Bab 9

2.3K 283 28
                                    

ALISA tersedar apabila keadaan mula menginjak pagi. Tubuhnya yang kekejangan akibat tertidur di tepi jendela diurut perlahan.

Alisa menapak keluar dari bilik itu. Sewaktu dia mahu menuruni tangga, dia ternampak sekujur tubuh terbaring di lantai. Dengan segera Alisa turun ke bawah.

"Ris? Eris? Erisa! Eris!!" Alisa menggoncang tubuh Erisa dengan kasar namun tiada reaksi.

Baru sahaja dia ingin merasa denyutan nadi Erisa, gadis itu menepis tangannya kasar.

"Hmm," Erisa menggeliat kecil. Terkebil-kebil matanya memerhati Alisa yang sedang panik. Serta merta Erisa bangun dari pembaringannya.

"Apa dia?" Erisa menjeling Alisa dengan tajam.

"Kau buat apa tidur atas lantai ni," Alisa bertanya sambil mengerutkan dahinya.

"Oh aku suka lantai," Balas Erisa sambil mengusap lantai itu.

"Ris, jangan jadi bodoh," Alisa memandang sinis ke arah Erisa yang tergelak.

"Entahlah, aku tidur berjalan agaknya," Erisa cuba memikirkan apa yang terjadi namun dia tidak mengingati apa-apa.

"Oh," Alisa menapak ke bilik air.

Erisa memegang kepalanya yang berdenyut secara tiba-tiba. "What is it actually.."

Telapak tangannya ditenung lama.

'Heartless'

Mata Erisa berkelip, ternyata memori semalam kembali ke ingatannya. Erisa tergelak sinis. "Ah right. Entah macam mana aku boleh jatuh tiba-tiba,"

Erisa berdiri dan berjalan terhuyung-hayang ke sofa. Dia melontarkan tubuhnya kasar. Tidak tahan akan kepalanya yang berdenyut-denyut.

"Aih, sekejap je ni," Erisa memejamkan matanya semula menyambung lena. Tanpa pengetahuan Erisa, terdapat sesuatu yang buruk telah berlaku kepada dirinya.

HARI berganti hari, masa semakin suntuk. Mereka menghabiskan masa dengan perancangan yang masih belum selesai. "Habis tu macam mana? Kau dah fikir jalan keluar yang kita kena cari?" Rania merenung wajah Alisa menantikan jawapan dari gadis itu namun Alisa hanya leka memerhati kertas yang bertaburan di atas meja.

"Alisa, aku tanya ni!" Terkejut Alisa apabila disergah oleh Rania. Dia hanya meraup wajahnya dan memandang Rania dengan riak wajah bosan.

"Entahlah, kau tahu kan semua sudut sekolah ni ada pagar yang kepung kawasan sekolah. Bukan setakat ada besi tajam-tajam, dahla pagar tu ada kuasa elektrik. Sekali je kita sentuh, boleh hangus tahu!" Alisa mengeluh setelah Rania mendiamkan diri.

Hampir seminggu mereka mencari jalan keluar, kadang-kadang kaki mereka lenguh berjalan dan berlari dari zombi-zombi yang mengejar mereka.

"Kak Lisa, dia kenapa?" Tanya seorang pelajar sambil menunjuk ke arah Erisa yang leka bermain kucingnya.

"Dia tu memang, tak suka bergaul," Alisa menggeleng kepalanya.

"Hoi Eris, tolong lah sikit ni ha," Jerit Rania.

Erisa melepaskan kucingnya dan bergerak ke arah mereka yang sedang berkumpul.

LariWhere stories live. Discover now