16

690 25 2
                                    

Sabtu, 21 Mac. Race day.

Aku bangun awal pagi itu, jam 4 pagi. Flag off untuk 10K adalah pada jam 7 pagi dan ia tidak mengambil masa yang lama untuk aku ke lokasi larian tersebut. Kira-kira setengah jam. Aku cuma bangun awal kerana ia adalah larian pertama yang aku akan sertai. Jadi selain cuak tak bangun nanti, aku juga perlu sediakan masa jika berlaku apa-apa di luar jangkaan.

"Masih belum lambat kalau kau nak tarik diri," bangun-bangun je terus disapa Ariff Adly. Cis, menyesal juga bangun awal. Aku beri banyak masa kepadanya untuk meracuni fikiran aku. Kaki diturunkan dari atas katil dan sebaik sahaja ia jejak ke lantai, aku bangun dan berjalan mendapatkan tuala untuk mandi. Ariff Adly dipinggirkan.

"Jauh tu woih 10K, karang tak habis lari buat malu je," dia yang masih berbaring ketawa sambil mengusik.

Aku mengacung jari hantu kepadanya dan masuk ke dalam bilik air. Dia sambung ketawa, dah dalam bilik air pun masih boleh dengar.

Cilake betul Ariff Adly.

Aku tak pasti samada dia betul-betul fikir aku tidak akan dapat habiskan larian 10k nanti atau dia sengaja buat begitu untuk menaikkan semangat aku. Kerana bila difikirkan kembali, tanpa Ariff Adly, aku mungkin tak akan berlari bersungguh-sungguh seperti sekarang. Sebab pertama aku berlari adalah untuk melihat Ariff Adly lari bogel keliling taman perumahan dan ia masih sebab yang paling kukuh untuk terus berlari hingga ke hari ini. Dalam tak sedar, sebenarnya Ariff Adly telah sedikit sebanyak membantu aku. Heh.

Paip mandian diputar dari kanan ke kiri. Air pancuran keluar perlahan-lahan dan jatuh membasahi rambut. Aku pejam mata sambil memikirkan quotes yang power di dalam buku yang Faznur beri tempoh hari dalam usaha membakar semangat untuk berlari sebentar lagi. Deep sungguh perbuatan ini, berfikir di bawah pancuran mandi.

BAM BAM BAM "Woih, cepat la! Aku nak masuk pulak."

Ariff Adly memang cilake.

XXX

Aku yang masih bertuala tertonggeng-tonggeng memasang bib larian kepada baju yang telah disediakan oleh penganjur. Pada waktu mula-mula kit larian sampai ke dalam kotak pos, aku telah periksa segala barang di dalamnya dengan begitu bersemangat dan teruja!

A1037. Men's Open. 10K.

Nampak seperti nombor yang bakal membawa tuah. Kerana nombor 10 pada permulaan bib adalah tidak jauh dari no 9 iaitu bulan kelahiran aku, September. Dan 37 pula adalah nombor kegemaran aku sejak 2 minggu lalu. Dan A adalah huruf yang baik. Permulaan segala huruf. Aku terangguk-angguk, mereka-reka segala hal yang membawa tuah sambil memasang pin keempat dan terakhir pada bib.

Siap.

Aku membetul-betulkan baju di atas lantai sebelum gambarnya diambil menggunakan smartphone dan disemadikan dalam aplikasi Instagram dengan caption 'First of many'. 'Hopefully' aku tambah di dalam kepala.

Kasut Air Max biru-hitam Faznur diletakkan ke dalam bag. Kasut yang membawa tuah (aku masih dengan topik tuah). Sebotol air minuman kemudian ditambah. Rasanya air disediakan di larian sebegini, tapi aku pun tak berapa pasti. Bercakap mengenai Faznur, sudah agak lama juga aku tidak berjumpa dengannya. Kami cuma berborak hal biasa di whatsapp dan dia kedengaran seperti sibuk dengan kerja. Ya, dia seorang wanita berkerjaya. Dari segi fizikal, Faznur kelihatan seperti perempuan berumur awal 20 an. Jadi aku agak terkejut bila dapat tahu yang dia sebenarnya sudah berumur 30 tahun. Mungkin hal dia nampak awet muda ini ada kaitan dengan berlari. Ditambah dengan perangai dia yang agak kebudak-budakan. Tapi bila difikirkan kembali, raut wajahnya memang telah cantik dan sempurna. Aku pernah terbaca artikel sebaran netizen di Twitter yang kemuncak kecantikan seorang perempuan adalah ketika dia berumur 31 tahun. Jadi tidak aneh jika aku jatuh hati bila melihat wajahnya. Eh.

