𝟑𝟎 : 𝐊𝐞𝐭𝐞𝐠𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧

5 0 0
                                    

Sudah seminggu Ash masih belum sedar di hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah seminggu Ash masih belum sedar di hospital. Di bilik hospital, hanya Aisyah dan Bunga menemani Ash.

Aisyah duduk di sisi katil, matanya tak lepas dari wajah abangnya. Sudah seminggu dia menanti Ash untuk membuka mata, menunggu dengan penuh harapan.

Bunga berdiri di sisi lain, melihat Ash dengan penuh rasa bersalah dan rindu yang terpendam. Dia menyapu mata, menahan air mata daripada jatuh.

Tiba-tiba, jari-jemari Ash bergerak sedikit, menarik perhatian Aisyah. “Ash… abang?” Aisyah membisikkan nama abangnya dengan penuh kelegaan.

Perlahan-lahan, mata Ash mula terbuka, dan dia memandang Aisyah yang tersenyum dengan air mata yang bergenang di matanya. “Abang… Alhamdulillah, abang sedar juga.”

Ash kelihatan keliru seketika, dan matanya beralih ke arah Bunga, yang berdiri sedikit jauh. Wajahnya berubah dingin sebaik sahaja melihat Bunga.

“Apa yang kau buat kat sini?” suara Ash serak dan nadanya kasar, membuatkan Bunga sedikit tergamam.

Bunga terdiam, mencari kekuatan untuk menjawab. “Ash… saya… saya cuma risaukan awak,” ujarnya dengan suara perlahan.

Ash mengalihkan pandangan, nadanya tidak mesra. “Aku tak perlukan simpati kau. Kalau kau tak ada sebab untuk berada di sini, lebih baik kau balik.”

Aisyah memandang Ash dengan sedikit kaget. “Abang, Bunga datang setiap hari tengok abang. Dia betul-betul risaukan abang.”

Ash mendengus perlahan, wajahnya masih dingin. “Tak perlu. Aku okay tanpa dia.”

Bunga cuba menahan perasaan, namun dia tak dapat menahan sedikit air mata yang mengalir. Dengan perlahan, dia mengangguk dan melangkah keluar dari bilik itu tanpa berkata apa-apa lagi, hatinya terasa berat.

Aisyah hanya mampu memandang adiknya, terdiam sejenak sebelum berkata, “Abang… abang tak tahu ke betapa Bunga risaukan abang?”

Namun, Ash hanya terdiam, menyembunyikan rasa yang sukar untuk dia gambarkan, pandangannya kembali ke siling bilik.

-

Setibanya di rumah, Bunga melangkah masuk ke bilik abangnya, Erfan dan Erhan, yang tengah leka bermain game. Dia mengetuk pintu sedikit, cukup untuk menarik perhatian dua abangnya.

“Eh, masuk je lah!” suara Erhan memanggil tanpa menoleh dari skrin. Erfan, di sebelahnya, langsung tak perasan kehadiran Bunga.

Bunga duduk di hujung katil sambil menghela nafas panjang, membuatkan Erfan akhirnya memandangnya dari sisi. “Apa hal ni, Bunga?” Erfan bertanya sambil mengangkat kening. Walaupun nampak kasar, hatinya sebenarnya lembut.

“Abang…” Bunga mulakan dengan nada manja. “Bunga ni sedih tau.”

Erhan berhenti bermain dan memandang adiknya dengan wajah teruja. “Kenapa? Kau gaduh lagi dengan Ash tu ke?”

Bunga mengangguk sambil buat muka merajuk. “Dia macam tak kisah langsung pada Bunga…”

Erfan tersengih, lalu menjentik dahi Bunga perlahan. “Pandan muka kau,” katanya sambil tertawa. “Dah tahu dia tu macam tu, masih nak hati bunga hancur sebab dia.”

Bunga cemberut sambil mengusap dahinya, tapi senyum kecil mula muncul di bibirnya. “Abang ni, kejam tau. Ingatkan nak hibur ke…”

Erhan ketawa sambil melirik Erfan. “Alah, kasar je abang kau ni, tapi sebenarnya dia kesian dengan kau.”

Erfan berpura-pura tak peduli, namun akhirnya tersenyum juga. “Eh, kau tau tak… kalau dia buat kau macam ni lagi, bagi tahu je abang. Kita semua pergi belasah dia ramai-ramai!”

Bunga tersenyum sambil ketawa kecil, rasa hatinya terhibur dengan keletah abangnya.

-

“Ash, tunggu kejap ya. Aisyah panggil Daddy, Mummy, dan yang lain datang jenguk abang,” katanya sambil melirik sekilas ke arah Bunga, yang masih berdiri senyap di penjuru bilik.

Keluar dari bilik, Aisyah segera menghubungi keluarganya. Tidak lama kemudian, satu demi satu ahli keluarga masuk ke bilik hospital Tengku Adrian, Puan Nadeerah, dan abang-abangnya yang lain seperti Tengku Ayyash, Tengku Ayman, Tengku Asyraff, dan Tengku Arshad.

Daddy menghampiri Ash, memegang bahunya dengan penuh kasih sayang. “Ash, syukur kau dah sedar, nak. Kami semua risaukan kau.”

Puan Nadeerah pula menahan sebak sambil memegang tangan Ash erat. “Jangan buat Mummy risau lagi, ya, sayang.”

Abang-abangnya hanya tersenyum, masing-masing bersyukur melihat Ash sedar dan berada di tengah-tengah keluarga. Aisyah berdiri di tepi, melihat wajah abang-abangnya dengan senyuman lega.

Kehadiran keluarga menghangatkan suasana, dan Ash hanya mampu tersenyum kecil, merasa tenang di tengah kasih sayang keluarganya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 5 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧Where stories live. Discover now