Flashback time kecikPada petang itu, Tuan Adrien sudah berjanji mahu membawa anak-anaknya ke taman permainan. Namun, hanya Ayyash, Ash, Aish, dan Arshad sahaja yang ikut. Adik beradiknya yang lain ikut Puan Neesa.
Setelah sampai di taman permainan Ayyash sebagai abang sulong, hanya mengawasi adik-beradiknya bermain. Aish dan Arshad sedang merebut buaian yang belum dinaiki.
"Aish baru main sekejap, Acad pergi la main benda lain! " Aish memeluk tubuh sambil memuncungkan bibirnya.
"Ingat comel ke buat muka macam tu? Macam monyet adalah. Dah la bagi la aku main dulu, asyik aku je kena mengalah! "
"Taknak! Acad kan abang kena la mengalah, mainan ni untuk orang budak-budak macam aish je. Orang tua macam Acad mana boleh naik dahh. "
"Bia la aku tua ke tak tua ke, kesah apa aku. " Arshad halau dan menolak badan kecil adiknya itu sehingga Aish jatuh terduduk.
Aish bangun semula dan menghentak-hentak kakinya berkali- kali, bibirnya muncung seperti itik sebelum berlalu pergi.
Sementara itu, Ash hanya ingin berjalan di kawasan taman itu. Dia memang suka berseorang dari kecil.
Sedang dia berjalan, dia terdengar suara kanak-kanak perempuan sedang bernyanyi di sebalik pokok.
"Papaku pulang dari kota, papaku belikan kereta, kereta kecil warna merah, boleh ku bawa ke sekolah! Yeayyy! " gadis kecil itu menepuk tangannya dan tertawa kecil.
Entah apa yang membuatkan Ash tertarik dengan gadis kecil itu. Tanpa sedar kaki Ash mula melangkah ke arah gadis kecil itu.
"Kau buat apa sorang-sorang dekat sini? " Ash bertanya dingin.
Gadis kecil itu mengangkat kepalanya untuk melihat siapa orang itu.
"Haii" gadis kecil itu tersenyum sambil melambai-lambai tangannya kearah Ash.
"Hmm." hanya itu yang dibalas Ash.
"Aku tanya kau buat apa kat sini? " ulang Ash.
"Ohh, Bunga nak duduk sini. Ni tempat kegemaran Bungaa. " ceria gadis kecil itu bersuara.
Ash mengerutkan keningnya.
"Bunga? "
Gadis kecil itu mengangguk. "Ye, nama kite Bunga M--" belum sempat gadis itu habis bercakap, Ash sudah memotong.
"Bunga apa? Bunga taik ayam? "
"Ish, bukan la. Bunga Maisarah la! "
Ash mengulang nama itu di dalam hatinya. Cantik.
"Pelik nama kau, tapi sedap. "
"Ish suka hati la! Mak Bunga yang bagi bukan awak. " Bunga memuncungkan bibirnya.
"Ha yelah, itu pun nak marah. " kata Ash sambil merenung gadis kecil yang bernama Bunga itu.
"Bunga, tengok sini kejap. " Ash berkata. Rasa janggal apabila dia memanggil nama itu. Bunga?
Bunga pantas menoleh kearah Ash. Ash merenungnya tanpa ada perasaan di wajahnya.
"Berapa umur kau? " tanya Ash.
"Umur Bunga 4 tahun. Awak pulak? " Balas Bunga seraya menanya soalan yang sama.
"7 tahun. " balas Ash ringkas.
Ash hanya merenung Bunga. Perwatakan dia comel, Bunga memakai tudung dan berbaju kurung membuatkan ia lagi comel.
Ash ingin tersenyum, tetapi dia menahannya.
"Nanti kau dah besar jangan bukak tudung kau tu. " pesan Ash tiba-tiba.
"Kenapa? "
"Nanti besar kau akan faham, Bunga. Tapi jangan sesekali kau bukak tudung, kau nampak comel bila kau pakai tudung. Dah besar mesti cantik. "
"Ye ke? Kalu macam tu, Bunga taknak bukak laaa. " bunga tersengih-sengih.
Tanpa Ash sedar, senyuman terukir di bibirnya. Comel.
Beberapa minit kemudian, ada seorang gadis tua yang berlari tergesa-gesa ke arah mereka. Mungkin Bunga anaknya.
"Dahla, mak kau cari nanti. " kata Ash.
Gadis kecil itu bangun dari duduknya
"Babaiiiii" dia melambai-lambai tangannya ke arah Ash sebelum pergi."Bai." gumam Ash setelah kelibat Bunga sudah hilang dari matanya.
Username tiktok : nrcaaz_
Vote and comments! Bubyeee ᯓ★
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧
Romance#𝘼𝙎𝙃𝘽𝙐𝙉𝙂𝘼 ‹𝟹 ✦ 𝙃𝙀𝙍 𝙋𝙍𝙊𝙏𝙀𝘾𝙏𝙊𝙍 .𖥔 ݁ ˖ " Damn, buta ke? " - 𝘼𝙨𝙝 " Maaf encik, saya tak sengaja! " - 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙣𝙜𝙖𝙟𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙖𝙣𝙜𝙜𝙖𝙧 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙟𝙚𝙟𝙖𝙠𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙞 𝙡𝙖𝙢𝙥...