NAMPAKNYA mereka semakin tidak berpuas hati dengan aku. Mungkin disebabkan kejadian rampasan dadah di dalam kapal kontena itu hari yang menyebabkan kerugian yang sangat besar bagi mereka.Hari ini sekali lagi aku menerima mesej pesanan ringkas berbaur ugutan.
' SOON... WE WILL KILL YOUR FAMILY'
Aku meramaskan rambut. Tegang! Jantung aku gelisah. Aku risau! Kalau melibatkan nyawa aku sendiri memang aku tak peduli. Tapi, ini dah melibatkan nyawa keluarga aku. Aku tak akan benarkan mereka usik keluarga aku walaupun sehelai rambut. Keluarga aku tak bersalah!
Cuma aku tertanya-tanya sekarang ni. Macam mana mereka kenal aku dan family aku? Sedangkan identiti aku pun tidak diketahui dalam setiap operasi. Memang identiti kami dirahsiakan. Aku menggaru kening. Patut ke aku ceritakan ini semua pada family aku?
Buntunya! Naqiu! Aku perlukan bakal adik ipar aku untuk membantu aku sekarang ni.
Aku menonong keluar mencari Naqiu. Naqiu masih ralit meneliti fail atas meja. Mata dia fokus betul mengadap fail yang bertimbun tu. Aku perhatikan mereka yang lain masing-masing sibuk dengan kerja.
" Naqiu!" jerit aku. Semua memandang aku mungkin terkejut bila aku menjerit memanggil Naqiu dengan tiba-tiba.
Naqiu tersentak mendengar jeritan aku.
" Masuk bilik aku kejap!" laung aku dari jauh.
Naqiu terkocoh-kocoh mengemas fail dan masuk ke bilik aku. Pintu office aku ditutup rapat. Naqiu melangkah ke arah aku. Dia hanya berdiri di depan aku. Dia menyilangkan tangan ke belakang.
" Lain macam angah hari ini," kata Naqiu. Mata dia tepat memandang ke arah aku. Dia tak tahu hati aku gelisah sekarang ni. Kalau dia tahu, mesti dia pun tak boleh bertenang.
Aku menjeling sinis. Dia dah lupa agaknya kami berada di mana. Dia ingat dah habis waktu kerja ke?
" Naqiu... kau sedar kau kat mana sekarang?" soal aku.
" Kat office angah lah," jawabnya.
Aku tahulah ini office aku. Geram pulak aku dengan jawapan Naqiu ni.
" So... don't call me angah," ujar aku memberi arahan. Aku takut Naqiu nanti naik kepala dan kurang respect terhadap aku. Lagi pun sekarang ni waktu bekerja.
" Ala... itu pun nak berkira. Yelah tuan... Saya mengikut arahan," akurnya. Dia seperti sedikit geram terhadap aku.
" Hari ini aku terima mesej lagi. Nyawa family aku dalam bahaya sekarang. Diorang dah ugut nak hapuskan keluarga aku." Aku bercakap dengan serius. Sekarang bukan masa untuk bergurau.
Naqiu tergamam. Matanya membulat. Dia mula duduk di kerusi di depan aku tanpa izin.
" Habis tu macam mana ni tuan?" Nada dia bertukar risau. Tahu pun risau!
" Kita kena berjaga-jaga. Keselamatan mereka sekarang ni yang kita perlu lindungi. Aku tak nak apa-apa jadi pada mereka," ujar aku.
" Aku suruh kau siasat sebelum ini siapa dalang antara kita. Kau dah siasat ke belum?" soal aku. Wajah Naqiu aku pandang menunggu penjelasan.
" Dah tuan. Tapi saya tak dapat kenal pasti siapa dalangnya. Cuma sekarang ni setiap kali Tuan Megat Hadi terlibat, operasi kita pasti gagal. Kemungkinan Tuan Megat dalangnya." Naqiu membuat kesimpulan.
" Kau yakin ke?"
" Tak tuan!" jawabnya.
Cara dia menjawab tadi macam dia yakin betul yang Megat dalangnya.
YOU ARE READING
The Loyal Hunter : Maleeq Uqail
General FictionTuan Inspektor Maleeq Uqail lelaki yang begitu komited dengan kerjayanya sebagai anggota polis. Membanteras penjenayah memang permainannya setiap hari. Dalam perhubungan, dia seseorang yang hanya memerlukan perempuan yang setia di sisi kerana sedar...