Bab 18

5.7K 356 119
                                    

MATANYA ralit memerhati kepulan-kepulan awan di langit biru itu. Hari-harinya semakin sunyi tanpa Erisa. Sikunya diletakkan di atas palang besi di balkoni. Angin yang menerpa tubuhnya seakan-akan memahami perasaannya tatkala itu. Di balkoni itulah mereka sering meluangkan masa bersama. Bergurau-senda, berbual mesra. Namun dirasakan harinya berlalu tanpa secebis kegembiraan. Alisa memejam matanya seketika, cuba menahan gelora di dalam hati.

"Bangunlah Eris, lama sangat kau tidur," Alisa mengeluh.

Dalam pada itu, ketukan di pintu bilik mematikan lamunannya. Pantas sahaja kepalanya ditoleh kebelakang. Terpacul kepala Celine di sebalik pintu.

"Itu Erisa ah..Dia-" Kata-kata Celine tidak sempat dihabiskan. Meluru sahaja Alisa keluar dari bilik.

Alisa pantas berlari menuruni tangga. Tidak dihiraukan manusia yang dilanggarnya. Ditepis segala tangan yang ingin mencapainya. Penghuni Army juga amat pelik dengan kelakuan Alisa. Namun langkah kakinya terus berlari mengharungi segala ragam manusia di dalam rumah itu. Tidak dijeling sedikit pun riak wajah pelik yang merenungnya. Kakinya laju sahaja berlari menapak ke arah makmal. Dimana Erisa ditempatkan. Jantungnya berdegup kencang menahan debaran di dada. Ditolak pintu makmal dengan kuat sehingga dirinya terlonjak sama.

Dr.Rozie dan Dr. Syami menahan Alisa dari memasuki ruang wad kecemasan. Namun dirinya meronta-ronta ingin memasuki wad itu.

"Erisa!! Kenapa dengan dia!! Dia dah sedar kan?Jawab lah!" Jerit Alisa sambil merenung kedua-dua doktor itu.

Kehadiran seseorang turut mengejutkan Dr. Rozie. Pantas lelaki tua itu menghampiri mereka.

"Kenapa ni?" Ujar Sir Remy.

"Saya pun tak tahu Sir, tiba-tiba dia-"

"Hey! Celine bagitahu saya tentang Erisa. Dia dah bangun kan?" Soal Alisa sekali lagi.

Dr.Syami hanya meraup mukanya dan menggelengkan kepala dengan perlahan. "No, not yet,"

Alisa terpana. Lemah seketika lututnya. "Tapi Celine.."

Sir Remy memberi arahan supaya melepaskan gadis itu. Tubuh Alisa terjatuh akibat dirinya dilepaskan secara tiba-tiba. Kakinya turut lemah. Air-matanya berjuraian di pipi mulusnya itu.

Alisa mengangkat wajahnya. Ditenung sepuas-puas pintu wad itu. Terketar-ketar kakinya ingin bangkit untuk menuju ke wad Erisa. Jantungnya yang berdetak laju tidak diendahkan. Digenggam bajunya di bahagian dada dan diteruskan langkahnya.

Mulutnya terbuka membiarkan nafasnya keluar masuk dari mulut itu. Naik semput dia menahan sesak di dada. Dia memejam mata dan menarik nafas panjang. Alisa memasuki wad itu dengan kepalanya ditundukkan.

Apabila kepalanya mendongak melihat keadaan Erisa, dirinya kaku. Keadaan gadis itu masih sama seperti waktu sebelum-sebelumnya. Kejadian tempoh hari masih bermain di benak fikirannya. Sewaktu dia mendapat tahu Erisa tidak sedarkan diri, laju sahaja dia menerpa ke arah makmal. Namun apa yang dilihatnya hanyalah seorang gadis yang terlantar kelesuan. Tiada reaksi, tiada senyuman. Hanya kesejukan tangannya dapat dirasai.

Sama seperti kini, Masih terlantar lagi di atas katil dengan keadaan yang teruk. Bibirnya masih menunjukkan kesan lebam dan mata kiri Erisa agak bengkak dengan kesan warna kebiruan di sekeliling kelopak matanya. Kepalanya dibaluti dengan kain putih. Banyak wayar-wayar yang berselirat di tangan dan tubuh Erisa.

LariWhere stories live. Discover now