SAKAN mama berbelanja hari ini. Satu Pavilion dia jelajah. Pokailah papa kalau macam ni. Nasib baik bukan selalu. Tapi, nak risau apa? Duit papa berkepuk-kepuk kot.
Cuma masalah sekarang ni aku yang jadi mangsa. Dari pagi tadi sampai sekarang aku yang teman mama bershopping. Ika keluar dating dengan tunang dia. Along pulak macam biasa berkepit dengan isteri sejak isteri dia dah mengandung ni. Orang yang paling seronok mama lah. Maklumlah bakal dapat cucu pertama dalam keluarga. Sadis diri akulah. Masih single sampai sekarang.
Eliza? Dia tetap berusaha memujuk aku sampai sekarang tapi, aku tak layan. Memang aku abaikan semua mesej dan panggilan dia. Ulfa? Sejak aku tahu dia tak boleh lupakan cinta pertama dia tu, aku sedikit menjarakkan diri. Lagi pun aku rasa dia akan memilih cinta pertama dia daripada aku.
" Tak habis lagi ke mama?" Aku dah menjinjit berbelas-belas paper bag dah sekarang ni. Dah macam anak ikan mama dari tadi mengikut mama masuk butik by butik.
" Angah ikut jela mama. Angah bukannya selalu teman mama pun. Dari tadi bising je. Angah ni sebenarnya ikhlas ke tak teman mama hari ni?" soal mama.
Adoiii... Dia pertikaikan keikhlasan aku pulak. Ni bukan isu ikhlas ke tak tapi kaki aku dah penat ni. Mama ni tak reti penat ke? Orang perempuan kalau bershopping memang macam ni ke?
" Bukan ikhlas ke tak, tapi angah dah penatlah mama," bebel aku. Kaki aku dah rasa nak tercabut ni. Tekak pun dah kering.
" Kita berhenti kejap kalau macam tu," cadang mama.
Mama paut lengan aku dan memaksa aku mengatur langkah bersama-sama dia. Aku hanya pasrah menurut.
Kami masuk ke Warung Putera Puteri. Bukan main excited mama membelek menu. Aku ingat dia tak lapar sebab seronok membeli belah.
" Angah nak makan apa?" tanya mama. Mata dia masih ralit memilih menu.
" Angah nak minum air je. Angah nak hazelnut latte satu." Aku masih kenyang sebab pagi tadi sebelum keluar dengan mama aku dah lepak kedai mamak pekena roti canai dua keping.
Kami membuat pesanan di kaunter. Nasib baik servis kedai ni tak lama sangat.
Aku dan mama memilih meja. Mama bukan main siap makan nasi bagai. Yang penatnya aku, yang laparnya mama. Aku menggeleng-geleng kepala.
" Kenapa papa tak nak ikut mama? Bukan selalu papa ke yang teman mama?"
" Papa kamu tu konon eh nak main golf dengan Tan Sri Amin tu. Kawan lama dia sejak zaman sekolah lagi tu. Hesy... Lupa pulak mama nak bagitahu angah. Anak Tan Sri Amin tu pun ada yang single. Angah nak berkenalan tak?" soal mama. Keningnya dah terangkat-angkat.
" Tak naklah mama."
" Angah nak yang macam mana? Biar mama yang cari. Tapi anak Tan Sri tu pun cantik. Bersopan santun orangnya. Mama berkenan dengan dia tu."
" Kalau mama berkenan, mama suruh papa kahwin dengan dia. Dapatlah mama madu baru." Aku mengusik mama.
Mama mencubit perut aku. Sakit!
" Angah ni memang nak kena dengan mama ni. Kamu suka ke kalau papa kamu tu kahwin baru? Lepas tu kamu dapat adik baru? Nak ke?"
" Okay jugak tu mama. Bolehlah angah ada adik baru. Angah pun dah bosan dengan Ika tu. Kot-kot dapat adik lelaki seronok jugak." Aku terkekeh ketawa mengenakan mama.
" Ada jugak mama cili-cilikan mulut angah tu. Dah tak sayang mulut agaknya," bebel mama lagi.
Aku menunduk dan menyedut air kopi aku. Kalau dilayan mama ni sampai ke esok tak habis cerita ni.
YOU ARE READING
The Loyal Hunter : Maleeq Uqail
General FictionTuan Inspektor Maleeq Uqail lelaki yang begitu komited dengan kerjayanya sebagai anggota polis. Membanteras penjenayah memang permainannya setiap hari. Dalam perhubungan, dia seseorang yang hanya memerlukan perempuan yang setia di sisi kerana sedar...