NASIB baik majlis persandingan along hari itu berjalan lancar walaupun Dragon Heist datang membuat kacau.
Cuti hari ini aku memang ingin berehat dengan duduk di rumah je. Badan dah terlalu penat. Kes masih tak settle sampai sekarang. Selagi ketua Dragon Heist tidak ditangkap, aku tidak senang duduk.
Aku baru selesai menyediakan sarapan. Sarapan yang amat simple cuma roti bakar dengan jem dan secawan kopi. Muzik di telefon bimbit aku pasang dengan kuat. Sarapan sambil mendengar lagu.
Belum sempat aku habiskan kepingan roti yang terakhir, loceng rumah berbunyi.
Siapalah yang suka mengacau hidup orang awal-awal pagi ni? Aku melangkah lemah dan membuka pintu utama. Bakal adik ipar aku rupanya. Apalah yang dia nak pagi-pagi ni?
Aku keluar membuka pintu pagar rumah. Dia gelisah. Aku tengok muka dia dah macam orang mati bini. Serabai betul rambut dia.
" Angah... tolong saya angah," rintihnya.
Dia dah melutut di depan aku. Aku keliru dengan apa yang jadi. Naqiu buat apa sampai perlu melutut depan aku?
Matanya dah mula merah. Aku lihat kelopak mata dia sudah dipenuhi air mata cuma belum mengalir je lagi.
Aku memaut dia membantu dia berdiri. Dia dah teresak-esak menangis. Selama aku mengenali Naqiu, aku tak pernah lihat sisi dia seperti ini. Selalu dia seorang yang happy dan suka melawak je. Tak pernah aku nampak dia sedih dan kecewa.
" Bangun Naqiu! Kita masuk dalam rumah dulu. Tak sesuai kita bercakap dekat luar pagar ni," kata aku.
Aku masih setia memaut bahu dia sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah. Setelah masuk ke dalam rumah, aku bantu dia duduk di sofa. Aku biarkan dia menangis dulu.
Aku tinggalkan dia keseorangan di ruang tamu. Kaki melangkah ke dapur dan aku
ambil satu gelas air putih.Gelas berisi air itu aku hulurkan pada dia. Dia tak menyambut huluran aku. Aku ambil tangan dia dan meletakkan gelas pada tangannya.
Air mata dia masih mengalir. Aku sedikit cuak. Tak tahu nak buat apa. Aku tak pernah ada adik lelaki. Rasa sukar untuk aku berinteraksi dengan dia sekarang. Kalau dengan Ika bolehlah aku pujuk. Bagi hadiah ataupun duit elok terus mood Ika tu.
Tangan Naqiu menggigil. Aku mula risau. Nafas dia macam tak teratur.
Aku segera duduk di sebelahnya. Gelas tadi aku ambil dan letak di atas meja. Belakangnya aku gosok perlahan-lahan.
" Tarik nafas dan hembus Naqiu. Jangan macam ni. Tenang.... semua okay," nasihat aku. Sedangkan aku tak tahu apa yang terjadi pada Naqiu.
Naqiu ada anxiety ke? Tangannya menggigil teruk. Aku genggam tangan dia. Sejuk!
Aku tetap di sisi dia sehingga dia sedikit kembali normal. Tapi, air mata dia masih mengalir.
" Are you feeling better now?" tanya aku.
Dia mengangguk lemah.
" Dah sedia untuk ceritakan pada angah apa yang terjadi?" soal aku.
Perlahan aku bersuara takut dia tak nak bercerita pada aku pulak.
Dia masih menunduk ke lantai.
" Kenapa hidup saya macam ni angah?" Soalan apa dia tanya pada aku ni? Setahu aku dia hidup dengan baik je selama ni walaupun hidup sebagai anak yatim piatu.
YOU ARE READING
The Loyal Hunter : Maleeq Uqail
General FictionTuan Inspektor Maleeq Uqail lelaki yang begitu komited dengan kerjayanya sebagai anggota polis. Membanteras penjenayah memang permainannya setiap hari. Dalam perhubungan, dia seseorang yang hanya memerlukan perempuan yang setia di sisi kerana sedar...