𝟎𝟏 : 𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐣𝐞𝐣𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐭𝐮?

434 20 0
                                    

Lipmatte berwarna nude dipakai di bibir Bunga supaya tidak nampak pucat, tangan mencapai handbag setelah bibirnya dihiasi dengan lipmatte

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lipmatte berwarna nude dipakai di bibir Bunga supaya tidak nampak pucat, tangan mencapai handbag setelah bibirnya dihiasi dengan lipmatte.

Tidak lupa juga minyak wangi. Di tekan-tekan ke nadi tangan dan baju kurungnya.

Setelah puas Bunga menilik dirinya di cermin, lantas bunga melangkah meninggalkan bilik tidurnya itu.

Sebaik sahaja Bunga turun dari tangga, mata pantas melihat ke arah mama nya. Puan Batrisyia. Puan Batrisyia masih lagi menilik diri di cermin gantung yang terletak di dinding.

"Haih bu, tak siap lagi ke? "

tegur Bunga.

"Dah nak siap dah cuma nak betulkan tudung ni ha. Kau pergi masuk dulu kereta, abang dah tunggu tu. "

Ujar Puan Batrisyia.

Bunga mengangguk sebelum melangkah keluar. Lalu pintu kereta di buka sebelum masuk ke dalam.

Kelihatan Erfan dan Erhan di dalam,
Lalu punggung dilabuhkan de sebelah Erfan. Erhan pula berada di seat hadapan.

Beberapa minit menunggu kedatangan Puan Batrisyia, akhirnya wanita tua itu pun muncul.

Sebaik sahaja Puan Batrisyia masuk ke dalam perut kereta, kereta mula meninggalkan kawasan perumahan itu.

-

"MAMAAAA MANA KASUT AISHH!? "

Aish menggelabah apabila kasutnya tidak dijumpa. Sudah mereta dia mencari, rak kasut, almari abang-abangnya juga tiada apatah lagi almari nya.

"Lupa lah pula mama nak tanya. Aku tak tahu, tanya aku buat apa? "

Sempat lagi Puan Neesa bergurau.

Aish merengek lalu menghentak-hentak kakinya berkali-kali sambil berjalan. Manja!

Merata aish mencari kasut untuk dipakai buat majlis perkahwinan abangnya. Ye harini abangnya, Ashraff akan ada tanggungjawab yang besar untuk dipikul.

Dia akan berkahwin bersama Melur Jelita, nampak ayu kan nama itu? Melur seorang gadis yang ayu dan cantik. Kerana itu Ashraff sangat mencintai hamba Allah yang bernama Melur Jelita.

"Meow... Meow.. "

Suara kucing itu membuatkan Aish bangun dari tertunduk. Mata mula beralih kepada kucing yang aish yang dipelihara bernama 'gebu'. Kerana bulu nya yang lebat dan warnanya kelabu.

Di mulut gebu ada dua pasang kasut yang selama ini Aish tercari-cari. Tersenyum besar Aish melihat gebu sudah jumpa kasutnya.

"GEBUUU, YOU MEMANG PENYELAMAT I! LOVE YOUUUUUU!! "

Diangkat kucing itu masuk ke dalam pelukannya. Dipeluk kucing itu erat, Aish mencium-cium pipi gebu sebelum melepaskannya. Kasutnya juga di ambil.

"Aish sudah la berdrama dengan kucing kau tu, kita dah lambat ni! "

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 | 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄Where stories live. Discover now