9

835 29 1
                                    

Masa sebulan memang aku rasa sangat singkat bagi aku menyiapkan diri untuk larian 10K anjuran Pacesetter yang aku daftar beberapa hari lepas. Gatal betul tangan aku waktu tu. Oleh kerana itu walaupun malas, aku gagahkan diri juga ke tasik Shah Alam seksyen 7 untuk cuba berlari semampu mana yang boleh. Ya, memang aku datang ke tasik untuk berlari dan bukannya untuk terserempak dengan Faznur yang tweet dia akan ke sini juga beberapa jam yang lalu. Keh keh.

Untuk rekod, 3K minggu lepas adalah jarak yang paling jauh aku pernah lari dalam hidup aku. Itu pun berhenti-henti. Jadi aku tak adalah letakkan harapan yang tinggi sangat pada petang ini. Cuma aku rasa aku perlu keluar dan biasakan diri dengan berlari. Kasut biru-hitam Faznur disarungkan dan aku mula berjalan perlahan sambil meregangkan-regangkan otot. Malas betul nak regangkan otot secara beriya.

Sebenarnya, agak malu juga nak berlari petang itu. Sebab ramai betul orang di tasik. Seperti ada yang buat kenduri kawin dengan konsep tasik. Ah lantaklah. Biar apa orang kata. Bukannya mereka yang kena berlari bogel, kalau benda ni tak berkekalan. Selesai berlari kecil memanaskan badan, aku mula melajukan langkah untuk berlari seperti biasa.

Tap tap tap. Airmax Faznur bertemu permukaan jalan. Bekas Airmax Faznur sebenarnya.

Aku tak tahulah samada langkah kecil-kecil atau langkah besar adalah yang sesuai dengan aku. Mungkin aku akan tahu hal ini setelah banyak berlari suatu hari nanti. Jadi aku hanya melangkah secara sederhana. Kerana sederhana adalah bagus. Seperti bercinta, kita juga perlu bersederhana dalam berlari. Peh aku harus tweet hal ini sebaik sahaja tamat larian. Perasaan aku semakin bagus dan aku melajukan larian.

XXX

Tak sampai 15 minit, aku berhenti berlari dan mula berjalan perlahan-lahan. Sebelum akhirnya terduduk kepenatan. Punyalah penat sampai aku duduk terus di laluan orang lari.

Peluh di dahi aku lap dengan belakang tapak tangan kiri sambil membetul-betulkan rambut. Walaupun penat, harus kelihatan bagus juga di mata masyarakat.

Fuh. This is tough.

Aku perlahan-lahan bangkit dan beralih ke bangku berhampiran sambil memikirkan betapa sukarnya benda alah berlari ni. Heck, why do people even enjoy this?

Manusia-manusia di tasik terus bergerak melakukan perkara sama yang mereka lakukan sebelum itu tanpa menghiraukan aku yang kelihatan separuh mati. Dan dalam keramaian itu, cuma seorang yang berhenti.

Gadis yang berkasut merah-kelabu itu berhenti berlari dan memerhatikan aku dari jauh, sebelum perlahan-lahan menghampiri bangku yang aku sedang duduk.

JogWhere stories live. Discover now