Bab 10

2.4K 236 82
                                    

ERISA terpaku di hadapan pagar. Pada mulanya agak terkejut juga melihat beberapa manusia terpacak betul-betul di sebalik pagar sekolahnya. Di tangan mereka lengkap dengan senjata api yang tampak menggerunkan.

'Dia orang ni kumpulan gengster ke? Nak bertempur dengan siapa bawa senapang macam tu. Apa dia fikir dia tu hebat sangat nak buat muka belut' Bisik hati Erisa.

Ternyata mereka terdiri dari tiga orang remaja dan seorang lelaki yang agak tua. Wajah lelaki tua itu agak menakutkan. Kesan calar di pipinya membuatkan dia kelihatan seperti seorang ketua samseng.

"Kamu seorang diri sahaja ke?" Lelaki tua itu bertanya membuatkan Erisa mengganguk kemudian menggeleng.

Mungkin terlalu runsing sehingga tidak tahu perbezaan antara angguk dan geleng.

"Ada lagi dua orang dekat kereta. Uh you guys bukan datang nak bergaduh kan?" Kata-kata Erisa membuatkan seorang gadis tergelak kecil.

"Kami bukan musuh. Jangan risau, kami datang untuk selamatkan kamu. Saya akan bawa kamu ke tempat yang lebih selamat," Erisa hanya termenung.

"Macam mana tahu ada orang dekat sekolah?" Tanya Erisa

"Nanti saya cerita," Jawab lelaki tua itu.

"Er, boleh percaya ke dengan orang asing yang nama pun saya tak tahu ni?" Soalannya sekaligus menyentakkan lelaki tua itu.

"Sir Remy,dan kamu boleh percaya saya," Erisa mencemikkan bibirnya dan mengangguk-angguk.

"Eris?" Celah Alisa yang muncul secara tiba-tiba.

"Eh? Bukan aku suruh kau tunggu dekat kereta ke?" Tanya Erisa.

"Kau lama sangat, mana budak lain?" Rania bertanya.

Erisa hanya mengangkat bahu. "Uh ni ada pendatang," Bisik Erisa mengalihkan matanya kepada kumpulan itu.

Sir Remy menggamit ahli-ahlinya untuk merapati mereka.

"Saya Sir Remy, yang ini Hadi, penolong saya dan ini ahli baru saya minggu lepas, Ayu dan yang ini pula Daniel, adik saya," Sir Remy memperkenalkan gerangan yang berdiri terpaku di tepi van dari tadi.

"Saya Alisa,"

"Dan saya Rania,"

"Eris,"

"So you guys ni apa? Askar? Polis? Gengster?" Pertanyaan Rania membuatkan Hadi tersengih di sebelah Sir Remy.

"Bukan, kami dari kumpulan 'Army'. Mungkin kamu tak pernah dengar sebab kumpulan kami memang berada di kawasan terpencil," Sir Remy melihat jam di tangannya.

"Lagipun kita orang memang cari sesiapa yang masih selamat. Masa nak pergi bandar ternampak pula pagar sekolah ni macam bergerak-gerak ingatkan apa, rupanya ada lagi orang masih selamat dekat sekolah besar ni," Daniel berkata sambil tersenyum kecil.

"Oh, if bukan askar atau anggota penyelamat, kau orang dari pasukan pemberontak eh?" Mereka menggeleng kepala dengan laju.

"Apa kata kalau saya terangkan kemudian. Mari, saya bawa ke tempat yang lebih selamat, bahaya dedahkan diri dekat sini. Kita tak boleh jangka apa yang bakal berlaku," Kata-kata Sir Remy membuatkan Alisa menggaru kepala. Dia memandang Erisa di sebelahnya.

LariWhere stories live. Discover now