𝟐𝟕 : 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐤𝐮 𝐊𝐞 .. ?

2 0 0
                                    

Bunga sedang berjalan pulang dari membeli barang-barang dapur bila telefon bimbitnya berdering

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bunga sedang berjalan pulang dari membeli barang-barang dapur bila telefon bimbitnya berdering. Nama "Tengku Aish" muncul di skrin. Hatinya mula berdebar aneh, memikirkan kenapa Aish tiba-tiba menelefonnya pada waktu begini.

"Hello, Aish? Kenapa call tiba-tiba ni? Ada apa-apa ke?" tanya Bunga pelik.

Ada nada cemas dalam suara Aish di hujung talian. Dia menarik nafas panjang sebelum bersuara, cuba menahan nada suaranya yang bergetar.

"Bunga... Ash... dia ada kat hospital sekarang ni."

Bunga terdiam sejenak, seolah-olah tidak percaya apa yang didengarinya.

"Ash... kat hospital? Kenapa? Apa jadi dekat dia, Aish?"

Suaranya semakin cemas, nadanya tinggi dengan kekhuatiran yang makin memuncak.

"Ash kemalangan masa tengah bawa motor, Bunga. Dia... dia dalam keadaan kritikal. Sekarang tengah dalam ICU."

Bunga rasa lututnya hampir lemah mendengar berita itu. Jantungnya berdegup kencang dan matanya mula berkaca. Sejenak, dia kehilangan kata-kata, hanya mampu memegang telefon erat sambil cuba memahami apa yang berlaku.

"...Macam mana boleh jadi macam ni, Aish? Kenapa dia tak hati-hati?"

Tengku Aish terdiam sebentar, tidak mahu menambah beban rasa bersalah kepada Bunga, tetapi dia juga terasa sayu melihat keadaan Ash di hospital tadi.

"Bunga, sekarang bukan masa untuk salahkan sesiapa. Kalau kau sayangkan dia, datanglah ke hospital sekarang. Kami semua kat sini. Ash... dia perlukan semua doa yang dia boleh dapat."

Bunga mengangguk, walaupun dia tahu Aish tak dapat melihatnya.

"Saya akan ke sana. Thanks bagitahu.

Setelah mendengar berita mengejutkan daripada Aish, Bunga terus masuk ke dalam rumah untuk bersiap. Wajahnya kelihatan pucat, dan air matanya tak henti mengalir. Puan Batrisya, ibunya, yang melihat keadaan Bunga, terus menghampiri dengan penuh kebimbangan.

"Bunga, kenapa ni? Kenapa muka nampak cemas sangat?"

Bunga menarik nafas dalam, cuba untuk menenangkan dirinya sebelum menjawab.

"Ash kemalangan, ibu. Dia... dalam keadaan kritikal sekarang."

Puan Batrisya dan Tuan Ezraskandar saling berpandangan dengan raut wajah yang serius. Tanpa banyak bicara, mereka tahu ini bukan masanya untuk bertanya banyak. Tuan Ezraskandar segera mencapai kunci kereta.

"Kalau macam tu, kita pergi sekarang. Tak payah tunggu lagi."

Bunga hanya mampu mengangguk, air mata masih membasahi pipinya. Dalam hatinya, dia berasa lega kerana tidak perlu menghadapi ini sendirian. Dia memegang erat tangan ibunya, yang turut memberikan kekuatan untuk menahan perasaannya.

-

Di dalam kereta, suasana sunyi dan tegang. Puan Batrisya sesekali memegang bahu Bunga, memberikan sedikit sentuhan yang menenangkan. Tuan Ezraskandar memandu dengan penuh fokus, mempercepatkan perjalanan ke hospital.

"Bunga, jangan risau sangat, ya? Ibu yakin Ash kuat. Dia pasti akan bertahan."

Bunga mengangguk lemah, tetapi kesedihan masih jelas di wajahnya. Setiap kali dia memejamkan mata, bayangan Ash muncul dengan senyuman sinisnya, ketawanya, dan caranya yang sentiasa kelihatan yakin. Fikirannya tak henti bertanya, adakah dia akan berpeluang melihat Ash tersenyum lagi?

-

Akhirnya, mereka tiba di hospital. Mereka segera menuju ke bahagian ICU, di mana Tengku Aish sedang menunggu bersama ahli keluarga Ash yang lain. Melihat wajah cemas mereka, Tuan Ezraskandar menghulurkan salam dan menenangkan mereka dengan tenang, meskipun dia sendiri resah.

"Terima kasih sebab datang, Uncle, Aunty."

Puan Batrisya dan Tuan Ezraskandar hanya mengangguk, memahami betapa kritikalnya keadaan ini. Bunga mendekati Aish dengan langkah lemah, air matanya kembali mengalir bila melihat wajah cemas Aish.

"Aish... macam mana keadaan dia?"

"Doktor masih belum keluar lagi. Tapi... Bunga, kau kena kuat, ya? Ash pun pasti nak kau tenang."

Bunga mengangguk, cuba menyerap kekuatan daripada semua orang di sekelilingnya. Dalam hatinya, dia berharap dan berdoa, menanti dengan penuh debaran berita daripada doktor.

 Dalam hatinya, dia berharap dan berdoa, menanti dengan penuh debaran berita daripada doktor

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Vote and comment

Bubyeeeeee !

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧Where stories live. Discover now