BUNYI besi berlaga antara satu sama lain tidak diendahkan. Matanya ralit memerhati lakaran yang sedang diusahakannya. Jari jemarinya melakukan gerakan halus dan sedikit tergesa-gesa. Dia tersenyum kecil apabila kerjanya telah selesai.
Dengan segera Zain menggulung kertas kerjanya dan keluar dari bilik pertukangan. Langkahnya dituju ke pejabat Sir Remy. Dia mengetuk pintu beberapa kali.
"Masuk," Sir Remy mengarah.
Zain menarik nafas panjang sebelum memasuki pejabat Sir Remy. Dia meletakkan kertas kerjanya di atas meja lelaki itu. Anak mata Sir Remy pantas merenung Zain melalui cermin mata yang dipakainya.
Sir Remy membuka gulungan kertas kerja itu dan meneliti hasil kerja Zain dengan tekun. Senyuman kecil terhias di bibirnya. Lakaran itu tampak realistik.
"Nice work Zain," Sir Remy menggulung kertas itu semula dan memberinya. Zain mengangguk dan mengambil kertas itu.
"Oh sebelum saya terlupa, petang ni ada latihan lagi kan?" Sir Remy berkata.
Zain menggangguk kecil dan beredar dari pejabat Sir Remy.
"Just a little more time.." Sir Remy berkata sendirian sambil membayangkan semula lakaran Zain. Dia tersenyum kecil.
•••
"Oi Al," Perlakuan Alisa terhenti apabila namanya dipanggil.
Perasaan gusar di hati tidak dapat dibendung apabila keadaan di sekeliling mulai sunyi. Mereka bertiga tercegat berdiam diri sewaktu mereka diminta berkumpul di halaman belakang. Disebabkan agak terkejut dengan perkara itu, mereka hanya mampu mematungkan diri.
"Nah pakai ni," Rania memberi sepasang kasut sukan kepada Alisa dan Erisa.
"Kecoh ah dia orang ni eish," Bentak Alisa. Dia memakai kasut sukan itu dengan kasar.
Daniel leka berbual dengan Raihan sambil memasukkan alatan-alatan ke dalam poket mereka.
Usai alat kelengkapan diuruskan, Daniel mengamit mereka ke arahnya. Mereka hanya diperhati oleh Sir Remy. Alis matanya bergerak-gerak menahan pancaran matahari yang begitu terik.
"Untuk makluman awak semua ya, hutan ini memang dipenuhi haiwan-haiwan yang merbahaya. Stay close dan jangan berpecah. Kalau sesat dalam tu nanti susah. Ingat, hati-hati masa berjalan. Kadang kita tak perasan ada akar-akar pokok yang boleh buat kita jatuh. Tanah pun tak berapa rata sangat. Okay? Faham?" Daniel bertanya sambil memerhati mereka semua.
"Kalau faham boleh lah gerak sekarang," Pintas Raihan.
Mereka mengangguk dengan serentak.
"Okay jalan," Arah Daniel. Mereka mula bergerak di kawasan belakang yang paling dalam. Tidak pernah diteroka tempat itu lagi.
Mereka berhenti di hadapan pagar. Terdapat seorang pengawal sedang berbual dengan seorang lelaki. Lelaki itu kemudian membukakan pintu itu. Daniel berkata sesuatu sebelum mengangguk ke arahnya.
Sewaktu lelaki itu memusingkan tubuhnya, mata Erisa terbeliak. "Kau!" Erisa menuding jari ke arah lelaki itu.
"Oh sorry? Do i know you?" Sinis lelaki itu mengatur bicara.
"Aha very funny," Erisa menjeling. Sah lelaki itu adalah lelaki yang ditemuinya sewaktu di bilik latihan tempoh hari. Melihat anak matanya sahaja sudah dapat dikenal pasti.
YOU ARE READING
Lari
Horror✅ Best Achievement [#2 In Horror] [#1 In Zombi] ✅ Novaestar Best Horror Winner 2017 Sebuah kisah mengenai peperangan zombi yang diselitkan dengan kisah cinta yang tragis dan gampang. A/N : Author dia dah lupa macam mana nak sambung cerita. Tolong d...