𝟐𝟎 : 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐩𝐚 𝐈𝐧𝐢 ?

17 2 0
                                    

Tengku Ash baru sahaja selesai mandi, badannya terasa segar namun mindanya tetap tak tenang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Ash baru sahaja selesai mandi, badannya terasa segar namun mindanya tetap tak tenang. Dia rebahkan tubuh di atas katil, mata menatap siling sambil tangan menyelak sedikit rambut basah yang jatuh di dahi. Entah kenapa, wajah Bunga muncul dalam fikirannya. Senyuman manis gadis itu, suara lembutnya semuanya terbayang jelas di mindanya.

"Kenapa aku teringatkan dia ni? " keluhnya perlahan sambil menutup wajah dengan tangan, cuba mengusir bayangan itu. Namun, semakin dia cuba lupakan, semakin kuat perasaan itu menekan dadanya.

Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk perlahan. Tuan Adrian muncul di ambang pintu, dengan wajah tenang yang sudah berpengalaman membaca raut anaknya.

"Ash,boleh daddy masuk? " tanyanya lembut.

Tengku Ash duduk tegak, cuba menyembunyikan keresahan di wajahnya. "Masuklah."

Tuan Adrian melangkah masuk, menutup pintu dan mengambil tempat di kerusi sebelah katil anaknya. Dia merenung Tengku Ash sejenak, seolah-olah memerhati perubahan kecil dalam diri anaknya yang mungkin tak disedari sendiri.

"Penat nampak, sibuk dengan kerja? " tanya Tuan Adrian, suaranya penuh nasihat dan keprihatinan.

Tengku Ash angguk perlahan. "Ye, Ash letih sikit dua, tiga hari ni. "

Tuan Adrian tersenyum tipis, tetapi matanya seolah-olah membaca jauh ke dalam hati anaknya.

"Kerja bukan satu-satunya perkara yang buat Ash nampak tak tenang. Ada sesuatu yang Ash simpan, kan?"

Tengku Ash diam, rasa seperti hatinya ditelanjangkan oleh ayahnya sendiri. Setelah beberapa saat, dia akhirnya bersuara perlahan,

"Mungkin ada seseorang yang... Yang asyik muncul dalam fikiran, "

Tuan Adrian tersenyum kecil, seolah-olah sudah menjangka. "Siapa? "

"B-bunga Maisarah. Anak kepada tuan Ezraskandar. " Nama itu meluncur keluar dari bibir Tengku Ash tanpa sedar, membuatkan dia tersentak sendiri. Dia tidak pernah mengaku hal ini, tapi akhirnya dia mengalah pada perasaannya.

Tuan Adrian ketawa kecil.

"Jadi Ash ada perasaan dekat Bunga la ni? "

Tengku Ash tersenyum sedikit, namun wajahnya masih serius.

"Ash tak pasti. Perasaan ni tak sama. Tapi dia berbeza daddy. Berbeza dari sesiapa yang Ash pernah kenal. "

"Ash," Tuan Adrian berkata lembut,

"Jangan pernah takut pada perasaan tu. Kadang-kadang, kita kena berani untuk mengenali seseorang lebih dalam untuk tahu sama ada dia layak berada di sisi kita. "

Tengku Ash termenung mendengar nasihat itu, matanya jauh merenung. Dia tahu kata-kata ayahnya ada benarnya. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia berhenti mengelak, dan mula mengenali Bunga lebih dari sekadar teman biasa.

-

Bunga baru sahaja pulang ke rumah selepas hari yang panjang di sekolah rendah sebagai ticer. Dia menyandarkan dirinya di sofa, cuba berehat sejenak sambil memejamkan mata. Tapi tiba-tiba, wajah Tengku Ash terlintas dalam fikirannya wajah serius, suara tegas, dan senyum kecil yang jarang dilihat tapi mampu buat jantungnya berdegup kencang.

"Kenapa aku asyik teringatkan dia ni? " bisik hatinya, sambil menghela nafas panjang. Rasa ini baru baginya, asing tetapi tak dapat dinafikan, mendebarkan.

Dia cuba menepis perasaan itu, tapi semakin dilawan, semakin kuat bayangan Tengku Ash menghantuinya. Bunga membuka matanya, seolah-olah ingin melarikan diri dari fikirannya sendiri, tapi debaran di dadanya masih tak reda.

Bunga termenung seketika. Adakah dia sebenarnya... sudah mula jatuh hati pada Tengku Ash? Wajahnya memerah sendiri, cuba menafikan, tapi jauh di sudut hatinya, dia tahu. Ada sesuatu tentang lelaki itu yang buatkan dia mula terasa ada harapan kecil, walaupun dia tahu jarak antara mereka tidak mudah dileraikan.

 Ada sesuatu tentang lelaki itu yang buatkan dia mula terasa ada harapan kecil, walaupun dia tahu jarak antara mereka tidak mudah dileraikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Waktu yang Caaz sendiri excited.

Tak sabaq nak tunggu depa kahwin!
Ehh, depa akan berkahwin ka ??

Haa, kalu hampa tertanya-tanya...
Tunggu di next chapter!

Vote and comment, bubyeeeeee !!

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧Where stories live. Discover now