝 " Maaf encik, saya tak sengaja! " - 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙣𝙜𝙖𝙟𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙖𝙣𝙜𝙜𝙖𝙧 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙟𝙚𝙟𝙖𝙠𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙞 𝙡𝙖𝙢𝙥...