DIA membuka kelopak matanya dengan drastik. Dirinya kalut untuk bangun dari pembaringannya. Tangannya terketar-ketar untuk mengimbangi dirinya yang tercungap-cungap mengatur pernafasannya. Rambut yang menutupi matanya diraup dengan kasar. Tangan seseorang menyentuh bahunya perlahan.
"Eris, kau okay?" Sofea memandangnya dengan riak wajah risau. Tampak jelas wajahnya yang sedikit berkerut.
"Al mana?" Tanya Erisa, tidak mengendahkan pertanyaan Sofea sebentar tadi. Matanya memerhati seisi dewan, semua pelajar memandangnya pelik dan mula berbisik. Erisa bangkit dari duduknya dan menjerit lantang ke arah mereka.
"Alisa mana!" Matanya membesar, masih mencari kelibat Alisa di dalam dewan itu. Para pelajar mula gerun dengan keadaan Erisa.
"Dia pergi ujian tu..Kak Eris emm ingat tak?" Ujar Rania yang bingkas berdiri di sebelah Erisa cuba menenangkan diri gadis itu.
Erisa memicit tengkuknya perlahan. Terasa tegang urat-urat di pangkal lehernya. Wajah Erisa berubah suram apabila teringat akan kejadian dimana Alisa ditarik oleh beberapa orang pengawal.
Matanya perlahan-lahan menuju ke anak mata Sofea dan Rania. Memahami akan perasaan yang dialami oleh Erisa, mereka segera menarik Erisa ke dalam dakapan. Belakang gadis itu diusap perlahan. "Dia okay, kau jangan risau," Kata Sofea. Rania turut mengangguk dan mengusap bahu Erisa.
"No..." Erisa mengeluh.
"Dia budak genius, orang percaya dia boleh jaga diri," Ujar Rania.
"Kau silap lah weh," Erisa menguraikan pelukan itu. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang ekspresi langsung. Hanya mendiamkan diri selama beberapa saat kemudian kembali duduk di lantai. Kakinya terjulur ke hadapan.
"Kau silap. Kau tak kenal dia macam mana. Dia tu, mudah panik, mudah gelabah," Erisa mengeluh. Rambutnya dikuak kebelakang. Juntaian anak-anak rambut menutupi keningnya.
"Eris, dia dah besar. Pandailah dia jaga diri," Sofea menepuk bahu Erisa perlahan. Erisa menggeleng kepalanya lalu membenamkan wajahnya di telapak tangan yang terbuka luas.
Apabila dia mengangkat wajahnya, mata Erisa kelihatan merah. Seakan mahu menangis.
"She must be your first person in your heart, right?" Adu Rania.
"Second," Erisa menjawab ringkas. Sofea dan Rania menjongket kening mereka. "Oh, parents?"
Erisa membuat ekspresi muka meluat. Dia mengeluarkan rantai locket yang tersembunyi di sebalik kolar bajunya. Dia membuka rantai itu dan membuka locket yang berisi gambar seorang lelaki.
"Izhar, arwah abang" Erisa mengalihkan pandangannya ke arah Rania dan Sofea. Jelas terpancar raut simpati di wajah mereka. Dia memakai semula rantainya dan tersenyum kecil.
"Dulu bertiga, mana-mana aku dengan Al pergi, dia selalu ada, selalu jaga kita orang itu ini. Tak pernah sekalipun dia tinggalkan kita orang, always,always there.."
Erisa tersenyum sinis pula, mengingatkan kejadian silam "Even papa dengan mama pun tak pernah ambil tahu pasal kita orang. Dia orang tu tahu nak kerja, kerja, kerja. Sampai Izhar dah mati pun masih kerja macam orang gila,"
"Eris.." Rania dan Sofea merangkul bahu Erisa. Diusap perlahan bahu gadis itu. Mereka cuma mampu memberi sokongan, tidak mampu untuk membuat apa-apa lagi.
YOU ARE READING
Lari
Horror✅ Best Achievement [#2 In Horror] [#1 In Zombi] ✅ Novaestar Best Horror Winner 2017 Sebuah kisah mengenai peperangan zombi yang diselitkan dengan kisah cinta yang tragis dan gampang. A/N : Author dia dah lupa macam mana nak sambung cerita. Tolong d...