Bab 1

7K 446 110
                                    

MATANYA terpejam erat saat silauan matahari memancar terik di dada langit. Kotak milo di tangan dibawa ke wajah untuk menutupi cahaya tersebut.

"Eh bangkai, motor kau rosak lagi ke?" Ujar seorang gadis yang sedang merapikan rambut di cermin kereta. Diambil lipstick dari beg sandangnya dan dioleskan ke bibir. Senyuman kecil ditayangkan. Puas melihat wajahnya sendiri, riak sedikit.

"Haah, dekat bengkel lagi," Gadis riak itu hanya mengangguk perlahan. Dia mengeluarkan kunci kereta dari poket seluar dan merenung ke arah kembarnya yang masih berdiri sambil memegang sekotak air milo. "Tumpang aku ke apa?"

Kotak milo diturunkan ke tepi, matanya berkelip-kelip memandang kereta di hadapannya. Nafasnya ditarik perlahan. Dia mengangguk kecil dan menapak ke arah seat penumpang.

Saat mereka berdua memasuki kereta, seorang pembantu meluru ke arah kereta mereka. "Maaf cik, Dato' dan Datin pesan, mereka ada mesyuarat di syarikat Encik Yusri, jadi mereka akan tinggalkan rumah seminggu," Kata pembantu rumah tersebut. Mereka berdua cuma mengangguk perlahan.

"Guess that we have a week to enjoy ourself then," Mereka berdua tergelak kecil dan keluar dari kawasan rumah. Perjalanan dari rumah untuk ke sekolah tidak mengambil masa yang lama. Sewaktu mereka menghampiri perkarangan sekolah, kedengaran dari jauh lagi loceng telah berbunyi. Mereka memandang antara satu sama lain dan tersengih lebar.

Jam lapan tepat menandakan sudah tiba waktu perhimpunan bagi pelajar-pelajar SMT Roshelle. Kelihatan para pelajar berpusu-pusu melepasi pintu pagar besi yang besar. Ada juga sekumpulan pelajar lelaki yang menghabiskan sisa sedutan rokoknya sebelum mencecah masuk ke dalam sekolah.

Deruman kereta membuatkan para pelajar membuka ruang untuk mereka. Kereta Bmw i8 putih miliknya meluncur laju memasuki perkarangan sekolah. Setelah keretanya berhenti di tempat parkir kenderaan, mereka menuruni kereta dengan riak wajah yang selamba.

"Weh, weh tu Erisa kan? Motor dia mana weh?" Seorang pelajar menuding jari ke arah gadis yang berambut panjang. Rambutnya diikat tinggi dan tubuh langsingnya menjadi igauan pelajar yang lain.

"Eh, bukan si Alisa tu bawa kereta Porche ke minggu lepas. Naik cuti je dia tukar kereta siot," Mendengar bualan pelajar tersebut, Alisa hanya tersenyum sinis. Dia cuma memandang sipi ke arah pelajar yang melintasi mereka sambil berbisik perlahan.

"Anak orang kaya, biasalah" Tidak lari juga bisikan sebegitu menerpa ke halwa pendengaran mereka. Erisa cuma berlagak tenang, tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

Mereka berdua berjalan beriringan ke dewan. Kesesakan pelajar langsung tidak diberi perhatian. Malah pelajar-pelajar lain memberi laluan kepada mereka. Kelebihan dari segi harta dan paras rupa membuatkan pelajar-pelajar di situ menganggap mereka sebagai idola paling celaka.

Mengapa celaka?

Disebabkan figura mereka terlalu menonjol, mereka tidak lari dari menjadi topik hangat di sekolah. Publisiti merupakan salah satu kegemaran mereka. Dilahirkan sebagai pasangan kembar yang berbeza perwatakannya, mereka menggunakan kelebihan yang ada untuk melonjakkan lagi nama mereka di mata-mata pelajar yang lain. Namun ternyata, sikap celaka tidak lari dari rutin harian mereka.

Alisa Khan, memiliki alis mata yang agak lebat serta bulu mata yang panjang. Dagunya yang runcing mempamerkan lagi raut wajah jelitanya. Rambut separas bahunya yang berwarna coklat keaslian bersinar-sinar tatkala di bawah pancaran matahari. Alisa dikenali sebagai pelajar contoh di sekolah atas kebijaksanaannya. Dirinya digilai ramai pelajar lelaki dek kerana kecantikannya ditambah dengan solekan di wajah. Namun sikap sombongnya yang kuat mempergunakan orang lain, membuatkan gadis-gadis di sekolah itu menyimpan perasaan benci kepada dirinya. Alisa memandang sekilas ke arah kembarnya yang sedang membelek iPhoneX.

LariWhere stories live. Discover now