KAKINYA menuju ke bilik latihan. Di setiap langkah, ada sahaja pelajar-pelajar yang menoleh ke arahnya. Dia mengeluarkan gula-gula getah dan membuka plastik gula-gula itu dengan rakus. Tiba-tiba dia menghentikan langkahnya. Pelajar-pelajar yang memerhatinya seketika tadi pantas menoleh ke arah lain. Berpura-pura tidak menyedari keberadaannya.
Erisa memandang sekeliling sebelum matanya dipakukan kepada seorang pelajar yang kelam-kabut memasukkan buku-bukunya ke dalam loker. Tiba-tiba sahaja senyuman terukir di wajahnya.
"Oi, kau. Ha kau, yang baju putih, ha ye kau, sini jap," Dia menggamit pelajar itu. Perlahan-lahan pelajar itu menapak ke arahnya. Erisa meletakkan sampah gula-gula getah ke dalam genggaman pelajar tersebut.
"Buangkan," Erisa menepuk perlahan pipi pelajar itu dan meneruskan langkahnya dengan selamba.
Dia berhenti di hadapan pintu bilik. Tombol pintu dipulas dengan segera dan ditolaknya pintu itu kehadapan. Ditekannya suis lampu membuatkan bilik latihan itu terang. Erisa menaris nafas panjang. Gula-gula getah di dalam mulutnya hampir memasuki anak tekak. Lantas Erisa terbatuk kecil.
Begnya diletakkan di atas bangku. Kemudian pintu itu dikunci dari dalam. Erisa mengikat rambutnya menjadi sanggul agar tidak menganggu latihannya nanti. Bajunya dibuka dan dicampak ke atas beg. Erisa membiarkan singlet hitam tersarung di tubuhnya.
Dia mengambil sepasang sarung tangan tinju dan disarung ke tangan. Punch bag di hadapannya ditenung lama. Dibayangkan alat itu sebagai wajah seorang lelaki yang dibenci olehnya dari dulu. Erisa mengetap bibirnya erat. Rahang gadis itu bergerak-gerak menahan amarah.
Tumbukan dilepaskan.
Erisa memejam matanya. Tumbukan kali kedua mengingatkannya tentang memori dua tahun lepas sewaktu dia masih di tingkatan empat.

2 Tahun Lalu,"Eris!" Jerit Alisa mematikan perbuatan Erisa yang leka mencabut bulu hidungnya.
Pintu bilik dikuak dari luar. Alisa segera memeluk kembarnya. "Tengok ni! Tengok ni! Shah bagi aku patung ni! Comel kan?" Patung arnab bersaiz sederhana ditayang di hadapan Erisa. Dia tersenyum.
"Hmmm.." Erisa kembali melihat cermin muka di tangannya.
Alisa tergelak kecil. "Terima kasih sebab terima dia,"
"Bila masa aku kata aku terima dia?" Erisa menjongket keningnya.
"Erisa!!!!" Sudahnya, mereka berdua tergelak bersama-sama.
Setelah sebulan Alisa menjalinkan hubungan dengan Shah. Erisa kini semakin menerima kehadiran lelaki itu di sisi kembarnya. Sering juga dia terserempak dengan Shah. Lelaki itu juga turut menegurnya dan Erisa hanya membalas dengan senyuman kecil. Tidak mahu berlebih-lebih senyum kerana Erisa masih ragu-ragu dengan lelaki itu.
"Eris, aku nak pergi tandas sekejap. Kau pergi lah cafe dulu. Nanti aku pergi sana. Aku tak tahan ni, perut aku dah bergegar tahap gempa bumi ni," Alisa menepuk bahu Erisa lalu berlari menuju ke tandas.
Sedang Erisa menapak ke arah cafe, dia terdengar akan desah-desah kecil di sebuah kelas yang kosong. Disebabkan perasaan ingin tahunya menebal, Erisa segera mengintai ke dalam kelas tersebut. Pintu bilik kelas yang terbuka sedikit memudahkan kerjanya.
YOU ARE READING
Lari
Horror✅ Best Achievement [#2 In Horror] [#1 In Zombi] ✅ Novaestar Best Horror Winner 2017 Sebuah kisah mengenai peperangan zombi yang diselitkan dengan kisah cinta yang tragis dan gampang. A/N : Author dia dah lupa macam mana nak sambung cerita. Tolong d...