"Babe, you ingat i tak? "Suara yang sangat Ash kenali. Amelia. Bekas kekasihnya dahulu. Kasar Ash menepis tangan Amelia yang memegang erat lengan kekarnya.
"Kau but apa dekat sini? " Mendatar Ash soal gadis itu.
Amelia mencebik tangannya ditepis kasar oleh Ash.
"Ala i nak jumpa kekasih hati i la. " nada Amelia meleret manja, mahu menggoda lelaki itu.
"Kita dah tak ada apa-apa, kau dan aku dah tak ada kaitan. " dingin Ash berkata lalu pergi meninggalkan Amelia, meluat betul tengok muka perempuan tu.
Digenggam erat tangannya. Panas hati melihat tingkah laku lelaki itu.
"I menyesal tinggalkan you. "
Terhenti langkah Ash, bibir mengorak senyuman sinis sebelum melihat ke arah Amelia.
"Kau ingat dengan kata-kata bodoh kau tu, aku nak dekat engkau balik ke? Dalam mimpilah perempuan murah. Sapa je nak perempuan macam kau ni? Sampah. "
Mendatar lelaki itu berkata, dia tidak akan termakan dengan kata-kata perempuan itu.
"Pergi balik lah mel, buang masa aku je kau ni. Takpun kau layan jantan yang kau simpan tu. "
Pedas Ash menyindir Amelia.
Amelia segera berlalu pergi dari situ sambil kaki dihentak berkali-kali. Panas hati betul!
Ramai mata-mata yang melihat mereka berdua di dalam cafe itu. Ash hanya selamba buat kerjanya apa yang patut dilakukan.
-
"Adik, abang, ibu dan babah akan pergi terengganu untuk sementara. " tuan Ezraskandar berkata.
"Aii, dah tua-tua pun nak buat honeymoon ke? " puan Batrisyia menjeling tajam ke arah anak lelakinya itu. Ada-ada aja.
"Apa yang kamu merepek ni Erhan? Nak bagi kau makan juga nanti. Ada kerja sikit di sana. "
"Bila ibu pergi? " soal Erfan.
"Besok pagi. Erfan tolong jaga Erhan dan Bunga ye, kamu pun tahu perangai adik kamu tu macamana. Kalu ibu tahu ada masalah dekat sini... Siap korang. "
Pesan puan Batrisyia kepada anak-anaknya. Erhan dan Bunga tersengih-sengih melihat pandangan tajam yang dibagi oleh ibunya.
Vote and comment. Bubyeee ! -
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧
Dragoste#𝘼𝙎𝙃𝘽𝙐𝙉𝙂𝘼 ‹𝟹 ✦ 𝙃𝙀𝙍 𝙋𝙍𝙊𝙏𝙀𝘾𝙏𝙊𝙍 .𖥔 ݁ ˖ " Damn, buta ke? " - 𝘼𝙨𝙝 " Maaf encik, saya tak sengaja! " - 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙣𝙜𝙖𝙟𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙖𝙣𝙜𝙜𝙖𝙧 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙟𝙚𝙟𝙖𝙠𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙞 𝙡𝙖𝙢𝙥...