PIPI Alisa semakin tegang. Sedaya upaya dia menahan gelak, "Uh serius?" Ujarnya sambil mengetap bibirnya.
"Ye ah, nasib baik Rania tolong buka pintu. Terus aku angkut kucing ni, bedebah punya budak," Jelas Erisa.
"Nasib baik kau okay," Erisa memandang Alisa yang menundukkan wajahnya.
"Lah kau ni asal?" Erisa menendang peha kembarnya. Terdorong kebelakang gadis itu. Pehanya diusap perlahan sambil menghembus nafas yang agak berat.
"Pia..." Alisa menyembamkan wajahnya di sofa. Erisa mati kata, tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Lantas dia mengambil keputusan untuk membiarkan gadis itu. Pujuk memujuk bukan kemahirannya. Dia bukan berjiwa sentimental. Hatinya keras, sukar dilenturkan.
Erisa bangun untuk mengambil beg yang berada di atas lantai lalu dia menepuk bahu Alisa perlahan, "Kau rehat lah dulu eh. Aku nak keluar sekejap,"
Tiada jawapan, hanya esakan. Erisa mengeluh sambil menggeleng kepalanya. Dia menapak ke arah pintu dan meninggalkan kembarnya bersendirian. Dia tahu gadis itu perlukan masa. Baginya, Sofea merupakan sahabat baik Alisa. Yang sentiasa pergi ke kelas bersamanya. Dapat dirasakan kesedihan yang tiba-tiba bertandang di hati. Laju sahaja ditepis.
Erisa meneruskan perjalanannya di sekitar blok A, berdekatan dengan dewan makan. Sedang Erisa membuka ikatan rambutnya, dia ditegur dari belakang.
"Eris," Alisa menepuk belakang Erisa dengan kasar. Getah di tangan Erisa terlepas. Naik pucat wajahnya seketika.
Erisa hanya berkerut memandang gadis itu sambil berdehem kecil "Kau buat apa kat sini? Bukan kau melalak ke tadi? Kepala pusat dia, aku fikir kau zombi tadi pergh bergetar jiwa," Bentak Erisa sambil membongkok untuk mengutip getahnya.
"Nak ikut," Balas Alisa sambil bermain dengan jari jemarinya. Erisa meneruskan langkahnya tanpa mengendahkan Alisa.
"Erisa!" Gadis itu mengeluh. Terpaksalah dia membiarkan gadis itu mengekorinya. Walaupun dalam hati agak sedikit geram kerana Alisa menjerkahnya begitu sahaja.
Mereka berjalan menuju ke arah dewan makan yang sunyi. Erisa menyelongkar peti sejuk untuk mencari makanan manakala Alisa hanya mengambil beberapa botol air mineral di dalam kotak.
"Weh, aku nak naik kelas lah. Nak ambil beg aku. Senang nak bawa nanti," Erisa mengangguk mendengar butir kata Alisa lalu mereka pun beredar dari dewan makan membawa makanan dan minuman itu.
Sedang mereka menaiki tangga, kedengaran bunyi kaca tingkap pecah di tingkat atas. Kaki Alisa terhenti dari meneruskan langkahnya. Dia memandang Erisa dengan cemas. Erisa cuba menenangkan Alisa apabila dia melihat wajah cemas gadis itu. Dia menyuruh Alisa mengikut pergerakannya. Namun dihalang kerana takut perkara buruk akan berlaku.
"Kau nak buat apa ni? Jomlah cari jalan lain, bahaya lah," Erisa mengisyaratkan supaya Alisa diam dengan meletakkan jari di mulutnya. Perlahan-lahan mereka menaiki tangga ke tingkat atas.
Apabila sampai, tiada pula kelibat atau bayang-bayang seseorang. Erisa mencebir lalu berkata,"Mana ad—"
"Eris!!" Alisa menjerit apabila melihat zombi yang berpakaian comot dengan mulutnya yang berdarah-darah meluru ke arah Erisa.
Dengan pantas Erisa mencampak makanan yang dipegangnya lalu menolak tangan zombi tadi yang cuba menerkamnya. Pergelutan antara Erisa dan zombi itu membuatkan Erisa terjatuh dan zombi itu berada di atasnya. Alisa mula memikirkan idea sementara Erisa melengahkan masa. Dia ternampak penutup tong sampah yang berada di tepi sudut balkoni, lalu dicapainya dan dihayunkan ke kepala zombi itu.
Hentakan yang agak kuat itu mengakibatkan zombi itu terpelanting dari tubuh Erisa. Dengan segera Erisa bangun dan mengambil penutup tong sampah itu dari Alisa lalu menghayunkannya sekali lagi ke arah zombi itu. Tetapi walaupun kepala zombi itu telah dihentak dengan teruk, ianya tidak memberi apa-apa kesan.
YOU ARE READING
Lari
Horror✅ Best Achievement [#2 In Horror] [#1 In Zombi] ✅ Novaestar Best Horror Winner 2017 Sebuah kisah mengenai peperangan zombi yang diselitkan dengan kisah cinta yang tragis dan gampang. A/N : Author dia dah lupa macam mana nak sambung cerita. Tolong d...