3

1.2K 36 4
                                    

@jamieahmadkamal: Done! Ran my first 5k

@iAmSara: @jamieahmadkamal seriously? Whoa! 1h

Mujur di dunia twitter, Mike tidak wujud. Atau hal larian sebentar tadi akan terbongkar. Keh keh. Sampai sahaja di rumah dari mamak, aku memeriksa twitter sambil membuka pakaian untuk mandi setelah kuat berlari.

'Kenapa tiba-tiba nak berlari pula ni?'

Soalan yang Mike kemukakan di mamak tadi terngiang-ngiang di kepala. Jujurnya, aku sendiri tak pasti. Aku mugkin tahu sebabnya. Cuma, ianya agak samar-samar dan tidak begitu konkrit jika hendak dijawab dengan sekadar beberapa patah perkataan. Jadi perkara yang aku perlu buat selepas ini ialah, membuat senarai sebab-sebab aku perlu berlari. Agar ia lebih jelas dan aku tidak tersasar atau malas.

Malam itu aku habiskan masa cuma dengan menonton televisyen berseorangan di rumah. Sunyi juga. Hanya bunyi televisyen dan kipas yang memenuhi ruang tamu. Dan sekali sekala bunyi kenderaan lalu-lalang di hadapan rumah menyelinap masuk melalui tingkap yang terbuka sedikit. 10 pm. Masih awal untuk masuk tidur, walaupun mata sudah mengantuk juga sebenarnya.

Faznur: Tidur dah? Esok pukul 10 pagi boleh ke?

Jamie: Boleh je. Beri alamat

Faznur, gadis di Mudah petang tadi tiba-tiba muncul di aplikasi Whatsapp.

Faznur is typing...

Lama juga dia ambil masa untuk taip alamat. Aku hanya memerhati kosong skrin sambil mashup bunyi televisyen dan kipas terus menjadi muzik latar. Tak lama kemudian aku tekan gambar profile Whatsappnya agar ia menjadi lebih besar dan jelas untuk dilihat. Cun ke?

Gambar membesar serta-merta. Cis, gambar pokok rupanya. Bengang juga aku.

Memandangkan esok hari Sabtu, aku tiada masalah untuk berjumpa pada waktu itu. Tapi, pagi betullah. Minah ni pun.

Faznur: Rumah I je boleh kan? Takde transport sangat untuk esok.

Lama menaip, cuma itu yang keluar rupanya.

Jamie: Boleh

Tak lama kemudian, alamat diterima.

Jamie: Ok. Jumpa esok.

Telefon diletak kembali ke atas dada dan aku sambung menonton televisyen. Ketika ini, kita sepatutnya tak tahu lagi kenapa Andy Dufresne menamakan poster Raquel Welch saiz gergasi sebagai salah satu item permintaannya. Licik sungguh mamat ni.

Belum sempat aku layan babak seterusnya, pintu diketuk.

Tak tak.

Ariff Adly yang datang singgah rupanya.

"Duduklah" kata aku setelah membuka pintu dan mempelawa dia masuk. Kalau orang lain yang datang, memang aku akan rasa janggal atau pelik juga. Tetapi Ariff Adly, dia memang selalu akan datang pada waktu-waktu lewat sebegini. Ariff Adly adalah seperti cuaca buruk yang selalu melanda sebelum tidur.

"Tidur sini?"

"Aah" jawabnya pendek sambil tersengih.

"Cerita apa kau tengok?" dia mengambil alih tempat duduk aku di sofa sebentar tadi sementara aku berlalu ke dapur untuk berlaku sopan dan membuat air.

"Shawshank Redemption le" aku jerit dari belakang.

"Aku dengar kau lari petang tadi. Betul?" Jerit Ariff Adly kembali dari ruang tamu.

"Mana kau dengar pulak?" perbualan dengan terjerit-jerit tersebut berlangsung beberapa minit juga sebelum aku selesai bancuh kopi dan kembali ke hadapan.

"Minum," gelas milo, walaupun dalammya berisi kopi, diletakkan di atas meja berhadapan sofa.

Rupanya Ariff Adly tau akan hal ini melalui twitter. Timbul pula rasa kesal update status sebegitu rupa.

"Hangat-hangat tahi ayam je aku rasa kau ni.."

Cuaca buruk dalam bentuk Ariff Adly bermula dengan guruh perlahan.

"Apa yang buat kau kata macam tu? Seriuslah. Esok aku siap nak angkat kasut baru kot."

Punggung dilabuhkan di sebelah dia dan mata diarahkan kembali menonton cerita mamat nak keluar penjara, kini bersama Ariff Adly.

"Aku tak rasa benda ni akan berkekalan. Kau kan memang macam tu. Selalu buat benda separuh jalan."

Ribut makin kencang nampak gayanya.

"Kali ni lain. Kau tengok le."

"Aku tak rasa ia idea yang baik. Nak bet? Kalau kau quit benda ni dalam tempoh tak sampai sebulan, kau akan lari separa bogel keliling taman perumahan?"

"Dan sebaliknya, kalau aku tak quit?"

Dia mengangguk sambil terus menonton televisyen.

Cabarannya sebentar tadi adalah bunyi petir yang menyentap dan melengkapkan seorang cuaca buruk yang memang aku duga, selalu melanda sebelum aku masuk tidur.

Dan aku rasa aku dah tahu sebab pertama aku harus berlari, untuk membuktikan yang Ariff Adly adalah salah tentang aku.

"Deal."

Tim Robbins dan Morgan Freeman adalah saksi pada malam itu.

JogWhere stories live. Discover now