"𝐇𝐚𝐢! "
Suara itu... Dengan pantas Tengku Ash menoleh. Tengku Ash termenung, mengenang suara lembut Bunga yang selalu punya irama tersendiri. Suara itu tak pernah meninggi, tapi tiap kali bercakap, ada nada tenang yang menyejukkan hati, seolah-olah membawa kedamaian yang tak dapat dijelaskan.
Cara dia bercakap… Bunga bukan jenis yang suka bercakap banyak, tapi bila dia bicara, dia tak pernah terburu-buru. Setiap kata keluar dengan tertib, penuh makna, seakan-akan dia benar-benar memberi perhatian kepada setiap perkataan yang diucapkannya. Dan cara dia pandang seseorang ketika berbicara, seolah-olah dunia ini hanya ada kau seorang itu yang buatkan Tengku Ash terdiam, kagum tanpa sedar.
Dan wajahnya… wajahnya sentiasa bercahaya, tak perlu dia bersolek banyak untuk kelihatan cantik. Matanya bulat dan bersinar, bibirnya selalu melukiskan senyum meski hanya sedikit. Kulitnya putih lembut, seolah-olah tidak pernah terjejas oleh pancaran matahari, memberi bayangan seorang yang tertib dan lemah-lembut.
Setiap kali dia melihat wajah itu, Tengku Ash seperti terperangkap dalam dunia lain, dunia yang seolah-olah sunyi dan hanya dipenuhi senyuman gadis itu.
-
Tengku Ash tersentak bangun dari tidurnya, debaran dari mimpi tentang Bunga masih terasa. Dia menggosok-gosok wajah, cuba bertenang, namun sebaik saja dia memandang ke arah pintu bilik, dia terkejut Tengku Aish berdiri di situ dengan tangan bersilang, senyum lebar menghiasi wajahnya.
"Ohh, bangun juga abangku yang sorang ni! Mesti mimpi indah kan?"
Tengku Aish melangkah masuk sambil menjungkitkan kening dengan senyuman penuh makna.
"Kalau tak, masakan tidur dengan senyuman dan tiba-tiba terjaga macam tengah teringatkan seseorang?"
Tengku Ash mengeluh, duduk di atas katil sambil menjeling adiknya. "Aish, kau ni... Tak ada kerja lain ke dari ganggu aku pagi-pagi macam ni? "
Tengku Aish tertawa kecil, duduk di hujung katil Tengku Ash.
"Abang mengaku je lah. Wajah abang jelas sangat ada 'bunga' dalam mimpi tu, kan? " Dia menekankan perkataan bunga sambil mengangkat bahu.
"Mesti seronok kan,mimpi si dia? Sampai tak sedar dah pagi! "
"Diam kau bapuk. " Tengku Ash menjeling, tetapi tidak mampu menahan senyum nipis yang terbit. Satu tangannya memicit dahi, cuba menahan malu.
"Alaa, abang ni jangan lah malu. Kalau rindu cakap je rindu! Cakap je kalau nak jumpa, nnti kita tolong aturkan 'pertemuan tak sengaja' ."
Sambung Tengku Aish dengan penuh semangat sambil mengedipkan mata sebelum keluar.
Tengku Ash mengeluh lagi, namun kali ini dia hanya mampu menggeleng sambil tersenyum sendiri.
"Budak ni memang tak pernah serius. " dia berfikir, namun jauh di sudut hatinya, dia tahu, Aish ada betulnya perasaannya pada Bunga semakin jelas.
-
Bunga sedang sibuk mengemas ruang tamu bila matanya tiba-tiba tertumpu pada sehelai sapu tangan yang tertinggal di atas sofa. Dia mengerutkan dahi, mengingatkan dirinya di mana dia pernah lihat sapu tangan itu sebelum ini warna gelap dengan sedikit sulaman di tepi.
Ini… macam sapu tangan Tengku Ash, dia berfikir, terdiam seketika sambil memegang sapu tangan itu. Tanpa disedari, hatinya berdegup lebih kencang, teringatkan saat-saat dia pernah lihat Tengku Ash menggunakan sapu tangan yang sama.
Bunga memegang sapu tangan itu dengan lembut, dan tiba-tiba kenangan lama terlintas dalam fikirannya…
Masa itu, dia dan Tengku Ash berada di tepi pantai, angin laut bertiup kencang, dan dia tak sengaja terhidu bau masin air laut yang sedikit menggigit di hidung. Serta-merta dia terbersin, dan matanya sedikit berair. Tengku Ash yang berada tak jauh darinya, tiba-tiba mengeluarkan sapu tangan dari sakunya. Dengan wajah yang kelihatan sedikit janggal, dia menghulurkan sapu tangan itu kepada Bunga.
"Ambil ni. " katanya pendek, tanpa banyak bicara. Dia cuba memalingkan wajahnya agar Bunga tidak perasan bahawa dia sebenarnya risau. Namun, jelas dari tindakannya, dia ingin memastikan Bunga selesa.
Bunga, yang sedikit terkejut, menerima sapu tangan itu perlahan. Ketika itu, dia melihat sisi Tengku Ash yang berbeza walaupun sering bersikap kasar dan tegas, ada kelembutan dalam setiap perbuatannya, seolah-olah dia menjaga tanpa mahu dilihat orang.
Dia memegang erat sapu tangan itu, mengenang saat itu, tanpa sedar senyum kecil terukir di wajahnya. Kenapa perkara kecil macam ni boleh membuatkan aku teringat pada dia setiap kali?
Di situ, dia menyedari bahawa mungkin hatinya sudah mula memberi ruang untuk perasaan terhadap Tengku Ash perasaan yang selama ini dia cuba nafikan, namun kini semakin sukar untuk ditolak.
Dia teringatkan pandangan mata lelaki itu, cara dia menjeling dengan tegas tapi dalam diam penuh perhatian. Tanpa sedar, senyum kecil terukir di bibirnya, matanya sedikit redup mengenangkan saat-saat kecil yang dilalui bersama. Kenapa aku tak boleh lupakan dia ni? gumamnya perlahan, cuba menenangkan diri, namun dalam hati dia tahu, mungkin perasaannya terhadap Tengku Ash sudah mula bertumbuh lebih dalam daripada sekadar pertemuan biasa.
Dia meletakkan sapu tangan itu kembali, cuba mengabaikan debaran di hatinya. Namun senyuman manis dan lirikan mata Tengku Ash terus membayangi fikirannya, membuatkan dia semakin tidak keruan.
Vote and comment, bubyeee !!
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧
Romance#𝘼𝙎𝙃𝘽𝙐𝙉𝙂𝘼 ‹𝟹 ✦ 𝙃𝙀𝙍 𝙋𝙍𝙊𝙏𝙀𝘾𝙏𝙊𝙍 .𖥔 ݁ ˖ " Damn, buta ke? " - 𝘼𝙨𝙝 " Maaf encik, saya tak sengaja! " - 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙣𝙜𝙖𝙟𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙖𝙣𝙜𝙜𝙖𝙧 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙟𝙚𝙟𝙖𝙠𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙞 𝙡𝙖𝙢𝙥...