DAH pukul 11 malam. Boleh ke aku hubungi dia? Dia dah tidur ke? Tak mengganggu dia ke?
Aku meramas rambut sendiri. Hati melonjak untuk menghubungi si dia. Uniform yang aku bawa balik dari rumah along tadi aku campak je kat lantai. Nantilah aku kutip balik. Bukannya ada orang lain dalam rumah ni. Aku seorang je pun!
Nak tidur rasa macam terlalu awal lagi. Baju yang along pinjamkan tadi aku tanggalkan dari badan. Sekadar berkain pelikat. Bebas rasanya. Aku baring di sofa. Televisyen aku buka tapi tiada satu yang menarik minat aku untuk ditonton.
Tekak terasa haus. Aku bangun dari sofa dan menuju ke dapur. Gelap gelita. Suis lampu aku tekan. Terang benderang ruang dapur aku. Kaki menuju ke peti ais. Pintu peti ais dibuka dan tangan mencapai botol air mineral. Aku meneguk rakus untuk hilangkan dahaga.
Sejuk air terasa ke kerongkong hingga ke perut. Aku tutup peti ais dan menuju kembali ke sofa. Telefon bimbit di meja aku pandang lemah. Nak ke tak nak? Nak ke tak nak? Kusut kepala aku.
Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Aku bingkas bangun dari sofa dan mengambil telefon. Di ruang screen terpapar nama Ulfa. Rezeki datang bergolek, jodoh datang berguling-guling aku di lantai.
Button hijau segera aku tekan dan aku tekapkan telefon pada telinga kananku.
" Assalamualaikum," suara di sana menerjah telinga aku.
" Waalaikumussalam," jawab aku. Hati bukan main gembira lagi.
" Saya ganggu Maleeq ke?" tanya Ulfa.
Aku menggeleng. Lupa! Aku ketuk kepala sendiri. Bukannya dia nampak aku pun.
" Tak ganggu pun."
Aku mendengar dia seperti menghembus nafas lega.
" Kenapa Maleeq tadi kelam kabut? Ada apa-apa yang jadi ke?"
" Eh! Maaf... saya tinggalkan Ulfa macam tu je sebab ada hal kat rumah. Ika call tadi, tu yang kelam kabut," terang aku.
" Is everything okay?"
" Semua okay. Alhamdulillah."
Aku terdengar suara kecil di sebalik suara Ulfa. Qaseh tak tidur lagi ke? Suara dia seperti membebel je.
" Qaseh ke tu? Belum tidur lagi ke dia? Dah lewat ni," ujar aku.
Selalukan budak-budak kan tidur awal. Tidur awal penting untuk perkembangan otak kanak-kanak. Ulfa ni selalu melewatkan anak tidur ke? Kalau aku jadi daddy Qaseh aku akan pastikan Qaseh tidur awal. Aku dengan mommy dia pun kena tidur awal untuk menggalakkan kelahiran rakyat. Jauh aku berangan!
" Tengah becok lagi bercakap. Dia tengah marahkan saya tu."
" Kenapa Qaseh marah mommy tu?"
Biasa Qaseh nih! Berani marah mommy ye! Uncle pun tak pernah marah lagi mommy Qaseh.
" Dia tak akan tidur selagi saya tak bacakan buku cerita untuk dia. Acah-acah macam anak orang putih. Susah baka mat saleh ni," ketawa Ulfa.
Aku berfikir sejenak. Bekas suami Ulfa ni orang asing ke? Ulfa cakap Qaseh baka mat saleh.
" Her father dulu orang mana?" Aku ingin tahu.
" Dia orang Australia. Dah kahwin menetap di sini sampailah dia meninggal," cerita Ulfa kepada aku.
Patutla Qaseh berambut perang. Anak mix rupanya. Jadi citarasa Ulfa ni orang asing ke? Aku ni tak tersenarai gamaknya. Kot-kot tak masuk list menunggu pun.
YOU ARE READING
The Loyal Hunter : Maleeq Uqail
Художественная прозаTuan Inspektor Maleeq Uqail lelaki yang begitu komited dengan kerjayanya sebagai anggota polis. Membanteras penjenayah memang permainannya setiap hari. Dalam perhubungan, dia seseorang yang hanya memerlukan perempuan yang setia di sisi kerana sedar...