BISIKAN demi bisikan, rata-ratanya semakin rancak berbual tentang kejadian yang berlaku di hadapan mata. Di sepanjang koridor, penuh pelajar-pelajar yang galak meninjau ke bawah untuk melihat suasana gempar di sekitar halaman sekolah.
Sepasukan pihak polis dan para saintis yang berseragam lengkap sedang memasang sebuah khemah putih yang agak besar di halaman sekolah. Terdapat unit lain mengangkat alatan-alatan dari kenderaan mereka lalu membawa masuk ke dalam khemah tersebut. Tampak seperti mereka memakai pakaian yang menutupi seluruh tubuh dan wajahnya. Hanya mata sahaja yang kelihatan.
Keadaan ini mengakibatkan kesemua pelajar SMT Roshelle tertanya-tanya. Para guru bereaksi tenang kerana mereka tahu bahawa situasi ini bakal terjadi. Masing-masing sibuk berchatting dalam group WhatsApp guru-guru SMT Roshelle. Ada juga yang sedang menangkap gambar dan mempostkan gambar itu di laman media sosial mereka.
Alisa mengeluh ketakutan, merangka idea untuk melarikan diri dari situasi tersebut sedang Erisa berdiam diri di satu sudut. Bunyi mikrofon yang berdesing kuat menghentikan segala lamunan dan fikiran mereka.
"Perhatian semua, sila bertenang," Suara seorang lelaki bergema di kawasan sekolah membuatkan semua pelajar menumpukan perhatian kepadanya.
"Kami dari unit rawatan kesihatan ingin menjalankan ujian terhadap anda semua bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Jadi saya mohon anda beri kerjasama yang cukup baik. Tiada siapa dibenarkan keluar atau masuk. Jika anda didapati cuba melarikan diri, anda akan diberi hukuman. Baiklah para pelajar semua, saya minta anda turun ke bawah dengan segera dan teratur," Setelah lelaki tadi selesai berkata, pelajar-pelajar bergegas turun ke khemah dengan senyap dan berhati-hati.
Tangan yang dipaut erat terlerai. Alisa berpecah dengan Erisa akibat kesesakan yang diharungi. Mereka cuba mencari antara satu sama lain namun tidak berjaya kerana mereka masih tenggelam dengan tsunami pelajar SMT Roshelle. Mereka terus mendiamkan diri sehingga sampai di tapak perhimpunan.
"Guru dan pekerja awam, sila tunggu di barisan kelas," Beberapa orang petugas membawa peralatan mereka menaiki ke kelas atas.
Polis lelaki yang berada di pentas tadi menyuruh pelajar-pelajar berpecah menjadi dua bahagian iaitu lelaki dan perempuan. Pelajar lelaki terlebih dahulu dibawa ke dalam khemah. Mereka diberikan suatu tanda nama untuk mengenal pasti nombor giliran mereka.
Apabila sampai giliran pelajar perempuan, Alisa mula berasa takut dan gerun tentang apa yang akan dihadapinya. Dia mengelap peluh yang mula terhasil di dahi dengan lengan bajunya. Dia memerhati barisan yang panjang di hadapan.
Erisa turut memerhati sekililing, apabila dia mendapati tiada sesiapa yang memandangnya, Erisa mencuit pelajar di hadapannya. Dia mengarah pelajar itu untuk bertukar tempat dengannya.
Alisa mengigit kukunya, debaran di dada tidak dapat dibendung. Tiba-tiba bahunya dicuit. Dengan segera Alisa menoleh ke belakang. Baru sahaja dia ingin berteriak, Erisa menyuruh Alisa diam.
"Mana kau pergi dari tadi" Bisik Alisa.
"Aku? Oh aku ada ni ha goreng ayam tadi," Erisa memutarkan matanya. Gula-gula getahnya diludah ke tanah.
Setelah beberapa minit, hanya dua orang sahaja yang berada di hadapan Alisa sebelum dia memasuki khemah besar itu. Apabila tiba gilirannya, dia diminta memberi nama dan umur kemudian dia dipakaikan satu tag nama di pergelangan tangannya yang bertulis 'Z;P211'. Alisa hanya mengerutkan dahinya dan membiarkan sahaja tag nama itu di tangannya.
YOU ARE READING
Lari
Horror✅ Best Achievement [#2 In Horror] [#1 In Zombi] ✅ Novaestar Best Horror Winner 2017 Sebuah kisah mengenai peperangan zombi yang diselitkan dengan kisah cinta yang tragis dan gampang. A/N : Author dia dah lupa macam mana nak sambung cerita. Tolong d...