6

985 28 0
                                    

"Hi kak, ni ha."

Gadis itu menghulurkan sebuah kotak kepada Faznur sebaik sahaja pintu dibuka dan terus berlalu ke tangga sebelum menegur aku dengan senyuman kecil.

"Thanks Nadia!"

Gadis yang dipanggil Nadia itu naik ke atas, barangkali untuk bertemu emak mereka yang tidak tahulah samada wujud atau tidak di atas sana.

Kasut berwarna biru-hitam itu aku pegang dan lihat-lihat, walaupun sebenarnya aku tidak tahu sangat pasal kasut tetapi aku cuba untuk buat ia tidak terlalu kelihatan.

"Tapak dia bagus eh."

Faznur hanya mengangguk.

"Tapak dia boleh letak tracking chip sebenarnya. Tapi I tak pernah guna. Macam leceh."

Setelah memakainya dan berjalan ke hulur-hilir di halaman rumah untuk test drive, aku meminta diri kerana terasa telah terlalu lama di rumahnya. Walaupun sebenarnya Faznur seorang yang seronok untuk berbual dan seperti masih banyak benda yang aku ingin tanya, tapi tak mengapalah. Mungkin lain kali. Tapi kasut tu memang sedap. Aku ada perasaan yang bagus tentang ini.

"Balik dah? Cepatnya," katanya semacam menghalang pula.

"Haha. Dah lama duduk, rasa nak menyusahkan."

"Tak adalah. Apapun,ini twitter I. Follow okay? Ingat." katanya lagi sambil tangan kanan membuat aksi I Got My Eyes on You buat kali kedua manakala tangan kiri pula menunjuk skrin telefon yang memaparkan profile twitternya yang tidak bergambar pokok.

XXX

Malam Ahad dihabiskan hanya dengan duduk di rumah di depan laptop. Pagi esok akan ada kelas menanti di kampus, jadi aku tidak keluar dan memilih untuk menjadi bosan pada malam ini, atau seperti malam-malam lain.

Halaman Myraceonline dituju dan beberapa event larian dapat dilihat memenuhi ruang skrin laptop. Aku tau akan halaman ini ketika bersembang dengan Fafa (Nama panggilan Faznur di twitter) semalam. Katanya, di sini ada beberapa event larian sekitar Malaysia yang dikumpulkan mengikut tarikh dan aku boleh lihat-lihat jika berminat.

Satu-satu persatu event larian aku perhatikan. Rata-rata adalah 10km dan ke atas, yang aku rasa adalah luar kemampuan aku. Aku terus ke tab lain kerana Myraceonline adalah halaman yang menjenggelkan buat masa ini.

"So kau dah quit ke belum?" Ariff Adly yang sedang baring di katil tidak jauh dari aku bersuara.

"Diamlah, kau nampak tu?" aku tuding ke atas rak di tepi meja komputer untuk menunjukkan kasut yang baru aku dapatkan dari Faznur. Ariff Adly cuma membuat muka 'So?'

Aku beritahu Ariff Adly dia patut takut akan kasut biru-hitam tersebut kerana ia bakal jadi penyebab dia berlari bogel keliling taman dalam masa sebulan dari sekarang. Aku bagitau itu, dan kembali mengalih fokus skrin laptop.

Satu event larian anjuran Pacesetter diklik dan jari terus laju menghentak-hentak papan kekunci mengisi segala maklumat yang diperlukan. Nama yada yada alamat yada yada kategori yada yada. Tidak lama kemudian, selesai.

10 kilometer. Lagi sebulan. Mampus. Good luck Jamie.

JogWhere stories live. Discover now