"Abang! "
Seorang gadis perempuan datang kearah Bunga dan Tengku Ash. Berkerut dahi Bunga.
Dipeluk erat lengan sasa Tengku Ash. Bunga menelan liur. 'Alamak, Ash ni suami orang ke? Dahlah panggil abang, bersentuhan pula tu.. ' desis hati Bunga.
Wajah gadis perempuan itu dihiasi dengan senyuman. "Ni awek abang ehh? Tak cakap pun, bila abang nak masuk meminang??? " penuh rasa teruja Tengku Aisyah bertanya.
Tengku Ash memberi pandangan membunuh kepada adiknya.
"Kawan. " jelas Tengku Ash ringkas. Tengku Aisyah tersengih seperti kerang busuk. Patutla..
"Siapa nama akak? " tanya Tengku Aisyah.
"Bunga Maisarah. " Bunga tersenyum manis.
"Wah, cantik nama! " Bunga tersipu malu mendengar pujian dari Tengku Aisyah.
"Dah, jom. "
Diheret lengan adik perempuannya agar pergi dari situ. Meronta kecil Tengku Aisyah dibuatnya. Tiba-tiba je.
Bunga terdiam sejenak. "Eh, aku nak pergi tandas nii! " berlari anak Bunga masuk ke dalam tandas.
-
18:03
Mereka berdua sampai dirumah. Lama juga mereka pergi keluar, hampir malam baru mereka pulang.
Masuk sahaja di dalam, mereka berdua nampak susuk tubuh Erfan.
Lelaki itu sedang menonton televisyen. Tetapi mendengar sahaja pintu dibuka, dia menoleh.
"Tak reti bagi salam eh? Dahla jk dekat maghrib baru balik. Pergi mana tadi? " bebel Erfan.
Bunga mencebik sebaik sahaja mendengar bebelan abangnya. Punggung dilabuhkan di sofa. Erhan turut serta.
"Ala, Bunga pergi jalan-jalan jer dengan abang Erhan.. " perlahan suara Bunga. Singa tengah marah dah tu!
"Ha sikit-sikit menjawab, sikit-sikit menjawab. Koyak bibir tu kang. "
Sudah seperti ayah-ayah sikap abangnya yang sorang ini. Erfan matang dan serius orangnya. Dia yang sulung, jadi sudah diajar untuk tegas.
Tidak sama seperti Erhan yang suka membantah. Ikut kepala dia sahaja.
"Ibu pesan apa jangan balik lewat kan? " soal Erfan.
"Tak payah nak acting macam ayah-ayah la fan. Kau tak garang punn. " jujur Erhan lalu bangun. Kaki melangkah berlaku pergi.
Tertawa kecil Bunga. Namun terhenti apabila melihat renungan tajam abangnya.
"Masuk bilik, pergi solat. Dah nak maghrib ni. " arah Erfan tegas.
Segera Bunga berlalu pergi.
-
"Elzio liat mama, "
"BAAA !! " tangannya dibuka seperti mengejutkan Asmara yang sedang bermain di hadapan nya.
Namun riak wajah Asmara seperti takut. Matanya berair.
"Tak payah kau buat macam tu dekat anak buah aku, trauma dia satgi. " didukung tubuh kecil Asmara dibawa ke dalam pelukan Tengku Arshad.
Tengku Aish menjeling ke arahnya.
Tengku Arshad melabuhkan punggung di atas sofa. Asmara masih lagi di dalam pelukannya.
Asmara Daiyan, anak kepada abangnya dan kakak iparnya. Tengku Ayman dan Afarynna Durra. Asmara kakak kepada Andeqa Nadhim. Asmara masih berumur 3 tahun dan Andeqa berumur 2 tahun.
"Shad. " panggil Tengku Aish sambil tersengih.
"Apa? Menyemak jela kau ni. " kasar Tengku Arshad berkata. Memang pedas mulut abangnya yang sorang ni. Bila dengan 'si dia' auto jadi meow, meow!
"Bila kau nak masuk meminang 'E.M' ? " tanya Tengku Aish penuh minat.
"Kau sebuk asal. Jangan kacau hal aku. "
Tengku Aish mencebik. Baru je dia nak gembira. Tengku Aish memang suka kan kanak-kanak. Periang.
-
"Abang, betul ke kak Bunga tu kawan abang? " soal Tengku Aisyah penuh minat.
"Aku baru jumpa dia beberapa hari lalu. Bukan dah lama kitorang kenal. " jelas Tengku Ash. Pandangannya tertumpu kepada jalan raya.
E.M who's she ?
cerita Arshad takkan keluar di wattpad. Sorry !
Vote and comment bubyeee ✮⋆˙
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧
Romantik#𝘼𝙎𝙃𝘽𝙐𝙉𝙂𝘼 ‹𝟹 ✦ 𝙃𝙀𝙍 𝙋𝙍𝙊𝙏𝙀𝘾𝙏𝙊𝙍 .𖥔 ݁ ˖ " Damn, buta ke? " - 𝘼𝙨𝙝 " Maaf encik, saya tak sengaja! " - 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙣𝙜𝙖𝙟𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙖𝙣𝙜𝙜𝙖𝙧 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙟𝙚𝙟𝙖𝙠𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙞 𝙡𝙖𝙢𝙥...