TAMPARAN yang keras membuatkan matanya sedikit berair. "Hoi kau kenapa termenung," Tegur Erisa.
Alisa terkebil-kebil memandang situasi di hadapannya. Tiada pula senapang di tangan Sir Remy. Dia mengusap pehanya perlahan. Terasa bahang setelah ditampar oleh Erisa.
"Terbayang rupanya," Alisa menggeleng kepala.
"Eh orang baru yaa?" Seorang wanita yang agak berusia menegur mereka. Dia kemudian menapak ke arah Sir Remy dan memaut tangan lelaki itu.
"Ha dia lah isteri saya Maria, yang saya cerita tadi. Mar, ini budak-budak baru yang saya jumpa masa lalu depan sekolah besar tu. Abang nak pergi kemas alatan dengan Hadi, Mar tolong bawa mereka ke bilik boleh?" Sir Remy kemudian mengusap lembut bahu Puan Maria dan keluar dari rumah agam itu.
"Mari nak, saya tunjukkan bilik kamu semua. Jangan segan-segan, inilah rumah baru kamu," Puan Maria tersenyum manis lalu menggamit mereka supaya mengikutinya.
Lantai jubin itu membuatkan derapan kaki mereka berbunyi-bunyi. Kawasan di sekelilingnya dihiasi dengan pasu-pasu bunga yang agak moden. Rumah itu agak sunyi.
"Emm, makc—ehh Puan? Mana pergi orang lain dalam rumah ni?" Tergagap-gagap Rania bertanya kepada Puan Maria.
"Awak semua boleh panggil saya umi aje, saya tak kisah. Ahli dalam rumah ni ada latihan, mereka akan berkumpul semula petang nanti, " Rania mengangguk seraya tersengih malu.
Puan Maria membawa mereka di ruang tamu kedua. Perabot-perabot yang berwarna merah kelihatan moden apabila dipadankan dengan dinding dan lantai yang berwarna coklat cair.
Seterusnya dia membawa mereka ke ruang dapur yang tersangat luas dan canggih. Pelbagai kelengkapan memasak tersusun rapi di atas kabinet. Kelihatan beberapa orang tukang masak sedang bertungkus lumus melakukan kerja mereka.
"Izah? Mari sini, saya nak kenalkan kamu dekat mereka," Puan Maria menggamit ke arah seorang wanita yang berpakaian chef serba putih.
"Ya umi? Budak baru lagi ke?" Wanita itu kini bersalaman dengan mereka.
"Hai, saya Izah. Selamat berkenalan," Mereka semua mengenalkan diri antara satu sama lain sebelum satu suara mencelah.
"Saya pulak Fendi, suami tersayang Izah. Selamat berkenalan wahai adik-adik," Seorang lelaki yang agak tinggi merangkul pinggang Izah dari belakang. Puan Maria menggeleng kepala melihat aksi spontan dari tukang-tukang masak kesayangannya.
Puan Maria kemudian membawa mereka ke tingkat atas. Tidak boleh dibiarkan mereka melihat adegan yang tidak sepatutnya di hadapan mereka.
"Tingkat dua ini menempatkan kawasan bagi ahli Army untuk beristirehat atau melakukan aktiviti di dalam rumah," Puan Maria menunjukkan dimana sebuah televisyen yang bersaiz besar serta alat permainan video diletakkan.
"Dekat sini pun ada bilik spa tau. Tu hujung sana," Sebuah bilik yang berada di tepi sudut menempatkan di mana bilik spa itu berada.
"Kalau nak tengok wayang pun boleh sebab kita ada sediakan bilik wayang," Puan Maria menggamit mereka memasuki sebuah bilik yang serupa seperti panggung wayang yang selalu mereka pergi sewaktu mereka melepak.
Kawasan di tingkat dua amat luas. Pemandangan di luar dapat dilihat dengan jelas kerana sebahagian dindingnya adalah kaca.
YOU ARE READING
Lari
Horror✅ Best Achievement [#2 In Horror] [#1 In Zombi] ✅ Novaestar Best Horror Winner 2017 Sebuah kisah mengenai peperangan zombi yang diselitkan dengan kisah cinta yang tragis dan gampang. A/N : Author dia dah lupa macam mana nak sambung cerita. Tolong d...