2

1.8K 37 1
                                    

@jamieahmadkamal: Done it! Ran my first 5k

Tipu je tu. Larian aku yang pertama adalah sejauh, er ataupun sedekat 500 meter. 500 meter rasanya, aku agak je. Takde pula beriya aku kira jaraknya secara tepat. Dari depan rumah aku hingga ke padang. Adalah dalam 10 tiang. Aku definisikan lari sebagai meletakkan satu kaki ke depan kaki sebelah lagi secara berulang-ulang dan berterusan dengan kadar yang agak laju daripada biasa. Bukan berjalan. Kalau setakat berjalan aku boleh lepas sampai kedai depan sana (700 meter). Selepas beberapa minit berlari, terus aku tercungap-cungap dan duduk di atas jalan tar.

Dengan nafas yang masih laju, aku beralih duduk di tepi jalan. Risau juga kalau dilanggar lori dan tampil di muka hadapan akhbar esok. Sampai saja tepi jalan, tanpa berlengah aku baring menghadap langit. Gaya memang macam orang penat baru pulang jual takaful. Mungkin aku lari terlalu laju. Kawan aku pernah kata, kalau mula-mula lari memang kau tak dapat nak budget pace kau macam mana. Aku terangguk-angguk mengiyakan ingatan aku pada pesanan kawan aku dalam kepala tersebut.

Aku kembali duduk dan memicit-micit kaki yang masih bersarung kasut. Aduh payah betul nak bangun. Boleh jadi aku perlukan kasut yang lebih cangggih. Itu boleh membantu larian aku, aku kira. Ah lagi, mungkin aku perlukan jam atau apa-apa alat yang boleh menentukan betapa jauhnya aku lari dengan tepat supaya aku tak perlukan tiang lagi sebagai kayu pengukur jarak larian.

Sekarang memang la 300 meter je. Nanti-nanti dah 30 kilometer? Ohoi! Aku terus tersengih-sengih membayangkan betapa powernya plan aku untuk menyiapkan diri dalam menceburi bidang larian dengan lebih serius. Lepas tu aku bangun, pergi kedai mamak dan makan roti canai sambil sambung berfikir.

XXX

Perlahan-lahan Mike menuju ke arah meja yang aku duduk sambil buat muka tak bersalah walaupun dah lewat 10 minit dari masa yang dijanjikan.

"Cilakeee lambat gila."

Padahal aku sendiri baru tiba 5 minit lepas.

"Maaf la. Jalan jammed. Kau dah habis makan sepuluh roti canai?"

"Ha ha ha ha"

"Maaf maaf, 5?" sambung Mike masih dalam mode tak bersalah walaupun mengulang-ulang perkataan maaf dari tadi. Nasib baik aku faham dengan perangainya. Kalau orang lain, aku dah duduk atas dia di situ juga.

"Apa cerita ni? Baru balik bersukan ke? Dengan kasut sukan, baju basah bagai." Mike menarik kerusi dan duduk sambil sambung bergurau. Macam gampang juga, rasa macam nak ubah fikiran.

"Aku pergi lari tadi."

"Serius?"

"Apa yang tak seriousnya, bodo?"

"Berapa jauh?" Mike terus menduga seperti seorang gampang.

"2 kilo juga rasanya. Lebih kurang la." jawab aku separa tipu. Tapi 500 meter memamg tak sampai separuh dari 2 kilometer. Tiga per empat tipu, macam tu.

"Gila babi. Kenapa tiba-tiba berlari pulak ni?" dia mengangkat tangan memanggil mamak. Walaupun perangai macam gampang, dia boleh dianggap sopan juga orangnya sebab tak panggil mamak macam panggil tikus. Aku tak gemar jenis orang sebegitu.

"Tak boleh ke? Aku nak amalkan gaya hidup sihat ni." cebisan roti canai di pinggan depan mata disuap ke mulut.

"Badan cergas, minda cerdas, inilah matlamat. Malaysia cergas!"

"Mende?"

"Lagu la."

"Aku tak tahu lagu tu."

"Macam mana nak amalkan gaya hidup sihat, lagu Malaysia Cergas pun tak tahu?"

"Mampus kau la."

"Ha marah, marah. Eh kenapa mamak ni taknak datang bila aku panggil dia?"

"Dia tak suka kau."

Mike cebik.

"Kau search apa tu kat Mudah?" tanya dia lagi sambil menunjuk ke arah phone aku. Nampak aje.

"Kasut la. Kasut ni tak power. Aku ingat ingat nak angkat kasut baru ni." Aku masih rasa itu penyebab utama larian aku tidak berapa bagus sebentar tadi. Angkat kasut ini, dan selesai satu masalah.

"Beli la baru. Baru nampak beriya sikit. Mende cari kat Mudah."

"Takde budget bro, asyik belanja kau roti canai je," aku beri alasan yang padu, mantap dan sedap.

Gambar sepasang kasut menarik perhatian aku. Warna biru-hitam. Jika dikutkan di caption di bawah gambar, baru dipakai selama 2 bulan. Saiz pula 7. Memang saiz aku. Adakah ini jodoh?

"Tengok, ok tak kasut minah ni nak jual?" skrin telefon dihulur kepada Mike yang dari tadi menyibuk mahu tengok.

"Kenapa nak beli kasut perempuan pulak ni?"

"Ah sama jelah. Kasut jugak. Boleh ni."

"Padahal kau nak jumpa minah yang jual ni, macamlah aku tak tau."

"Heh," aku mendengus membidas kenyataan tu, bukannya ada gambar minah tu pun di situ untuk aku jadikan alasan untuk berjumpa saja-saja.

"Shah Alam. Dekat juga. Bila nak jumpa?" tanya Mike tersengih-sengih.

"Esok."

JogWhere stories live. Discover now