Apa pun, dia tidak mengambil bahagian dalam larian hari ini tapi aku harap juga dia akan ingat dan datang memberi semangat.

"Nak pergi dah ke?"

Ariff Adly masih di dalam tandas ketika aku mahu keluar dari rumah. Dia dengar bunyi pintu depan dibuka dan mula nak mengusik dari dalam bilik air. Namun belum sempat dia meneruskan kata-kata, aku tendang pintu bilik air hingga ia terbuka.

BRANG!

"Woi, babi kau!" jerit Ariff Adly tergopoh-gapah cuba menutup kemaluannya dengan gayung.

"Petang ni nak lari bogel kot, kau kena biasakan," aku ketawa sambil berlari keluar dari rumah menuju ke kereta.

XXX

Aku fikir akulah orang yang terawal akan tiba di lokasi flag off. Namun ternyata ia adalah silap kerana orang ramai telah berpusu-pusu ke lokasi tersebut. Mungkin ia perkara biasa untuk tiba awal bagi pelari, fikir aku. Setelah meletak kereta di tempat yang telah disediakan penganjur, aku berjalan ke kawasan padang yang aku lihat tertumpunya ramai orang kerana aku pun masih tercari-cari di mana kawasan flag off. Pelari yang hadir mengambil bahagian adalah lebih ramai dari apa yang aku ada dalam fikiran pada mulanya.

Semua pelari berbaju biru yang sama memenuhi kawasan padang sambil musik latar dimainkan sekuat-kuatnya dan aku harus akui aku sedikit jakun dengan hal ini.

Ia seperti pesta!

Seperti tak percaya mereka bangun awal sebegini hanya untuk lari. Baik la tidur je. Tiba-tiba aku teringat kepada selimut di rumah. Mengantuk juga ni. Ah! Masih ada kira-kira setengah jam sebelum larian 10K bermula jadi aku hanya berjalan melihat-lihat apa yang sedang berlaku di khemah-khemah berhampiran dan pelari-pelari lain kelihatan begitu bersemangat. Sambil berjalan berselisihan dengan mereka, aku mengangkat kening sebagai friendly gesture dan mereka cukup baik cukup membalasnya.

Terdapat beberapa khemah yang menjual pelbagai barang yang ada antaranya aku pun tak dapat agak apa kegunaannya. Mungkin aku akan singgah semula untuk melihat lebih dekat selepas habis larian kerana buat masa sekarang aku agak cemas dengan larian yang bakal dihadapi. 15 minit sebelum bermula, penganjur memanggil para pelari untuk berada di kawasan flag off. Aku berjalan mengikut mereka menuju ke kawasan yang menempatkan pintu gerbang yang tertulis Start dan Finish. Jadi kita akan bermula di sini dan berakhir di sini juga. Aku masih rasa cemas tetapi sedikit teruja. Sedikit mengantuk juga. Ia perasaan yang bercampur baur.

"Runners ready? We gonna start the run in about 5 minutes!" kata penganjur dengan mikrofon diikuti dengan laungan semangat oleh pelari yang menunggu di kawasan pintu gerbang sambil melompat-lompat. Ada yang mengambil selfie. Ada yang memicit-micit jam. Ada yang masih berborak. Macam-macam jenis orang. Pada masa itu aku boleh rasa yang Faznur tidak akan hadir dan kalau hadir pun agak mustahil untuk berjumpa dengannya dengan ramai orang sebegini melainkan dibantu komunikasi melalui smartphone.

Badan diregangkan-regangkan bersahaja dan tidak secara bersungguh dalam usaha aku untuk warm up tapi dalam masa yang sama kelihatan cool. Kerana segan juga apabila ramai orang begini. Kalau salah warm up, mereka akan tahu ia kali pertama aku sertai such run.

"We gonna start the count down," musik latar dihentikan dan count down bermula.

"10!"

"9!"

Ada pelari yang turut menjerit membilang count down tersebut dan aku mula rasa tidak selesa pada perut.

"8!"

"7!"

Aku melompat-lompat setempat bagi menghilangkan perasaan cemas campur gemuruh dan menarik nafas.

"6!"

"5!"

"Dude, good luck on your run!" tiba-tiba terdengar jeritan di antara ramai orang yang menonton di tepi. Aku menoleh dan jeritan itu datang dari Faznur.

"Hey!" aku jerit kembali. "Kita jumpa lepas ni?" Faznur masih kelihatan comel walaupun aku sedang dalam keadaan gemuruh.

"Ok!" jeritnya sambil melambai-lambai.

"3!"

"2!"

"1!"

JogWhere stories live. Discover now