"WAH! Allahu Akbar! Dia balas, dia balas! Alhamdulillah, ya Allah..." jerit Eidlan, wajahnya bersinar bak purnama yang menembusi malam gelap, tangannya terangkat tinggi, seolah langit pun ingin diraihnya.
"Hoi, hoi! Kau ni kenapa sujud kat sini? Menang jackpot ke?" Farhan mencuit, keningnya terangkat dengan senyum sinis yang sudah biasa, namun penuh sindiran.
"Astaghfirullah al-Azim! Menang jackpot kau kata? Haram, dik! Haram!" balas Eidlan, suara separuh kesal, separuh bergurau, namun tetap mantap, mengalir seperti air yang tak pernah berhenti mengalir.
"Taklah. Tapi tengok kau happy macam orang baru menang loteri." Farhan tergelak kecil, cuba memecah keheningan dengan nada nakal.
Eidlan menarik nafas panjang, matanya tajam memandang Farhan, seakan sudah tahu apa yang akan terbit dari bibir abangnya.
"قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ." (Riwayat Muslim)
Dengan tenang dan tegas, Eidlan memetik sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya arak, judi, patung sembahan, dan undian adalah najis dari perbuatan syaitan. Maka, jauhilah semua itu agar kamu beroleh kejayaan." Ucapannya meluncur seperti angin yang menenangkan, namun penuh dengan kekuatan yang menusuk jiwa.
"Alah, abang ni... Bergurau pun tak boleh ke?" Farhan mengeluh, berpaling sedikit, seraya berpeluk tubuh, tubuhnya seolah menjauh, mempamerkan wajah merajuk.
"Hurm, Majok!"
"Merajuk pula si adik ni." Eidlan tersenyum lebar, memandang Farhan yang cuba mengelak, matanya berkelip, tajam.
"Jangan dekat-dekat dengan aku!" Farhan meletakkan jarak, suaranya tegas, namun ada sedikit nada pura-pura marah di situ.
"Mengadanya kamu," Eidlan menyengih nakal. "Eh, lupa pula, kau ni kan..."
"Apa dia?" Farhan memusing, menunggu dengan rasa ingin tahu.
"Single! Hahaha!" Eidlan tertawa riang.
"Wah, main kasar ya? Mentang-mentanglah dah bertunang." Farhan membulatkan mata, hampir tak percaya dengan gurauan abangnya.
"Nasiblah, kau dulu mengata aku single. Ada satu pepatah Arab untuk kau." Eidlan menyeringai, merasa puas dengan tawa yang baru saja terkeluar.
"Ha, bagi dengar sikit!" Farhan teruja, mata bercahaya ingin mendengar pepatah itu.
"Kama tudeen tudaan." Eidlan mengucapkan dengan perlahan, penuh makna.
"Seperti mana engkau menghukum, begitu jugalah engkau akan dihukum." Suara Eidlan dalam, seolah menembus jauh ke hati Farhan, yang terdiam sejenak.
"Huih, kau ni bijak jugak ya, ambil kata-kata hikmah macam ni. Otak kau brand apa bang?" Farhan tersenyum, terkesan dengan kata-kata abangnya, namun tidak mahu kalah.
"Brand mak dan ayah aku." Eidlan tersenyum, merenung Farhan dengan mata penuh makna.
"Eh, lebih-lebih pula kau ni! Habistu? Kau nak cakap brand kita tak sama ke?" Farhan mencebik, malas mahu melayan gurauan berterusan.
Eidlan tersedar sesuatu, "Ni semua salah kau! Aku dah lewat lima minit nak reply mesej dia." Eidlan menyalahkan Farhan, seolah kejadian ini adalah akibat dari kelakuan adiknya.
"Baru lima minit, bukan lima tahun," Farhan menjawab, cuba menenangkan keadaan, namun senyuman di bibirnya tak dapat disembunyikan.
"Tak baik biar orang tertunggu-tunggu, kau tahu?" Eidlan menambah, nada sedikit serius.
YOU ARE READING
Al-Asraar : His Flower from Paradise
Roman d'amour"Al-Asraar: His Flower from Paradise" mengisahkan Inspektor Ezzan Eidlan yang terperangkap dalam jalinan misteri pembunuhan yang membingungkan, di mana seorang pembunuh yang dikenali sebagai "Secret" mengancam untuk mengungkap rahsia gelap yang tela...