𝟎𝟐 : 𝐖𝐚𝐤𝐞𝐮𝐩 𝐀𝐬𝐡 !

55 5 0
                                    

4:15

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

4:15

Bunga, abangnya, dan ibunya masih berada di rumah agam Puan Nadeerah. Kata ibunya mahu menolong Puan Nadeerah, jadi terpaksalah Bunga menunggu sehingga majlis itu selesai.

Air berperisa sirap di dalam cawan plastik diminum perlahan, jelas Bunga keletihan selepas membantu kak jah, pembantu rumah Puan Nadeerah mencuci pinggan.

Hanya beberapa orang je yang masih menjamu selera di majlis itu, sekejap lagi mungkin majlis ini akan selesai. Pengantin perempuan juga sudah berehat sekejap di dalam bilik.

"Penat ke? "

Tegur suara asing itu. Laju kepala Bunga menoleh ke arah suara itu.

Lelaki itu tersenyum manis sambil melabuhkan punggung di kerusi yang belum diduduki di tepi Bunga.

"Penat la jugak. "

Balas Bunga, anak mata bunga beralih kepada kucing gebu yang tertidur lena di dalam pelukan anak lelaki Puan Nadeerah.

"You Bunga eh? Anak Aunti Batrisyia? "

Tanya lelaki itu. Bunga mengangguk.

"Betul lah tu, saya Bunga Maisarah. "

Bunga tersenyum manis

"I see, my name Aish! Aish Nawal. "

Aish perkenalkan diri kepada Bunga.

"Aish? Cantik nama tu. "

Aish tersipu-sipu mendengar pujian Bunga, Bunga tertawa kecil melihat Aish tersipu malu.

"Awak pemilik kucing gebu ni eh? "

Tanya Bunga, nampak gaya seperti Aish pemilik kucing gebu ini. Kucing gebu itu juga nampak selesa di dalam dakapan Aish.

"Yes, i jaga dia since i dalam usia 14 tahun lagi i dah jaga dia. "

"Uish, lama juga awak jaga dia. "

"Of course! "

Ceria nada Aish.

Bunga memandang muka Aish, lama. Seperti muka yang pernah dia lihat.

"Awak ni... "

Tergantung ayatnya apabila mendengar suara yang dia amat kenali memanggil namanya.

"Adik, nak basuh pinggan mangkuk lagi ke? Dah tak nak balik? "

Erhan bertanya kepada adiknya.

"Eh, nak.. "

Kepala menoleh ke arah Aish.

"Saya balik dulu Aish, assalamualaikum. "

Ucap Bunga sebelum berlalu pergi, diikuti dengan Erhan.

-

"UNCLE ASHHH!! "

Jerit Andeqa Nadhim sambil berlari ke arah Ash.

Andeqa Nadhim ialah anak Ayman dan Afarynna. Andeqa berusia 4 tahun.

Terkedek-kedek Andeqa berlari-lari ke arah Ash. Ash tersenyum sedikit melihat anak buahnya yang tubuhnya yang kecil berlari seperti itik ke arahnya.

Dipeluk erat tubuh sasa Ash apabila Andeqa berada di dalam pelukan uncle nya. Ash membalas pelukan itu.

"Iye sayang... "

Ujarnya dengan suara garau. Hot merciks! Ini kalau ada wanita yang melihat Ash seperti ini, memang lembik lutut dibuatnya.

Ash dan Andeqa memang rapat, kerana anak buahnya yang lain perempuan. Hanya Andeqa saja yang lelaki setakat ini. Mungkin besok hari anak Asyraff pula.

"Uncle Ash, deqa nak susuuu buatkan? "

Andeqa membuat muka comel kepada
Uncle nya.

"Hm, ye la. "

Balas Ash lalu meleraikan pelukan sebelum berjalan ke arah dapur.

Selesai sahaja membuat susu kepada Andeqa, dia memberikan botol susu kepada Andeqa.

Bersinar-sinar mata Andeqa memandang botol susu yang berada di tangan besar uncle nya.

"Thanks uncle! "

Kini botol susu itu bertukar tangan kepada Andeqa. Dicium pipi Ash sebelum tubuh kecilnya dibaringkan di atas sofa yang empuk itu.

Ash turut melabuhkan punggung di tepi Andeqa. Kepalanya menyandar sofa dan kedua-dua tangannya diletakkan di belakang kepalanya.
Mata dipejam

"Bunga Maisarah. "

Entah tiba-tiba nama itu muncul di fikiran Ash. Lantas Ash membuka mata.

"Asal kau ni Ash? "

Ash menampar pipinya sendiri. Mahu menyedarkan diri. Andeqa yang melihat uncle nya begitu berkerut dahi nya. Hang asal?

"Uncle okey tak niii? "

"Okey. "

Ringkas Ash menjawab.

Vote and comment, bubyeee!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Vote and comment, bubyeee!

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧Where stories live. Discover now