Bab 6

2.7K 293 26
                                    

•••

DALAM keadaan gelap itu, Alisa merasakan sesuatu meleset di kakinya. Bibirnya sudah mula bergerak-gerak ingin menjerit, akan tetapi tangan Erisa lekas menutup mulutnya. Menghalang gadis itu dari melepaskan teriakan histerianya.

"It is just a cat, okay? " Erisa berkata sambil melepaskan tangannya dari mulut Alisa. Berkerut dahinya memerhati riak balas Alisa.

"I thought it was that monster," Alisa berkata dengan nada yang agak cemas.

Erisa menggeleng perlahan lantas menuding jari ke arah seekor kucing yang berwarna putih, bertompok keperang-perangan. Berbulu agak lebat dan berkaki pendek. Persis kucing Munchkin.

"Eh kucing siapa ni? Mana kau jumpa?" Alisa berdehem kecil.

"Pengetua punya aku rasa. Aku jumpa depan perpustakaan," Erisa menjawab lantas memetik suis lampu yang berhampiran dengannya. Kemudian dia beransur ke penjuru rak buku untuk mengambil sebuah beg.

Erisa memerhati tiga orang pelajar yang berada di situ. Rania telah beredar untuk membersihkan dirinya.

Erisa meletakkan beg yang kelihatan besar di hadapan mereka. Dia menyuakan beberapa paket biskut dan enam bungkus roti. Kemudian dia meletakkan beberapa botol air mineral di hadapan mereka berempat.

"Sorry, that's all i have," Erisa berpeluk tubuh sambil kakinya bermain dengan kucing yang dijumpainya.

"Jiwa brutal tapi suka kucing, haha," Sindir Alisa. Namun Erisa hanya mendiamkan diri. Kucing adalah sejenis haiwan yang patut disayangi. Sudah semestinya dia menyukai haiwan berbulu itu. Diikutkan hati mahu membela seekor serigala namun dia khuatir jika serigala itu kelak membahamnya di kemudian hari.

Setelah Arisa menjamah bekalan makanannya, dia berehat seketika di ruang hadapan. Namun fikirannya masih lagi tertanya-tanya tentang perkara yang berlaku sewaktu ketiadaannya. Dia merapatkan diri ke arah Erisa yang sedang merehatkan diri di sofa.

"Sebelum ni kan, apa yang dah jadi dengan sekolah? Termasuk Pia. And benda bangang-bangang yang kejar kita tadi tu apa?" Sejurus bertanya, Alisa terus menongkat dagunya dengan kedua-dua belah tangan.

Erisa menarik nafas yang panjang. "Kau serius ni nak tahu?"

Alisa mengangguk laju. Erisa menutup mata seolah-seolah ingin mengimbas kembali perkara yang telah dilaluinya selama seminggu lebih.

"Hmm, cerita dia start macam ni.."

9 Hari Yang Lalu,

"Eris, bangunlah. Aku rasa tak sedap hati ni, macam ada benda tak kena," Sofea berkata sambil tangannya memaut lengan Erisa.

"Hmmm.."

Sofea menepuk bahu Erisa dengan kuat mengakibatkan gadis itu tersentak bangun. Terpisat-pisat Erisa memandang Sofea.

"Ha apanya?" Erisa menguap sambil menggaru kepalanya.

"Aku rasa macam ada benda tak kena. Aku takut lah," Adu Sofea. Erisa memerhati sekeliling dewan. Para pelajar yang lain semuanya sedang lena dibuai mimpi. Bunyi cengkerik bersiung membingitkan telinganya.

LariWhere stories live. Discover now