Aku tolak laptop ke belakang sedikit dan bersandar pada kerusi. Ia hari ketiga aku ke café ini dan menulis. Oleh kerana hari ini adalah weekday, jadi cafe agak lengang. Pada mulanya aku fikir suasana lengang sebegini boleh bantu aku untuk lebih fokus mengarang, tapi entah kenapa suasana hari minggu, dengan pelanggan yang menikmati kopi sambil berborak sana sini membuat aku lebih selesa.
Rasa sunyi itu boleh membunuh, aku kira. Jika di rumah pun, kadang televisyen akan dibuka tanpa ditonton. Ia sekadar menjadi suara latar, membunuh kesunyian yang selalu aku lalui tapi masih belum pernah menyesuaikan diri. Aku betul-betul could use some music right now tapi ia sudah pasti bukan lagu-lagu dari Colbie Cailat yang café ini pasang sejak dari tadi. Ia buat aku mengantuk.
Cappuccino ais dihirup dan aku melihat ke arah jam di tangan. Sudah kira-kira 3 jam aku duduk di sini dan si dia yang aku tunggu masih belum sampai. Laptop ditarik kembali ke depan sedikit dan aku lihat semula hasil tulisan aku. Setakat ini aku kira aku sudah lari lebih kurang 50 km. Ia selari dengan pos pos larian aku di instagram, di mana setiap kali larian aku akan captionkan gambar tersebut dengan jumlah kilometer yang aku cover. Aku tambah semuanya setakat tarikh sebelum larian Pacesetter dan ya, 47 km semuanya. Pos di intagram boleh dipercayai sedikit jika mahu dibuat kira-kira. Di twitter, aku tak begitu telus.
Jika di aplikasi larian Nike + yang aku akan muat turun ke smartphone tak lama selepas larian aku yang pertama, 47 km adalah masih di level pertama iaitu Yellow. Ia level untuk beginner, untuk mereka yang baru mula berjinak-jinak. Walaupun Yellow Level cuma merangkumi 50 km, ianya aku agak adalah penting dalam perjalanan keseluruhan seorang pelari. Kerana ia adalah 50 km pertama. Di level ini mereka boleh tahu sama ada mereka betul-betul mahu berlari atau sekadar cuba-cuba, terikut-ikut dengan perkembangan trend, atau simply rasa yang berlari adalah bukan untuk mereka.
Pada masa itu aku masih 3 km shy untuk melengkapkan Yellow Level dan beralih ke Orange Level, level yang paling lama aku habiskan masa dalam keseluruhan larian aku. Aku stuck agak lama di dalam Orange Level kerana untuk ke level seterusnya, Green Level, pelari perlu melengkapkan 250 km dan kemudian baru akan dinaiktaraf. Segala susah payah ketika berada di dalam Orange Level akan aku cuba karang selepas ini, bermula dengan larian pertama aku. 10K anjuran Pacesetter. Larian tersebut sendiri adalah topik yang agak menarik untuk dibincangkan secara lanjut kerana pada larian tersebut aku jumpa dengan beberapa watak menarik yang bakal memperbaharui perspektif aku pada larian.
Aku memandang ke arah kaunter. Barista berambut pendek baru sahaja sampai dan bersiap-siap untuk memulakan syifnya. Oleh kerana telah agak familiar dengan kehadiran aku di cafe tersebut, dia senyum dan mengangkat tangan ke arah aku. Aku buat perkara yang sama kepada dia, sebelum kembali memandang laptop. Bukan, bukan dia yang aku tunggu sebenarnya(walaupun kehadiran dia tidak dinafikan membuat aku rasa kurang mengantuk sekarang). Aku menunggu salah seorang watak penting yang mempengaruhi aku dalam berlari. Aku fikir untuk call it a day pada tulisan aku sebentar tadi, tapi memandangkan dia masih belum sampai, tidak salah rasanya jika aku sambung menulis.
YOU ARE READING
Jog
General FictionCatatan ringkas mengenai 1000 kilometer pertama seorang lelaki yang berlari untuk mencari sesuatu.