SKRIN di hadapan ternyata mengkhabarkan berita buruk baginya. Kawasan hutan yang sering dilalui kini sudah dicerobohi oleh binatang perosak itu.
"Kita tak boleh buat apa, biar mereka sendiri yang pergi. Tembok yang kita bina masih kukuh, jadi tidak mengapa," Sir Remy menongkat dagunya. Pen di tangan diputar-putarkan di atas meja.
"Tapi Sir, banyak sangat zombi tu. Macam mana kalau salah sa—"
"No, they wont," Pintas Daniel. Bicara Celine terhenti begitu sahaja. Segera dia menundukkan wajah.
"Tapi aku tak rasa tembok kita mampu bertahan lama lagi, sedangkan tembok hutan mereka dapat tembus, inikan pula pagar di sini?" Jelas seorang lelaki yang juga turut serta dalam perbualan mereka.
"Sabar, kita belum laksanakan lagi hasrat King. Tunggu saatnya nanti," Dengan sinis Sir Remy berkata. Celine hanya mengeluh kecil. Dia perlu memberi amaran kepada kembar berdua itu.
"Kalau tiada apa lagi soalan, kamu semua boleh keluar," Arah Sir Remy. Lantas seorang demi seorang beransur keluar dari pejabatnya.
Celine menutup pintu pejabat itu dengan perlahan. Nafasnya kini semakin deras. Dia perlu berjumpa Erisa dan Alisa. Langkahnya diatur ke tingkat dua. Tetapi dia berhenti seketika dan berfikir buat sementara. Dia tidak boleh melakukan hal ini seorang diri. Kakinya mengambil pusingan drastik. Menghala ke tingkat tiga. Cuma beberapa bilik sahaja di tingkat atas itu. Dia menarik nafas panjang dan mengetuk pintu bilik yang paling hujung.
Pintu itu tidak terbuka, Celine tidak mahu dirinya ditangkap dan segera dia menceroboh masuk bilik itu.
Seorang lelaki yang sedang bermain dengan pemetik api memandangnya tajam.
"Zain, I need your help,"
Lalu pintu itu ditutup perlahan.
•••
Di tepi kandang, dimana seorang gadis sedang cuba untuk menaiki seekor kuda, tiba-tiba terjatuh menyembah bumi.
"Dah tahu pendek, nak naik juga," Sapa Erisa bernada sinis.
"Eleh nak cuba je, tak tahu lak boleh terjatuh. Aku bukan sempurna, aku faham," Alisa memandang langit.
"Jangan buat hal bodoh dekat sini, tak berapa nak menarik," Erisa berkata sambil mengikat rambutnya. Rimas apabila rambut itu melibas-libas pipinya.
Alisa mengusap kuda hitam itu. Pada mulanya, dia hanya mahu berjalan di sekeliling kandang namun hasrat hatinya yang tiba-tiba ingin menunggang kuda semakin membuak-buak.
"Ambillah bangku kalau nak panjat," Erisa menunjuk ke arah bangku yang tidak jauh dari mereka.
"Tak apalah, aku bukan tahu nak kendalikan kuda ni. Nanti jatuh lagi pula, patah tulang aku,"
Entah kenapa tiba-tiba keadaan menjadi janggal antara mereka berdua. Alisa hanya menguis-nguis pasir menggunakan butnya.
Akibat kesunyian yang melanda setelah beberapa minit, Alisa terpaksa membuka bicara.
"Err Eris?" Mata Alisa masih terpaku kepada kuda hitam itu. Namun mulutnya terketar-ketar ingin menanyakan sesuatu kepada Erisa.
YOU ARE READING
Lari
Horror✅ Best Achievement [#2 In Horror] [#1 In Zombi] ✅ Novaestar Best Horror Winner 2017 Sebuah kisah mengenai peperangan zombi yang diselitkan dengan kisah cinta yang tragis dan gampang. A/N : Author dia dah lupa macam mana nak sambung cerita. Tolong d...